2009-07-31

Pembinaan Rumah 'Banglo' Itam

Hari jumaat, 31/7/09 aku ngan kawan2 aku gotong-royong construct rumah itam. Tak tawu la nape ari tu aku rase rajin nak buatkan rumah die ni padahal sebelum2 ni aku malas gile. Pembinaan bermula pukul 2.30 petang lepas aku balik semayang jumaat. Aku panggil kawan2 aku tuk angkat konkrit, simen, tiang lampu, mangkok jamban, kepala paip, wayar dan lain2. Takde nyawe terkorban semasa aku ngan kengkawan menyiapkan projek 6 billion tersebut. Pembinaan amek mase 2 hari, hari jumaat ngan sabtu tapi sabtu tak amek mase lame sbb ari jumaat dah buat banyak. Dan hasilnye......

Kandang tuk itam yang mengong.

Cube teke mane satu aku.!(dah tentu2 korang tawukan.)

K Sambong balek citer tentang pembinaan projek bernilai 6 billion tu. Mule2 aku panggil itam duk kat dalam rumah die tu, tapi die takut2. Nak je aku duku kepala die kasi benjol besar tapi dengan kebijaksanaan tahap dewa aku berjaya 'memancing' itam duk dalam rumah yang 100% siap walaupun berisiko tinggi tuk rumah tu roboh. Itam berkorbanlah demi anak2 kau yang dah ko kluarkan dari perot ko tu. Tgk siap ade pintu kecik. Khas untuk penjarekan itam kalau die nakal. Awal2 lagi dah kene penjare ngan aku. Hehe.. padan muke ko tam. Ko nak ngadu kat angah, pegilah.

Kenape ayat aku agak skema ari ni yerk? Ahh! pedulikan je lah. Asalkan aku bahagie ngan blog bundle aku ni. Oh ye! aku lupe lak nak wih Happy Besday kat kawan aku ni iaitu Siti Dalila. Sbnrnye dah wish da malam tu tapi takpelah aku nak wish lagi skali gak. Hu3.."Oi! selamat hari jadik!! ko dah tue. Bnykkan berzikir, semayang dan sebagainye. Jadilah matang skit he3...".

2009-07-30

Tak bestnye...

ape yang tak best?? takde pape cume skola aku cuti seminggu je... tak dapat nak study. dah lah tahun ni spm. Alahai H1N1......... Pastu kucing abang aku bersalin lagi dua ekor anak. Hitam legam anak die. Skang ngah carik bapak kepada anak kucing tu.


(padahal tengah eppy giler ni dapat cuti seminggu.)

2009-07-22

Ade Ulaq Masok Lubang Jamban

Cerita die macam ni korang tawulah kan aku ni kembar Clark Kent yang dalam citer smallville tu. So malam tadi aku tidow lambat skit sebab nak siapkan keje seni aku. Mase ngah wat keje tu pendengaran aku ni tajam giler aku terdengar macam ade mende ngah gerak2. So aku gune ar mate aku tuk trace haba kat mana datang pergerakan tu. Manelah tawu ade perompak nak masok rumah aku ni. So aku check arr sekeliling takde ape2 pon. Then amik keputusan sambong keje balek. Jam dah pukul 1.30 aku terdengar bunyik datang dari 'toilet' aku jengah arr tgk2 ade ulaq sawa!. Besar die macam dalam citer anakonda tu. Aku menggunakan kekuatan yg ada tuk tangkap ulaq tu. Struggle punye struggle akhirnya ulaq tu angkat kain putih coz dah surrender. Dengan bangganye aku tangkap ulaq tu simpan dalam guni. Hebat tak citer tipu aku ni?? Tepok tangan anda..

Citer sebenar camni. Pagi tadi ayah aku bangon dalam kul 3 lebih pagi ar. Pastu ayah aku nak gi toilet pastu die nampak kucing kesayangan abang aku ngah duduk kat depan pintu toilet tu sambil jerit2. Ayah aku gi arr jengah skali tgk ape ade manelah tawu lobang jamban umah aku kluar emas ke kaya gak family aku tapi ayah aku nampak kepale ular sawa. Ayah aku bukak je lampu twus ulaq tu ilaang masok dalam lubang jamban. Bunguk punye ulaq takde tempat lain ke nak pergi.

