2010-11-06

aku pelik......

kerusi dlm bas aku da kene duduk dgn org laen sbb org tu ngada2 tak nk duduk tmpt die sndri. moron~~"

kenapa teksi nak cas mahal2.. padahal teksi capok je.. stupid~~"

kenapa kolej aku kdekut nak bagi cuti panjang.. asshole~~"

kenapa bile ade duit kata takde.. kdekut~~"

kenapa diperlekeh klu ade sikit kecacatan.. jeles kau takde~~"

kenapa mesti nak market je.. lame~~"

kenapa mesti pinjam org laen pastu buat harta.. pelupa~~"

kenapa mesti curi gamba aku (aku tak hensem la bodo) ~~"

kenapa pondan suka kat lelaki padahal die lelaki.. faggot~~"

kenapa mesti berpura-pura..

kenapa nak jaga hati...

kenapa tak nak trus terang...

kenapa tak nak cakap 'aku tak suka kau'

kenapa tak nak cakap 'kau menganggu aku'

kenapa mesti baca blog aku?

2010-11-01

dot dot dot ~~"

Mulai hari ni aku nak cuba rajinkn diri aku tuk menulis dlm blog. Kat sini susah nak carik tmpt mengadu so aku mengadu je la nasib aku dlm blog ni. Huk2.. sdih lak kn. Sila lah menangis ye utk saya. Hah! ihsan kalau camnilah kamu, lingkup lah jwb nya final nanti. Tulis nota xnk, tulis blog nak pulak. Hehe.. saja mrah diri sendiri.  Kalau kamu sume nak marah saya pon saya tk kisah. Silakanlah.. ;) 

Okay hari tu aku chat ngn kwn angah, die kate die suke bce blog aku, die kata cara aku tulis blog ni matang. Huh matang ke? Kpd miss sofea, sy ni tak matang lagi, sje je brlakon jdik matang hehe.. yela nak cari awek kne la matang kn. Haha.. gurau je. Tapi bagi aku cara penulisan aku dlm blog ni tak ubah mcm budak tadika blajar menulis. Tulisan yang tak beri makna apa2 pada diri aku dan orang lain. 

Cukup dengan cerita matang x matang kite tuka topic lak, ni cerita sal kolej aku. Oh yeahh! Kolej yg pling sux n worst. Huhuh.. aku rasa baek aku msok secondary school blk dari msuk kolej ni. Rules n regulation tak ubah mcm skola rndh pnye rules. Rambut panjang sikit dah kne sound(kne wat rambut ala2 komando bru tak kne tegor kot).  Dah tu wat salah skit je kne buat explaination letter. Oh daayyumm..  Tapi bebanan aku trase kurang la lepas aku dah lepaskan jawatan photocopy boy. Takde nak fikir2 pasal nota yg nk kne fotostat, nota tertggl, nota ilang, nota brape byk set. Ahhhh.. serabut!  Huhu..

Mcm ni lah life dah jdi student ipt. Sibuk manjang n lansung takde mase tuk berak dgn puas, tido dgn nyenyak, makan shgga menjilat jari, bergayut smpi pagi, buang masa duk dpn tv, lepak dgn kwn, barai motor sndri, basuh moto, pikat awek, kacau jiran, jln2 keliling tmn. Tiada masa untuk sume itu. Msa yg ada just utk gi jln kaki gi kelas, brkfast, stdy, solat, tido. Tu lah daily activity yg slalu aku wat smpi aku pon da jemu. Dah x tawu nak buat apa..
 

2010-10-24

Posmen

Salam, aku rasa agak lama aku tak update blog ni. Since aku masok kolej, aku dapat post 4-7 entri je tu pun kalau tak silap aku lah. Nta2 kurang 4 kot ntah la! Start duduk kat ostel banyak perubahan yang aku kene adap, suasana baru, kawan baru, n awek baru.. ehh! x2.. lom ade awek lg. hohoho.. Malam ni aku cube utk merajinkan diri post satu entri utk korang sume baca. Masalahnya ada ke orang nak baca blog aku ni. huh! tak pe biarkan aku syok sendiri. 

Actuallty, minggu lepas aku bru je kehilangan tok long(nenek aku la, aku panggil tok long). Al-fatihah utk beliau. Dah tu aku tak sempat nk hadirkan diri mase kebumi jenazah coz masa on the way blk dari slangor kete lak rosak. Sampai melaka pun dalam kul 6 n kebumi tu plak lepas zohor. Smoge roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amin.. 

Korang suma, sila kesian kat aku sbb skang aku ngah demam. sila suapkan aku ubat, klu takde ubat pon korang bagi je la ubat gegat yang bulat2 tu y kaler putih. ubat jugak kan.. aisshh! lemah je bdn klu demam. Korang mesti phm kn klu demam je mesti pengeluaran cendol dari idong tak bole kawal n membuatkan korang rasa tak slesa dan hilang keyakinan diri untuk mengusya gadis2 gedik serta pondan disekeliling. Pastu bile cendol dah ade kat ujung, mesti korang sedut dlm2 smpi bunyik.. "sruuuuttttt2" huhu.. Korang tak payah cover la. sume alami pengalaman yang sama. haha.. :P korang nak cop aku pengotor? tak de hal la... haha.. 

cendol memang sedap.. :)

sry la, tajuk entri ni xde kaitan dgn cerita. :P

2010-09-21

oh..

saat aku menulis tuk entri aku baru je balik dari praktikal. Walau p0n prktkal tak lame tapi kepenatan tu mmg sgt2 terase. Sudah lah penat pastu ngantuk pulak tambahan lg hujan bru je turun kat area aku ni lg la brtmbh-tmbh ngantuk. Aku ni jenis tak suka tido waktu ptg sbb bg aku tido waktu ptg ni adalah slh satu aktvt pembaziran mse. Huhu..(padahal nga tahan mate..argghh!!).

