2009-03-29

Aku Bosan + Video Lawak

Malam ni aku rase bosan giler. Tak taw nak buat ape. Aku pun blogwalking lar kat blog blogger2 then terjumpe satu video yang agak lawak bagi aku. Credit kat suhz sbb aku jumpe video ni kat blog die. Video ni menceritakan tentang masalah internet yang berlaku die MMU. Ha3.. lawak giler kalau korang tengok video ni. Rase cam nak pecah perot. Ekpresi muke sume men peranan siap tengking2 lagi tu. "Hari ini pula, sistem air juga bermasalah. Jumlah pelajar tak mandi pagi pula semaking meningkat" Kata Hitler.




Beberape hari yang lepas kucing aku, si itam tu dah selamat melahirkan anak. Nguah3... bergelar bapalah aku. EHH!!! salah2 anak itam tu tak berbapa. Bapak die tak bertanggungjawab sebab dah ceraikan itam pastu hilang ntah ke mane. Setakat ni itam batu je lahirkan 3 ekor anak, sekor dah mati sebab lemas dalam selaput so tinggal 2 yang idup. Itam lambat jilat anak die tu yang lemas. Mase die meneran tu aku perati je itam disamping memberi sokongan kat die "Teran tam jangan tak teran" ha3... Berdarah-darah aku tengok kat sekeliling tempat die beranak tu. Dah lah beranak kat rak aku. Pagi tadi ko berhijrah lak kat dalam almari baju. Memang melampau kau tam. Pastu dah satu keje nak mengalihkan si itam ni. Sape nak sekor anak kucing.? Angkat tangan!!!

2009-03-24

Fast And Furious 4: New Model Original Part


Yah!! tak sabar aku nak tunggu citer ni kluar. Takpe2, sabar je tggu 3 april ni aku beli cd cetak rompak. Nguahahaha!! jangan sokong citer luar. Btol tak.? Nyway aku mmg suke tengok citer Fast And Furious ni. Kete sume lawa2 pastu diorang modify kencang2. Sebenarnye tu sume kete aku tapi aku bagi pinjam kat diorang sume untuk wat citer tu kesian punye pasal la ha3.. Nak harapkan Malaysia buat2 citer camni. Hurmm.... Evolusi KL Drift je lah yang mampu. Itu pun boleh tahan lah. Aku dah tak tahu nak tulis ape lagi korang layankan je lah trailer citer ni kat bawah.




Untuk tahu lebih lanjut korang boleh layari website http://www.fastandfuriousmovie.net/ Smart giler site diorang ni.

2009-03-10

Pic dari Kamera Fon Aku

Bawah ni adalah gambar yang aku amik petang tadi sebelum hari nak hujan. Mendung je... mmg syiok amik gamba time2 camni. Panorama yang cantik. Aku dah minat nak jadik photographer lah plak. Gamba mungkin tak lawa sebab gune kamera fon je.. Gamba2 tu aku ade gune effect black & white, macro, infinite ngan gune white balance tu yang kaler die jadik kuning2 skit tu.

Air Terjun Kat Rumah Aku

Pemandangan Langit 1

Pemandangan Langit 2

Pemandangan Langit Hitam dan Putih

Ntah, ape name pokok ni ea??

Pokok Kiambang (Best Pic for Me)

Erm... No komen lol.

Hu3.... Aku tak reti amik gamba kan. Hurm.... mmg burok pun gamba yang aku amik. Sape yang expert2 dalam bab2 ni, tunjuk larr ajar dalam bab2 ni kat aku. Hu3.. Aku ni Mat Naik budak baru blajar.