Then pas aku balek skola ingatkn da settle sume ni tapi belum. Tengok ade orang dari Jabatan Pertahanan Awam ngah pegang ekor ulaq tu. Ulaq tu ngah duk kat tangki pembentung ehem2. Ulaq ni tahan giler berenang-renang kat kolam t**k jijik btol ulaq ni. Ade 4 orang JPA yang datang kluarkn ulaq ni. Ulaq ni kuat 3 orang tarik pon die stay je kat dalam pembentung tu. Aku kesian kat orang JPA tu sebab kene kencing ngan ulaq tu abang aku pon kene sekali tepat2 kat muke. Lepas 10 minit tarik punye tarik ulaq tu dpt dikluarkan gak. Ulaq tu ade hati nak gigit orang die tak sedar kalau orang JPA tu dah pijak kepale die gune boot yang diorang tak ke pecah pale die.

Aku ade rakam video mse keje2 tangkap ulaq tu, orang dari JPA tu mintak bluetooth dari aku. Saiz video tuh 25mb, besar giler kualiti low skit la. Ulaq tu panjang lebih kurang 6-7 kaki besar tu tak sangat la. Masuk je dalam guni abang aku ketuk2 pale ulaq tu. hahaha... kijam2. Lantak ko lah ulaq ko dah kencingkn orang nak je berakkan ko pulak. Cube korang bayangkan kalau tak tawu ade ulaq, mesti bontot aku kene geget mse ngah ehem2. Tak dapat nak bayangkan. Pape pun aku trima kaseh kat orang JPA tu coz susah payah kluarkan ulaq tu.

2009-07-19

Printing Baju.?

Tawu apa itu silkscreen?? kalau tak tawu takpe aku pun malas nak terangkan korang gune pakcik google je utk tawu apa tu silkscreen. Korang tawu indie?? Kalau dah tawu takpe. Sebab entri aku sebelum ni tentang indie rite.! Jap2.. pk ape nak taip lg. Oh tidak otak dah blow!

(Selepas 5 minit)

Sbnrnye aku ade minat nak buat printing baju sendiri. LOL!! tapi secara kecik kecik-an.
Masalahnye skang...................................................... MODAL MODAL MODAL MODAL!!!! "Ahlong nak pinjam duit". Hahaha nak kene rantai pinjamlah duit dari Ahlong. Lainlah pinjam duit kat along abang kandung sendiri. Prob ke-2 mana nak carik supplier?? Banyak area KL, Selangor ngan Batu Pahat mmg 'dekat' dari umah aku, sape ade ferrari sebijik kasi aku pinjam. Masalah ke-3 sape nak beli baju aku angkat tangan!!! aku nye design ade gamba teddyberak, strawberak ngan bunga ros(jambuuuuuu). Error ke-4 mane aku nak carik tempat?? Sapa nak sedekah rumah kat aku. Rumah banglo 3 tingkat cukuplah aku tak mintak lebih.

Ada penyelasaian?? tinggalkan kat komen ye..... aku ngah serabut. Aim aku dapat mule projek ni lepas espiem(oh tidak espiem tggl lg brape bulan lg!!) tu pon kalau takde aral menegak.Insyallah. Pastu aku kene belajar cara utk printing baju nih. DUIT DUIT DUIT!!

2009-07-04

Indie....pendent....band....clothing.

Jonas Brothers

Oh pening2..... budaya indie semakin menular kat budak-budak melayu sampai ade yang sanggup melaung 'takkan hilang indie didunia', mana pergi semangat melayu korang.?. Tak silap aku indie ni berasal dari perkataan Independent yang bermaksod bebas, merdeka etc etc... Aku pun tak tawu ape yang diorang nak sangat dengan kebebasan. Maybe dari segi pergaulan, cara berpakaian, nyanyian diorang mungkin la... Antara keje2 budak-budak indie ialah clothing, wat band sendiri n kluarkn lagu (walaupun ade segelintir suara yang macam katak. KENYATAAN!!). Its ok la sebab ade keyakinan diri untuk menyanyi... Antara band-band indie yang terkenal die Malaysia ialah Bunkface, Hujan, Couple, Estrella, The Llipstick, Meet Uncle Hussein dan lain2. Ada gak band indie yang tak terkenal wat lagu yang lirik die pelik-pelik dan tentu sekali mengarot.