Oh skang aku pun tak tawu nak tlis pasal ape sebab kepala hotak aku da blank!! Huhu.. Ada sesape bole tlg aku? Aku dah blank brcmpur heppy. Hahahahaha.. Dah gila da aku. Akudahmerengsekaliantrimakasih..

2010-09-16

Konklusi cuti seminggu yang membosankan

Seperti biase mukadimah dalam setiap entri aku mesti aku kutuk blog ni sebab blog ni burok sangat pastu slalu je aku update bende yg bukan2, story bende yg tak snonoh. hehe.. Tapi hari ni aku nak puji blog, yela bukan slalu aku puji blog ni asyik kene kutuk je mesti die sdih. Oh blog ko la yg cantik, ko la yg hensem, ko la yg cute, ko la yg kacak bergaya lagi tampan. :P

Sudah cukup dengan pujian murahan tu. Mari aku start citer pasal cuti seminggu yang membosankan ni. Dalam cuti seminggu ni termasok jugak dengan cuti raya, perkara pertama yg buat cuti ni bosan sebab suasana kat kampung dah tak macam tahun sebelum2 ni. Dengan tokmak dah takde, pastu lagi tambah bosan bile ejat takde sebab biase mulut die la yang paling bising waktu pagi raya. Lepas tu lak along tak dapat nak join sebab keje. lagi lah rase kebosanan pagi raya.

Cuti seminggu?? seminggu tu macam tak cukup je. Dah lah aku nak kene settlekan banyak mende dengan kerenah kolej yang mcm bodo2 je. Bengang lak aku dengan management kolej ni rase menyesal pon ade tapi aku yg pilih kolej tu, apa bole buat truskan jelah. Bak kata org dlu2 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ehem2..lengan lah kan' hoho...

so cuti ni 80%BOSAN 20%BOLE LA KURANG BOSAN GAK

2010-08-31

Raye dah nak dekat dah...

Kejap je dah nak raye tapi aku rase taon ni punye raye memang tak best. Dahlah tak dapat main mercon, pastu tak dapat bli baju raye ngan kawan2 pastu yang paling terase skali sebab takde ejat ngan tok mak. :"( sdih lak bile teringat pasal arwah. Ajal ni tak kenal umur pun, bile dah sampai mase nanti 'die' datang la jemput kite. Biase nye kalau pagi2 raye kitorang salam adik beradik, tapi taon ni tak cukup sorang.

Skang aku duduk berdikari kat tempat orang, rase lain sangat coz klu tiap2 taon nak beli baju raye mesti ibu ayah tmnkn(kdg2 tu ade gak gi ngan membe) tapi kali ni rase jao sgt. Kat sini lak laaaaaeeeeeennnnnnn macam org2 die. Aiyooo... buat baek tak bole idop, buat jht pon x bole idop. SUSAH!! Baju melayu dah beli tu pon ibu yg belikan. Baju jln lak lom abes beli agy. Aku rase cam bebankn ibu ayah je. tiap kali tepon mesti mintak duit. isk! camne la nak saving kt sini.. susah nak kawal flow out duit.

Ni pulak pasal lesen kete aku yang tak settle2 lagi.. Aku harap cuti raye ni dapat settlekan.. Insyallah sebab kat sini nak dapat cuti pon susah. Cuti semester seminggu je memang tak boleh tahan la. Blajar tu ade sikit tension la. Kalau tak lepas gak buat cuti ni tak tawu la nak cakap apa. Haisshhh! rse cam nak quit pon ade. Tapi pk balik bnyak duit dah abes kt kolej ni. BENGANGG2!!

Cukup la ngan leteran aku yang merdu ni. Di kesempatan ni aku nak memohon maaf kat korang semua andai entri2 aku ni ade menyentuh perasaan korang semua. Takde niat pon nak buat camtu. Kalau aku ade buat salah korang cakap je. Aku akan mintak maaf dengan korang personally.. dan mintak maaf juga kat visitors
yg tgglkn komen kat chatbox tu, aku tak dapat reply coz terlalu sibuk n takde mase nk mengupdate blog sampah ni. :) SelAMAt HarI RayA (taon ni takde e-card sry2.. )

2010-08-15

Raya tahun ni....

raya tahun ni sangat2 meaningles.. sebab..
ejat takde
tokmak takde
.
.
.
.
.
.

:'(


miss both of u...

2010-07-22

Faktor-faktor tak update blog.

- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- takde internet
- sibuk
- malas
- malas
- malas
- malas
- malas
- malas

jadi jngan nantikan update terkini dr blog ni sebab blog ni memang x sedap.. layan... 

2010-07-10

Bilik saya!

Bermulalah cerita pada 5 julai 2010 seorang mamat bernama Muhammad Ihsan telah dihantar oleh parents beliau ke sebuah kolej kejururawatan swasta iaitu Kolej Pantai. Dan pada tarikh itu jugak beliau perlu berdikari utk hidup bersama strangers(alien). Selama 4 hari berada di sana, beliau telah menjadi seorang alien yg berjaya sehingga mampu mendapat jawatan ajk Student Council dan budak photostat utk sem 1(berjaye ke?) dan dalam 4 hari itu juga beliau dapat melihat pelbagai ragam alien2 yg lain. Dalam entri ini, beliau ingin menunjukkan keadaan dalam bilik alien beliau.
spray deodorant bertindak sebagai ejen pewangi kalau2 pepagi tak sempat mandi.
Yasin tu untuk bekalan hidup.
Inilah keadaan bilik beliau. Sangat kemas dan teratur. Eric leong pon kalah klu lawan decoration. Terima kasih kerana menonton. :)

2010-06-29

Program kejururawatan di IPTS ditangguhkan.

