2012-11-20

Pendapat isu Boikot McD

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tangan ni masih rajin untuk menaip, minda masih berfungsi untuk berfikir dan menulis artikel didalam blog ni. Artikel kali ni kali ini aku nak berkongsi pendapat tentang isu boikot barang-barang buatan Yahudi.

As usual korang semua tahu Zionis semakin bersikap biadap terhadap kaum muslim di Palestin(Gaza) rmi umat islam kat sana ditindas, dibom sehingga kanak-kanak pun menjadi mangsa. Seluruh dunia dah mula memboikot produk produk buatan yahudi seperti nokia, nestle, mcd dan macam macam lagi lah aku pun tak ingt.

Dalam isu memboikot ni ade pulak isu lain yang timbul dan isu tu jugak ditimbulkan oleh org islam sendiri iaitu penduduk malaysia jgk. aku terbaca komen-komen di facebook macam dibawah ni. "

(zoom utk paparan lebih jelas)

Pada pendapat aku tak salah pun orang tu nak boikot McD. Walaupun nampak kecil tapi bila dah ramai2 boikot mesti akan jadi satu impak yang besar. Jadi satu benda yang aku nak ingatkan kepada korang semua dan pada diri aku. Jangan kita complaint benda baik orang lain buat.  Apa kekurangan pada diri masing-masing kita cuba improvekan. :) Dan gambar dibawah pulak masa Mcd bagi berger free. 


What can i say? speechless

So far setakat ni aku mampu menaip. rushing nak gi kelas ni. Assalamualaikum.. :) 
(pendek beno pendapat aku :P )

2012-10-21

Changing Mindset.

Assalamualaikum.

Actually aku baru balik dari posting Psikiatrik di Hospital Besar Melaka. Such a nice experience being at there sebab baru aku tahu macam mana behavior pesakit2 mental ni. Ramai orang anggap pesakit mental or pesakit gila ni ganas dan aggresif tapi bagi aku mereka semua ni manusia normal pada mulanya. Beberapa faktor yang mengubah diri mereka sehingga mengalami masalah mental salah satunya tekanan perasaan, mendalami ilmu agama tanpa guru, masalah keluarga dan yang lain aku tak dapat nak specify kat sini. 

Hari pertama kat sana aku sedikit cuak gak sebab takut2 diorang tetibe nak naik gila tapi jangkaan aku meleset. Pagi2 aku sampai wad psikiatrik, pesakit kat sana macam dah lama kenal dgn kitorang. Sangat selesa bila dapat bersembang dgn pesakit2 ni dan diorang ni langsung tak merbahaya bila diorang makan ubat. Tapi kalau diorang dah mengamuk jangan pulak nak dekat. 


Apa yang impressed kan aku masa kat wad psikiatrik ni, bila tiba waktu makan diorang akan bangun dari tidur dan makan, lepas makan diorang akan cuci pinggan dan cawan masing2 lepas tu sambung tidur balik. If one of the patient still tak makan lagi, one of them akan jagakan makanan sampai lah org yg tk dpt makanan tu dapat makan. Aku boleh nampak mereka ni masih berdisiplin walaupun ada kekurangan pada diri diorang. And lagi satu, they all ni masih bersembahyang walaupun sakit mental. Aku ni sembahyang pun tak lengkap lagi, terasa pedih jgk lah bila tengok. Malas nak cerita panjang lagi, nanti jadi bosan pulak. Bye.. :)