Dari segi pakaian pulak budak2 indie akan pakai seluar bootcut iaitu sluar yang kat bhgian peha ketat n bhgian bawah da lebar plak. Amek ko dulu kutuk mamat indon pakai sluar camtu ni korang pulak terpengaruh. Ade jugak yang pakai sluar skinny iaitu dari atas sampai bawah kecik je(ketat).Dari segi baju lak ade yang pakai baju yang bertulis "Awak Tak Perasan Saya Sebab Awak Perasan Awak Cantik", "Saya Sayang Mak Saya", I Love My Parent", "Apa Pandang-Pandang Kalau Suka Cakap Suka" dan lain2... Ni biase nye baju murah kalau gi pasar malam mmg berlambak baju camni sehelai RM10-15. Tapi kalau nak lagi cantik baju indie2 ni korang bole tengok kat Street Signal, Curiga, Abstrax Jingga dan lain2.... Aku boleh pujilah sikap budak2 indie ni yang berdikari carik duit sendiri walaupun aku tak berape minat sangat dengan baju "Awak Tak Perasan Saya Sebab Awak Perasan Awak Cantik. Ha3... lawak2. Nyway baju Street Signal ngan Abstrax Jingga memang lawa.

Indieband biasenye akan mengadakan gig dibeberapa tempat contohnye kalau kat Melaka tempat yang slalu diorang buat ialah di Asia Village dekat2 dengan Zoo. Tiket utk harge gig around RM20. Biasenye waktu diorang buat gig dari tengahari sampi malam..
duduk depan stage layan lagu indie. Kalau gig kat luar negara ade satu tarian yang diorang panggil moshpit. Kalau nak tengok korang search kat youtube "moshpit" tentu ade. Tapi gig kat Malaysia ni aku tak tawu la kalau diorang wat mohspit ke tak. Kalau buat mesti penuh budak2 indie kat dalam hospital. hahaha gurau je.

Credit gamba to Street Signal, Curiga, Abstrax Jingga, Bunkface, Google

p/s: aku suke sluar bootcut kowg la.. hik3....

2009-07-01

Perkara yang membuatkan badan aku lemah sekejap

24 Julai ni aku kene hantar kerja kursus subjek seni visual. Banyak lagi yang aku belum siapkan wat olahan, kajian warna, pilihan rekabentuk, pemindahan corak n macam2 lagi arr. Dalam bulan ni aku kene berhempas kepale untuk siapkan sume keje2 tersebut. Hu3.. Ni tak masuk lagi keje multimedia aku yang baru sekerat jalan. Rase cam malas je nak buat tapi ape kan daya dah kate budak sekola kenelah wat ape yang patut lagipun ni tahun akhir aku bersekolah.

Tahun ni nak spm tapi aku belum ready lg. Study pun ntah kemana tak abis2 mengadap komputer buruk ni je. Takde keje lain asyik online myspace n blogwalking. Spm ni wat aku takut tapi mende kedua yang wat aku takot mesti arr PLKN. Huhuhuhu.... itu yang wat aku takot. Tak silap aku semakan peserta PLKN untuk 2010 dah dibuka. Mule2 aku rase takut nak submit ic aku smpi lemah tulang-temulang kaki aku ni, lepas tekan je butang tu keputusan pun keluar dan, dan, dan, dan, dan................ nama aku takde dalam senarai. Lega hati aku rse cam baru lepas berak hehehe. Dan kepada cik Yana harap anda jangan bengang yer sbb kene pegi PLKN hahahaha(gelak jahat).. Untuk semak nama korang, korang boleh klik kat link ini tapi server government ni lembab cam siput kadang2 tu dapat error so banyak2 kan lah bersabar yerrr...

sama tak ngan yang atas?? he3...:)

~WIRA WIRAWATI NEGARA~


WIRA WIRAWATI HARAPAN BANGSA
TIBA MASA KITA BERJASA
KITA SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
DEMI MENCAPAI WAWASAN

KENALI RAKAN PELBAGAI BUDAYA
SELAMI WARISAN KITA YANG KAYA
BERSAMA BERGANDINGAN
TIADA PERBEZAAN
KITA WARGA MALAYSIA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERBAKTI PENUH SETIA
SATU ARAH SATU JIWA
SATU BANGSA MALAYSIA

KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA
KINI MASA KAMI BERJAYA
KAMI SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
KAMI PASTI MENCAPAI WAWASAN

KITA SAHUT CABARAN
BERSAMA BERGANDINGAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MALAYSIA