Malam tadi aku memandu(skema) kereta abang aku pegi rumah kawan aku. Ala takde jauh mane pun. Saje je nak train bawak kereta. hehe.. Sampai2 je rumah member aku tu, kitorang pun memulakan acara sembang2 gebang(apa maksuh gebang?) eceh! haha.. Pastu borak punya borak tetibe sorang member aku ni menyelit lak, dah lah tak bagi salam, naseb baek aku tak smackdown die. Dah tu bawak bad news lak.. Die beritahu kat aku course diploma kat ipts ditangguhkan. Wahh! 1st mmg aku tkejot dan tersangat tidak percaye. Aku mintak die sok kabau(surat khabar ye. Jgn terpengaruh dengan cara penulisan dlm blog ni. BM bole dpt G waktu spm nnti) sebab nak bukti. Oh ternyate berita tu tersangatlah benar. Patah hati aku nak sambong blajar dlm course nursing. Tapi aku still tak puas aty lagi. Aku nak telefon pejabat kolej pantai, whether kolej pantai involved ngan mende tak masuk akal ni atau tidak.
Encik Kerajaan, kalau ye pun nak kuatkuasakan mende ni, bincanglah n kajilah dahulu(dah kaji dah pun kan)..  Kalau dah betul2 konfiden, announce awal2(3-4 bulan awal) so tak menyusahkan aku dan orang lain. Ni tak, announce hari ahad(27 jun), pastu nak kuatkuasa start bulan Julai ni WTH!. Dah macam2 aku buat tahu. Medical checkup, bayar deposit. Ni baru aku sorang yang melenting. Kalau orang laen gak yang melenting camne? hah! sape nk jawab. Pastu kenape hanya di IPTS sahaje Encik Kerajaan tangguhkan.. Kenapa tidak IPTA skali? Adakah sebab kerajaan dengki ngn swasta sebab ramai yang prefer blajar nursing kt swasta berbanding kerajaan? Aku rasa tidak sama sekali.. Tapi ape agenda kerajaan buat mende bukan2. ni. Jeng3x!! (suspen).

Korang boleh bace berita penuh disini.

2010-06-28

Talk about 'LOVE' with Hans.

Sebelum memulakan cerita, kite kena baca bismillah ok. Mari kita baca bersama, Bissmillahirahmanirahim. Semoge apa yang kite cakap, kita buat, dan apa2 saje diberkati oleh Allah SWT. Biasenye kalau kite nak menulis sesuatu cerita, mukadimah cerita tu mesti menarik. bile bace mukadimah je, readers sume da 'stim' haha.. Tapi aku ni jenis tak reti nak tulis mukadimah yang menarik, ala kadar je bolehlah asalkan nampak macam satu entri yg panjang.eh! korang sume da 'stim' ke? hebat jugak aku ni. hehe..
 Okay cukup dengan mukadimah yang dah buat korang semue 'stim'. Korang kenal Hans kn? Ala die ni tak glamour mane pon muke pon tak hensem. Tapi die mengaku die hensem. Takpe kasi kan saje.(sedapkan aty die). Actually, dah lame dah aku knl die since dr aku form 4 tak silap aku. Aku kenal melalui blog kot tak silap aku. Pastu lelame dah jadik kwn sampailah skang. Dulu tengok blog die mcm idop segan mati tak mahu je. tapi skang lg feymes dari blog aku ni. Bomoh mane die pakai aku pun tak tawu. Mesti korang sume dah bosan dengan citer hans ni kan. Oklah kite stop kat sini.

Tadi chat dengan hans pasal awek. Die kate die pernah suke kat sumone. feeeewwiitt!! haha.. ingtkn die ni xde 'feeling'nye org.  Tgk cam gay je. hahaha.. guraw je. Die cakap kt aku. Bercinta ni ibarat satu pelaburan yg tak menentu. Ok skang aku akan huraikan apa maksud pelaburan yang tak menentu dalam percintaan ni. As all of u know, kalau seseorang(guys) tu ade kekasih, dia akan menghabiskan banyak duit untuk terus bersama dengan pompuan tu. Lelaki pon tawu pompuan macam2 die nak, baju, sluar, aksesori, dan macam-macam lagi la. Pastu dah dibeli segala macam barang diorang nak, one day ni pulak diorang mintak break dengan lelaki. Mesti frustkan, pastu duit abes macam tu je. Kalau aku pon, aku bengang gile. Rase nak cekik2 je pompuan camni.

"Manusia memang suka pada object yang lawa dan sempurna". Statement ni memang betullah. Lelaki ngn pompuan pun same je. Pompuan nak lelaki yg hensem, macho n bergaye. Lelaki pulak nak pompuan yg cantik, cute, n lawa. Kire nak sume perfect. Last2 bujang sampai ketua nak carik ciri2 macam tu. Bukan sume yang kite harapkan kite boleh capai ye kawan2. Ni peringatan untuk anda sume dan juga untuk diri aku sendiri. Kalau aku dapat biase2 pun cukuplah syukur Alhamdulillah. Tapi kebanyakkan pompuan lebih suke pandang 'money in the pocket'. Untuk apa diorang buat camtu? dah tentulah untuk kesenangan hidup diorang. So para lelaki semua, tebalkan poket anda dengan duit ye. Tak tebal tak dapat.. :P 

Andai kate korang tersinggung dengan cerita aku ni, aku mintak maaf banyak2. Bukan nya niat nak memburukkan sesiapa. Cuma nak berkongsi pengalaman/cerita bersama. Kalau ada salah tu tolonglah betulkan.. Sekian terimas kasih. :) 

last but not least.. utk 'tackle' pompuan,

AYAT KENA POWER
MULUT KENA MANIS
POKET KENA TEBAL 
eh da kul 5pagi! 

2010-06-24

kecoh betul..

Ni antara brg2 yg aku perlu bwk utk pegi sambong blajar... korg suggest la lagi brg ape yg perlu bwk..

-baldi
-berus gigi
-ubat gigi
-sabun
-syampu
-gayung
-bantal
-tuala
-cadar
-alat tulis
-baju
-seluar
-deodorant
-kasut formal/sukan
-hanger

dan skang aku nak tanye kat diri aku sendri. Perlu ke aku kecoh ngan barang2 yg aku perlu bawak? Kecoh btol aku ni kan. hmmm... 5/7 ni aku nak kecoh2 kat korang sume yg aku dah nak blah dari melaka.Aku nak gi merantau kat tempat orang. Nanti tak dapat la aku nak on9 facebook slalu, nak update blog slalu (slalu sangat ke aku update blog?), nak on9 ym slalu, nak jawab soalan kat formspring slalu. lagi2 ape yg slalu.. tu je kot. 