Rock'O'maniA GIG di Melaka

(Klik Imej Untuk Paparan Yang Lebih Besar)

Attention to all readers!!! I would like announce that "Rock'O'maniA GIG" will be held at Asia Village, Melaka. Erk~~" susah plak speaking london cakap melayu je lar. Gig ini akan diadakan pada tarikh 11 April 2009 pada hari Sabtu. Waktunya ialah 12 tengahari hingga pukul 10 malam, 10 jam tuuuuu lame siot. Pasal tiket aku tak berape nak confirm yang aku taw harge tiket RM20, RM 18 untuk Rottwailers(ape ni?? aku pun tak taw). 10 jam tuuuuu lame siot. Aku taw ramai yang minat gig, so aku sebarkan bende ni dalam internet untuk ajak korang pegi gig. Tak silap aku Asia Village ni dekat2 dengan Dataran Sejarah. Hurm... dekat je. Keluar highway Ayer Keroh jalan depan skit dah sampai. So kepada peminat2 gig, jangan lepaskan peluang ni. Orang Johor, Seremban, KL, Selangor jom gi gig!! Banyak band yang datang seperti Bunkface, Couple, The Otherside Orchestra, Tyre Pancit, Plague Of Happiness dan macam2 lagi(lihat pada flyers).

Kepada peminat2 gig, jom! kita sebarkan flyers ni ke merata tempat. Sebarkan di Myspace, Friendster, Facebook, blog korang atau mane2 pun larr..
Dibawah ialah peta dari Highway Ayer Keroh ke Asia Village.
(Klik Imej Untuk Paparan Yang Lebih Besar)

Any question?? Ask me ok...!!


2009-03-09

Kamera DSLR Cun Melecun

Malas betul aku nak update blog ni. Da la blog ni tak best, bosan lak tu ditambah lagi dengan penulis blog ni yang arsengal (hu3... pinjam ayat lily). Aku pun sbnrnye tak tau nak tulis pasal ape. Pastu tadi tetibe lak aku terfikir pasal bende yang aku inginkan slame ni. Bende ni mmg termasok dalam wishlist aku ni. Bende tersebut ialah sebuah kamera DSLR. Ha3..... itu dia. Kamera ni memang aku dah lame mengidam tapi masih belum dapat lagi.

Aku sebenarnye memang minat giler nak jadik photographer. Tapi mane aku nak cekaw kamera ni. Aku amik gambar pun pakai kamera fon je. Kamera fon ape larr sangat, 3.2 MP, pastu tak banyak efek. Bosan2. Tadi aku survey2 website canon, pastu aku tgk Canon EOS 40D mangkau sehh!! ha3... harge die lebih kurang RM 5,499.00. Gi mampos nak beli, baek aku beli motor. Huahuahuahua.... Tapi aku tengok orang bnyk pki nikon D40 ngan Canon 1000D cikgu aku pun pakai Nikon D40. Ape yang best kat nikon D40 ni?? Harge die lebih murah kot! iaitu dalam lingkungan RM 1,888. Kalau Canon 1000D lak harge die pun bawah RM 2,000. Tunggu je lah aku da keje baru aku beli kamera ni. Buat mase skang tengok gamba kamera tu je la.

Semalam aku balik dari tuisyen abg aku ajak gi Mahkota Parade. Die kate nak survey fon. Aku mule2 malas nak pegi tapi aku pakse gak diri aku nak pegi. Sekali sekale jln2 pe slhnye. Mule2 kitorang tengok nokia model 5800 Express Music tu. Fuyoh!! canggih2. Tengok sume function fon tu, godek sane godek sini (kat fon sample) tengok kualiti imej. Pastu abg aku gi bank kuar duit. Siot tol, die nak beli fon tu.... Jatuh saham enfon Cyber-Shot aku. Pas die da beli aku mintak upah RM10. Ha3...kejam2 alasan mintak duit sebab tunjuk jalan, teman kan die, pegang beg nokia, pastu carik tempat parking, erm... pe lagi eak.

Ni adalah gambar si itam yang disnap gune kamera 5800 tu. Ark~~" ko jgn wat muke sedey larr itam. Ha3..... Pasni kite wrestling2 ok!!. Opss!! lupe lak, si itam ni da bunting larr die da kene perkosa. Jantan mane yang buat nta.Tak jadik nak berwrestling.