Ni berita yg aku nak sampaikan kat korang, untk makluman korang aku dah ada 'anak' taw.. Kalau korang tak caye cube korang tgk screenshot kat bawah ni..


hah! skang pecaye ke x? hahahaa.. :P memaen je la..

2010-06-17

saya mahu update belog ini. hahha

Ok pembace semua (eceh mcm rmi lak reader blog aku ni) korang boleh tak ingatkn aku dah berape lame aku update blog ni.?? cpat tlg ingatkn.. aku da mengalami penyakit hilang ingatan selama aku menaip entri baru ni. Korang tak ingatkan aku tak nak tulis apa-apa lah........
..
...
....
.....
.......
..........
................
.......................(masih menanti)
...................................................
.......................................................................

Nampaknye takde sambutan lah. takpe, biar aku ingatkan sendiri, Jap eh nak buat research.... 
ok! last aku update blog aku pada 24 april 2010. Skang dah 16 June 2010 so aku tak update blog ni dah ____ berape hari? (isi tempat kosong dengan jawapan yg betul. Mesti korang ingat quotation ni kan, waktu skolah rendah dulu slalu je muncol ayat tu.) Ekceli aku mls nk mengira. Niat dihati bukan taknak update blog, tapi kesibukan kerja yang menghalang aku untuk update blog ni. Kalau korang perasan, aku klu tulis entry je mesti ade kaitan ngan 'lame x update blog'. Lantak aku lah nak tulis pasal ape pon kan (kasar nye bahase) hehe.. ter'emo' lak. Pastu tadi terbace kat shoutbox aku, ade reader cakap die suka bace blog aku. fuhhh~~!! terharunye aku. Trima kasih bebanyak kepada pembaca tersebut. Sokonglah artis tempatan Yeahh!!

Tadi aku tengok nuffnang aku. Saje je nak tengok brape sen dah aku jana kat nuffnang tu. Haha.. kesian btol aku, bru je ade RM28 hengget... dari form 4 aku main nuffnang, smpi skang (18 tahun, da bole isap rokok Canyon) tak penah aku cash out money. Padan muke aku, itulah akibat tak serius berblogging. Aku tengok blogger2 lain selamber je cash out money ratus2.. aku je sengkek. Can lend me ur shoulder, im gonna cry huk3.. ;( 

Ade sesape nak tanye soalan kat aku sila angkat tangan ye. Hah! ye anda yang sedang membaca tu, silakan. 

Awek cun: u single ke dah berpunye? -.* wink2!!
Aku: frankly speaking, rite now im single... eceh!! gaye ckp mcm hebat2. :P
Awek cun: awwwww!! haha :) nnti u further stdy, what course u take?
Aku: erm... i think about my future, i think about job opportunity oso, so i decide to take a nursing course. (btol ke BI aku ni? cam bersepah je. Orang jawa lah katekan)
Awek cun: so sweeeetttt!!~~ i likeee.... ;0

hahaha... sudah habis sesi berprasan. Aku rase sampai sini je aku bole menekan-nekan keyboard ni. Nanti aku update lagi yerr.. trima kasih peminat semua!! YEAHHHH!!! Assalamualaikum...


Al-Fatihah for my late bro.. may ALLAH bless u in there. Amin...

2010-04-23

Hantu Kesian

Aku jumpe video ni kat blog suhz. Hayatilah video dibawah.



Terima kasih kerana menonton. Jangan lupa komen.

2010-04-09

Assalamualaikum dan orang melayu=islam

Assalamualaikum. jawab jangan tak jawab taw nanti dapat dosa. Sunat aku memberi salam, dan wajib korang semua untuk menjawab salam. Kalau ade readers blog aku yang non-muslim, korang tak perlulah jawab. Entri kali ni aku nak cerita tentang satu perkataan yang orang islam selalu ucapkan kat orang islam yang lain. Perkataan tu ialah Assalamualaikum. Hati aku terdetik nak publish entri ni mase aku nak masuk kerja petang tadi.

 (picture credit to google)

Sebelum aku masuk kerja petang tadi ada satu kejadian yang menggeletek hati aku sampai aku gelak terbahak-bahak sambil guling2 atas jalan tar. Jangan caya taw, aku tipu je. Aku cume sengih sorang2 je. Situasinye macam ni. Aku sampai dekat parking lot motorsikal lebih kurang pukul 5.40 petang. Aku turun dari motor, aku ternampak ada seorang gadis melayu memakai tudung sedang berjalan menuju kearah sebuah kereta. 1st aku tengok awek tu memang cantik, dressup pun lawa. Kire dressup orang yang banyak duit la. Lepas tu aku ternampak pulak pak guard yang sedang berdiri kat tepi jalan. Faktor yang menyebabkan pak guard tu diri tepi jalan sebab die tengah buat sekatan jalan kat parking lot kereta. Macam biasalah kan, pakguard pakai uniform diorang, baju putih, seluar hitam, beret hitam & aksesori lain. Mane ada branded nye barang.  Berbalik semula dekat gadis tadi, die bukak pintu kereta pastu borak2 dengan drebar kereta tu. Pastu ada satu babak yang buat aku sengih cam kerang busok.

Gadis melayu bertudung: ekiusme..
Parkguard: (buat tak paham/tak prasan)
Gadis melayu bertudung: boleh tak parking kereta kat dalam?
Pakguard: (masih buat tak tahu lagi/masih tak prasan lagi)
Gadis melayu bertudung: boleh tak saya parking kereta kat dalam?
Pakguard: eh! awak cakap dengan siapa? dengan saya ke?
Gadis melayu bertudung: Ye lah saya cakap dengan awak.
Pakguard: Oh!.. Kita orang melayukan, bagilah salam. Boleh2, parking jelah kat dalam( sambil mengangkat kon yang diletakkan ditengah-tengah jalan)

Pengajaran dalam cerita ni. Walaupun kita kaya, banyak duit, hidup mewah, cantik, hensem janganlah kita kurang dengan budi bahasa(aku ni berbudi bahasa tak?). Walaupun pakguard tu hidup dia tak sesenang, sekaya, sehensem kekasih gadis melayu bertudung tu, tapi die ada budi bahasa. So janganlah pandang serong dekat pakguard. One more, kalau nak bertegur dengan orang sesama islam, jangan lupa bagi salam. Dapat pahala taw bagi salam.

2010-04-07

Entri Bercampur-Aduk


Bagi aku masa sekejap memerah otak untuk menaip ayat berunsur cacian terhadap diri sendiri. Bukan senang ye nak mengeluarkan idea untuk menaip disebuah blog yang buruk ni kite memerlukan semangat juang yang tinggi, selain tu kerjasama antara ahli pasukan juga diperlukan, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, dan lada hitam juga diperlukan untuk memastikan entry tersebut enak dibaca. Eh kejap, aku dah tingtong. Apa yang aku taip aku pon tak tahu tahap kesahihan nya. Ok sesi panaskan badan dah hampir tamat. Lepas ni boleh mula memporak-perandakan blog ni. Tapi sebelum tu kita kene mulakan dengan bacaan bismillah. Kalau korang rajin teruskan dengan buat tahlil ringkas ok.

Tujuan buat entri sebab saja nak belagak & nak beritahu kat peminat2 sekalian yang template blog ini aku buat sendiri. Tak boleh ke nak kech2? Kalau tak boleh pun apa aku kesah sebab ni blog aku kan. Haha.. Okay aku tawu template ni cantik, korang tak payah puji hehe.. Susah2 je. Okay sekian cerita pasal template saya. Terima kasih banyak2.

Ni cerita pasal mukabuku atau lebih feymes dengan nama Facebuku Facebook. Semalam aku tengah online, chat2, komen2 wallpost tetibe ada satu mesej masuk dalam inbox aku. Nak tahu lebih lanjut? Sila hayati screenshot diabwah, kalau taknak silakan tekan punat 'X' di hujun penjuru belah kanan tetingkap browser anda
Aku tak tahu kenapa dia tiba2 bagi number fon dia kat aku. Pastu suruh aku mesej dia. Aku dah bingung masa tu. Aku tanya soalan yang ringkas pastu dia emo2. Ah lantak kau lah nak cakap apa. Kenal pun tak teitba suruh mesej dia. Attention to all my readers, sesiapa yang nak berkawan dengan mamat ni, number fon dia ada dalam screenshot tu. Silalah ambil jika mahu. Kalau mamat tersebut ada baca blog aku hayatilah puisi kata2 ini, aku bukan taknak kawan dengan kau, tapi cara kau ajak kawan tu amat pelik. Tak pernah aku jumpa orang macam ni. Kalau perempuan buat macam ni lagi lah pelik, ni lelaki, lagi bertambah-tambah pelik.

Teringat  kat arwah abang aku, pejam celik pejam celik dah sebulan kau tinggalkan kitorang sekeluarga. Sekarang aku dah boleh terima pemergian kau. Aku tahu ada hikmah semua benda ni terjadik. Rest in peace bro.. Al-Fatihah.. As long as i breathe, i will not forget about u.. i will miss u..

2010-04-02

Din Beramboi meninggal dunia



Baru2(1.20 pagi) ni aku dapat berita dari kawan aku yang Din Beramboi dah meniggal dunia. Sebelum ni arwah berada dalam keadaan koma dan kritikal dan dirawat di Hospital Selayang akibat terkena jangkitan air kencing tikus(ada yang cakap die kena penyakit denggi berdarah, tak tahu mana yang betul.). Aku mule2 tak percaya cerita ni. Aku 'search' berita pasal Din Beramboi kat google memang betul die dah meniggal dunia. Al-Fatihah.. Macam tak percaye je dia dah pergi tinggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 pagi, 2 April 2010.

Siapa yang tak kenal Din Beramboi ni, pelawak paling sempoi pernah aku kenal. Pecah perot kalau dia buat lawak nak2 dalam citer 'spontan'. Fuh!! memang tak boleh blah lawak die yang selamber tu. Aku tengok dengan abang aku macam nak tercabut rahang aku dengan lawak si Din Beramboi ni. Tapi dah takdir tuhan, ajal dah tiba. Hari ni dia telah pegi selama-lamanya tinggalkan kita semua. Sebagai umat islam marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin...

Kebelakangan ni banyak cerita pasal kematian yang aku dengar, baru2 ni pun aku telah kehilangan seorang abang. Aku tahu Allah nak sedarkan hamba-hambaNya supaya ingat tentang kematian dan menyuruh hamba-hambaNya bertaubat .Tapi dah jadi lumrah manusia bila disuruh buat perkara jahat laju je buat, tapi bile disuruh buat kebaikan ada je seribu satu alasan yang  diberi mana tak dosa semakin bertambah(ditujukan pada diri sendiri dan sesiapa yang terasa). Aku sedar aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan. Tapi bila aku akan bertaubat? takkan nak tunggu sampai hari kiamat baru nak taubat tapi tak guna jugak, sebab pintu taubat akan tertutup apabila hari kiamat menjelang.

2010-03-29

Berdebar


Awal2 pagi aku dah bangun. Aktiviti pertame aku, kene hantar ibu gi hospital Melaka, nak buat imbasan xray. Doct kate kemungkinan ade batu karang, lepas buat xray batu karang tu dah takde haha.. Sampai rumah dalam pukul 9 aku terus gi MITC. Ade sorang kawan aku kene gi PLKN. Hohoho.. Tapi aku tak sempat nak jumpe die sebab die dah naek bas. So gune alternatif lain, bermesej ngan die!. Mesej punye mesej tetibe bas dah nak gerak. Lawak jugak bile pikir sebab membe aku ni dapat kem PLKN kat Hutan Rekreasi A.Keroh je, jarak Mitc ke Tapak Kem tu dekat sekangkang kera je tapi siap nak berkumpol kat Mitc. Aku tengok ahbeng2 sume rambot kaler2. Siap la ko kat plkn nanti, memang takde rambut terus kowang sume. Hahaha..