2009-03-07

Dengar DesaFM Melalui PopUp Window

Selamat pagi visitor2 yang aku sayangi, eh!! kat pompuan je la laki tak boleh sayang2. Ha3.. aku pun dah biol tulis entri pukul 1.30 pg. Sebenarnye aku baru je siapkan popup window untuk pendengar-pendengar DesaFM. Aku buat bende ni bertujuan untuk memudahkan korang melayari website2 lain. Contohnya kalau korang gune Mozilla firefox pastu dah melambak tab kat dalam satu window pastu pulak korang dengar DesaFM kat blog sesape je la then ko tertutup. Tak ke menyusahkan namenye tu. Dah tertutup pastu nak kne bukak balik. Nak dengar DesaFM punya pasal.

Aku siapkan mende ni ditemani ngan seorang djDesaFM iaitu Luth. Ha3.. sian die, ngantok2 tmn aku siapkan mende ni.. Trimas Broo coz tmnkan aku. Pegi lah tido sian nengok ko. Credit juga aku nak tujukan kat http://50webs.com, http://www.w3schools.com dan lain2 website yang menjadi sumber rujukan aku. Popup ni agak simple sebab aku tak reti nak hias mende ni. Ha3.... Dah2 jangan banyak cakap lagi jom kite mulakan. Mula2 pergi ke Layout>Add Page Element/Gadget>HTML/Javascript. Copy kod dibawah

<center>
<a href="http://ihsan-freaky.we.bs/Desafm/DesaFM.html" onclick="window.open('http://ihsan-freaky.we.bs/Desafm/DesaFM.html','popup','width=300,height=250,scrollbars=no,resizable=no,toolbar=no,directories=no,location=no,menubar=no,status=no,left=0,top=0'); return false">BUKA POPUP WINDOW DESAFM</a></center>


kemudian pastekan kod tersebut. Koang juga boleh meletakkan kod tersebut dibawah Radio DesaFM. Perkataan yang dihighlight hijau boleh diubah mengikut kesesuaian. Aku mintak maaf larr kalau tutorial aku ni berterabur skit. Tapi kalau korang tak faham ataupun tak menjadi tutorial ni korang tanya lah aku ok atau bagi je komen, Insyallah aku balas. Arghh!!! ngantok nak tidow dulu. Gudnite.


2009-03-03

Hujan Not 'Hujan'

Mood mase aku tulis post tentang ni ialah mood mengantuk. Rase cam nak tido je tapi aku terpakse tahan mate aku ni. Orang kate lepas asar tak baek tido. Baik tido lepas isyak. Sejak masuk tahun 2009 ni aku rasa dah malas nak update blog ni sebab bnyk keje lagi aku nak buat macam tido, makan, berak, maen game, maen sms, blajar(hampeh!!).

Kali ni nak cerita sikit pasal hujan yang datang kat tempat aku aka Melaka. Korang mesti tak tahu kan hujan datang sini. Tapi diorang dah berkampung kat sini lebih kurang seminggu. Mule2 aku pun tak pecaye yang diorang nak wat kejutan kat sini, tapi dah memang kenyataan dan tak dapat nak dinafikan lagi.
HARI HUJAN AMAT SEJUK
Hujan yang aku maksudkan tu bukanlah band hujan yang feymes tu, tapi cuaca hujan yang selalu turun kat mlake ni. Dalam masa seminggu ni dah bnyk kali hujan turun. Best taw hujan2 ni, klu aku budak kcik lagi skang ni memang kompem aku maen hujan pastu esok tu demam tapi skang ni dah besar tak boleh jadik budak2 lagi. Pastu kalau memalam tido memang nyenyak, smpi mimpi pun dapat yang 'basah' lol!!.(buat2 tak paham k) nak bangon pagi pon rase malas. Tapi bile kat skola plak klu hujan lagi syiok!! sbb klu cikgu tak masuk klas, aku pe lagi mule lah buat taik mate. Tapi bile cikgu masuk sume buat muke ngantok zzZ~_~.

Hari ahad ni aku akan membuat pratest untuk lesen motor aku. Lepas dah buat pratest aku boleh gi buat test JPJ. Harap2 aku boleh lulus ujian jalan raya. Membe2 aku bnyk yg fail, ade tu yang smpi fail 3 kali. Ahhh!! jangan jadik kat aku sudah.