Balik dari MITC, aku pergi Bangunan World Youth Foundation kat A.Keroh tuk apply masuk kolej pantai. Aku datang bawak badan je, sijil2, slip, salinan ic sume aku tak bawak.. haha.. Orang office tu suruh balek amik sijil2 & slip SPM ngn salinan ic diorang kate nak interview skali, Wah! tekejot aku nk interview hari ni gak.. Balik je la buat tak tawu sebelum tu aku singgah kedai mamak gi breakfast. Dari pagi tak makan lagi, pekena roti telur ngan teh tarik. Huhu.. Sampai rumah prepare2 barang untuk interview. Pergi balik office kolej pantai, pastu ade something wrong lak. Sengal. Aku tak bawak sijil2 koku.. huhuhu.. tapi interview tetap interview. 1st kene jawab soalan.. Aku ingat aku je sowang yg apply hari tu, but ade 2 orang pompuan duk tercangok jawab ujian. Dalam aty aku ni dup dap dup dap!.. Da la tak wat revision pastu tetibe nak kene wat soalan sains ngn math. Takot~~! tapi alhamdulillah boleh buat. Abis jawab aku dipanggil tuk interview. Menggeletau aku jawab owg tu soal.. Pastu speaking mat salleh lak uh! gagap weyh! haha... takotnye pasal. 
Tapi berjaye gak! Die tgk result aku insyallah boleh dapat scholarship.. (memang tu aku harapkn).

So, korang tak nak pilih nursing sebagai profession pilihan ke? haha.. ;)

2010-03-27

balik kg jap..


Pagi tadi aku keje syif pagi, balik pukul 2. Ibu & ayah aku plan nak gi balik kampung nak ziarah pusara arwah ejat. Jarak rumah aku dengan kampung takde lah jauh mane. Kalau bawak macam biase setangah jam dah boleh sampai. Dulu ingat lagi kalau aku balik kampung mesti aku naik motor ngan arwah. Aku slalu suruh arwah bawak motor laju2. Kalau lalu highway lagi best, 15 minit je dah boleh sampai. hehe..

Tapi tadi aku balik kampung naik kete ayah ngn ibu aku. Kitorang trus pergi ke tanah perkuburan tangkak. Cuace panas terik tadi sebab sampai kat situ dalam pukul 4 lebih. Sampai je sane suasana sebak dah selubungi diri memasing, ibu & ayah aku mengalirkan air mate melihat pusara arwah ejat. Aku pun tak dapat nak menahan kesedihan dalam diri, diam2 aku mengalirkan air mata. Bacaan Yasin dan Al-fatihah kami kirimkan buat arwah untuk bekalan dia di alam barzakh.

Sebelum berangkat pergi ke rumah nenek, sempat jugak kitorang ziarahi pusara sudara2 yang berdekatan. Bacaan al-fatihah yg mampu aku dan ibu ayah kirimkn. Smoge roh2 mereka tenang. Aku teringat lagi 2 tahun lepas, seorang pakcik aku meninggal dunia di rumah. Die meninggal dunia ketika sedang sembahyang zuhur dalam keadaan rukuk. Waktu tu aku baru balik dari sekolah. Sempat aku salam tangan arwah pakcik aku. Sedih juga kehilangan seorang pakcik yg aku anggap seperti bapa aku sendiri. Al-fatihah untuk Allahyarham Slamat bin Salim...

2010-03-26

Kehidupan Selepas Ini

Menulis entri di blog buruk ni umpama aku tengah syok sendiri. Yelah, trafik blog aku bukanlah tinggi sangat (sebenarnye mmg takde trafik langsung) kalau nak dibandingkan dengan blog-blog taiko seperti Khai, Luth, Menteil, Kreuger, Amanz dan lain-lain sume. Semangat pun da takde bile nak menaip ni pon kejap-kejap je menaip. Ingat lagi mule2 ade blog(blog pertama la katekn). Sehari sekali 18 entri aku publishkn. Hebatkn! tapi baru aku sedar entry2 aku yg dulu lebih kepada entri 'sampah'. Banyak entri yang aku da delete sebab entri tu mcm 'smapah'. So lepas ni aku akan cube untuk bersemangat semula untuk berblogging. Yeah!! \m/


Dah 21 hari ejat tinggalkn kami sekeluarga. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Ejat, agaknya macam mane keadaan kau kat sana. Kitorang kat sini akan selalu doakan kesejahteraan kau kat sana. Sedih aku bila teringt pasal ejat. Terlalu muda untuk dia pergi. Ingat lagi bile pas mandi mesti aku ngan ejat lawan badan sape paling 'tough'. Aku tawu badan aku sekeping cam papan tapi saje je nak kasi meriah aku tetap kate badan aku paling ber'muscle'. Tapi sekarang kau da takde sape lagi yang nak jadik saingan aku. Dulu kau sanggup bagi aku pinjam motor kau untuk aku pergi kerja sedangkan kau pon nak gi kerja. Dulu mase aku form4 kaulah yang hantar aku pergi sekolah tiap2 hari. Dulu kalau aku takde transport balek keje kau sanggup jemput aku kat Bandar Hilir tuk amek aku balik umah. Aku hargai ape yang kau dah lakukan kat aku n kat keluarga. Kitorang takkan lupakan kau walaupun kau dah takde kat dalam dunia nyata ni. Kau tetap hidup dalam hati kitorang. Semoga roh Muhammad Izzat Amir dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....


Buat masa ni aku masih bekerja sebagai 'part-time promoter' je. Gaji pun ikut jam. Kalau rajin dapat la lebih. Aku tak nak buang masa duduk kat rumah buang masa. Lebih baik keje, boleh gak jana duit. Sesape diluar sane yang masih menganggur, carilah kerja 'part-time' boleh gak buat duit sikit daripada korang menganggur tak dapat apa2. Kalau dapat tawaran untuk sambung belajar memang aku akan pergi sebab aku tak nak jadik seorang loser. Kalau tak dapat pun aku akan minta kolej2 atau universiti swasta kat Malaysia. Carik yang murah2lah sebab family aku ni bukan la dari kalangan orang yang berada, kitorang ni sederhana je. 

p/s: aku tak berani nak buat entri pasal cinta lagi. Lagi satu korang percaye tak kalau aku amek course nursing untuk sambung study nanti.. hahah x bole blah! ;)

 Nurse la ni kn...

2010-03-09

Al-Fatihah untuk abg aku....

MELAKA: “Saya amat sedih hajat arwah untuk sambung belajar peringkat diploma tidak tercapai,” kata kakitangan sebuah bank swasta, Abu Rahim Tinggal, 48, bapa kepada seorang remaja, Muhammad Izzat Amir, yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Tanah Merah, Taman Krubong, Permai, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, anak ketiga daripada lima beradik berusia 21 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Alor Gajah dengan menunggang motosikal miliknya.
Malang berlaku apabila motosikalnya dipercayai bergesel dengan sebatang tiang elektrik konkrit yang tumbang akibat dirempuh oleh sebuah lori yang mengundur sekali gus menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut Abu Rahim, anaknya itu yang juga bekas penuntut Politeknik Kota Melaka, seorang yang begitu mementingkan disiplin masa dan sering keluar awal pagi bagi mengelak tergesa-gesa sampai di tempat kerjanya.


“Sebenarnya arwah anak saya hanya bekerja sambilan di kilang itu sementara tunggu tawaran melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Politeknik Kota Melaka. “Biasanya, dia akan keluar awal kira-kira jam 7 pagi setiap hari biarpun kilang beroperasi jam 8 pagi. Bagi saya arwah seorang anak yang baik kerana sifatnya yang rajin dan berdisiplin.


“Malah, Khamis lalu arwah baru saja terima sijil anugerah kualiti khidmat cemerlang daripada majikan atas usahanya,” katanya ketika di temui bersama isterinya, Amnah Abdul Ghani, 48, di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) di sini kelmarin.


Beliau berkata, ketika arwah keluar bekerja, beliau dan isteri tiada di rumah kerana melawat keluarga mentuanya di Tangkak, Johor.

“Saya bergegas balik ke rumah Melaka apabila mengetahui arwah kemalangan selepas dihubungi seorang anggota polis. Dalam perjalanan kira-kira jam 8.40 pagi seorang anak saya telefon mengatakan arwah belum dibawa ke hospital.


“Oleh kerana jarak masa yang agak panjang selepas dimaklumkan polis, saya mula syak sesuatu yang buruk berlaku,” katanya yang menjelaskan jenazah anaknya akan dikebumikan di kampung mereka di pekan Tangkak, Johor.


Dalam perkembangan sama, Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian ada pemandu sebuah lori mengundurkan kenderaan itu di bahu sebelah kiri jalan menghala ke Krubong Perdana untuk menurunkan barangan.


Ketika mengundur, pemandu lori berkenaan dipercayai tidak perasan dan terlanggar sebatang tiang elektrik konkrit menyebabkan ia tumbang dan pada masa sama mangsa yang sedang menunggang motosikal di laluan sama dipercayai bergesel dan terlanggar tiang yang sedang rebah itu.
-dipetik dari Akhbar myMetro Online.

 Sape yang tak sdey bile ade adik-beradik, saudara-mara atau kenalan rapat yang meniggal dunia. Camtu la yang aku rase bile aku dapat tawu yang abg aku da pergi buat slamenye. Hanya doa je yang mampu aku kirimkn pada die. Sesiape yang mengenali arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, arwah telah meninggal dunia pada 6 mac pada hari sabtu jam 7.30 pagi. Same2 la kite sedekahkn Al-fatihah untuk arwah. Smoge roh dia dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin..

2010-03-04

Kebetulan

Sgt BESAR gambar ini bukan(xde la besar mane)..
dan sgt sengal jugak abg aku sebab tulis camtu..
kebetulan aku nga korek idong sambil bce blog die
aku ternampak lak ayat tu.. tegelak sowg2 aku cam owg giler.

2010-02-07

This is we call Malay

Sangat membosankn lepas abes skola ni. Tak tawu nk buat apa. Dulu bangun pagi gi skola tapi skang bangun pagi gi keje. Nasib baik dpt keje ilang gak bosan. Keje plak promoter je klu dapat keje ngn gov best gak kn tapi aku bersyukur dpt keje. Kat tmpt keje rmi mmbe yg bru aku knl. Yang sengal, yang selenge, yang ckp besar, yang 'sex maniac' pon ade.

Macam biase la aktiviti aku lepas balek keje mesti aku gi online facebook ngan myspace. Da reply komen, reply msj, komen2 gambar then aku pon jengah2 la profile myspace cewek2 kat ms tu. Bace description diowg, about me, komen n mcm2. Pastu aku tgk la profile sorang minah ni(tetibe berkenan lak tgk page die). Then aku view photo dia... Masyallah!! Tekejot aku... Korang nak tawu pic pe yang die letak? Nah tgk sendiri...

(klik utk gamba lebih besau!)

Ni lah yang dikatakan melayu 'hardcore'. Mane pergi maruah depa sume ni? Slamber rilek je letak gamba comolot kat dalam myspace. Pastu kalau privatekn takpe, ni open to public. Bangang btol la minah ni. Umo baru 17 da maen comolot ngn jantan. Kalau pakwe tu bole kekal sampai kawen, smpi dpt anak, smpi dpt cucu, sampai masuk kubo sesame takpe gak tapi tuk couple sementare je. Kalau la future husband ko tawu pangai ko camni agaknye camni la prasaan die kn. Tapi tak tawu la prangai future husband die camni gak mse mude2 dlu. Takpe la... kite sesame islam doakan je la prangai depa sume ni akan berubah menjadi lebih baik suatu mase nanti. Amin....

So disini, aku nak ingatkan kat diri aku dan pembaca blog ni, pepandai la korang jage diri. Kalau2 korang rase mende tu baek korang buat la.. Kalau mende tu x elok baek korang tinggalkn. Nak couple tu couple la, tapi tak perlu la nk maen comolot ngn partner korang tu. Sume comolot memaen je... Ok da abes da..

Ni citer laen plak, aku skang nga tggu gaji parkson masok coz korang nak tawu x sebab pe? hehe.. sebab aku nk sembur set motor aku baru.. aku da siap design. Nga tggu duit masok je. Tak saba2 ni.. Nak tengok tak design yang aku da buat? Nah amik ni...

 

Design ni aku amek berdasarkan design dari motor Yamaha Tech 3. Amacam ok x? Software yang aku gune tuk create design ni A.Illustrator Cs3.(tak biase lg pki cs4).


2010-01-14

Saja nak menaip

Bismillahirrahmanirrahim

Da bole start citer. Erm... tapi x tawu nk citer ape. Slow2 ok. Skang aku nga tggu keputusan SPM. Rase cam tak sabar2 nak amik result, tapi takot pon ade gak. Ala... msti result aku tak cam result bdak2 lain. Aku ni kurang pandai. huk3... sdey2. hahaha.. Smentare menuggu kputusan ni, aku skang bekerja as promoter je. nguahahaha... klaka2. Kne jage handbag lak tu.. takpe2 aslkn keje aku tu halal.

 Erm... klu result aku ok, aku tak tawu nk amek course pe. Pening pale pk, tapi aku minat graphic designing, photography, landscape n hiasan dalaman ni. hahaha.. Tak tawu sbb ape aku suke course tu tetibe je. Hrp2 result aku dpt melayakkn aku sambong study. Huhuhu... 2 februari ni borang UPU fasa 2 da bkk so pls take note ok. Jgn wat2 lupe lak, duku pale korang kang.( khas utk bdak lepasan SPM la).



Skang aku ngah tggu gaji masok. Gaji Nando's ngn gaji kat Parkson. Huhuhu... tak banyak kot dpt. skit je. Tapi kalau banyak lagi aku suke. T da dpt gaji aku nk gi minang anak raje, pastu nk beli kete Buggati Veyron, pastu nk beli uma yang kace je. Pastu beli saham kat syarikat2 besar, bertambah $$$ aku. Pastu derma duit kat uma2 kebajikan. Ehh! lupe lak, beli moto kawasaki Z1000, Kawasaki ZX14, Yamaha R1, Yamaha WR250X. Perghhh!! hahaha... Tapi tu sume hanya angan2 je. hahaha.. Eh! da bertambah da pimple ni. siot tol bru berangan kejap da muncul lg satu.





2010-01-08

Ade Sigemok atk puas ati ngn aku!

Si gemok ini tetibe benci sama aku.. Hanya kerana aku ltk status ym aku 'Available' tetibe si gemok ni mengamok tak tentu pasal. Ibu aku pun terlibat. Cilakok nye gemok aku dapat ko aku x kesah ler ko gemok ke tak aku pijak muke ko!

ariel gaara (1/7/2010 8:23:20 PM): available apak koe .
ariel gaara (1/7/2010 8:23:23 PM): koe dh la kepeng .
ariel gaara (1/7/2010 8:23:24 PM): bodoe .
ariel gaara (1/7/2010 8:23:29 PM): xpe sape yg nk!!!

Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:23:36 PM): so?
ariel gaara (1/7/2010 8:23:52 PM): so GO TELL UR MOM U WAN SUX UR DAD!!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:24:00 PM): then?
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:25:06 PM): If You Hate Me, Then F***K You!(curik ayat Khai hehe.)

ariel gaara (1/7/2010 8:25:15 PM): SO???!!!
ariel gaara (1/7/2010 8:25:19 PM): UR MOM CARE ABOUT ME???

Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:25:27 PM):
ariel gaara (1/7/2010 8:25:30 PM): GO TELL UR MOM FUCK CIK BIAH!!!
ariel gaara (1/7/2010 8:25:32 PM): FUCK OFF

Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:25:37 PM): ???
ariel gaara (1/7/2010 8:26:11 PM): DANEMY ENEMY DanaMY SACKKKA!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:26:20 PM): ???
ariel gaara (1/7/2010 8:26:50 PM): dakx melake mmg bodo xpaham budak town kate ape!!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:26:56 PM): ???
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:27:00 PM): town?

ariel gaara (1/7/2010 8:27:03 PM): zzz
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:27:29 PM): ???
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:27:43 PM): pe mslh ko ni gemoK!??
ariel gaara (1/7/2010 8:27:51 PM): g mampos!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:27:57 PM): hah gemok?
ariel gaara (1/7/2010 8:27:57 PM): FUCK OFF VILLAGE BOY!!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:27:59 PM): pe mslh?
ariel gaara (1/7/2010 8:28:00 PM): XZZZZZZZZ
ariel gaara (1/7/2010 8:28:14 PM): masalah nan muke koe la !
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:28:15 PM): tekanan?
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:28:23 PM): ko tekanan ea?
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:28:27 PM): kesian ko gemok..
ariel gaara (1/7/2010 8:28:32 PM): erk??
ariel gaara (1/7/2010 8:28:35 PM): mnew ade!!!
ariel gaara (1/7/2010 8:28:38 PM): tekanan??
ariel gaara (1/7/2010 8:28:39 PM): haizzz
ariel gaara (1/7/2010 8:28:42 PM): xde la
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:28:44 PM): xpe la..
ariel gaara (1/7/2010 8:28:45 PM): koe tipu niey
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:28:48 PM): take ur time ea gemok...
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:28:57 PM): kesian tetibe maki hamun..
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:29:03 PM): get some rest..
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:29:05 PM): sleep..
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:29:09 PM): then on9 back ok..
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:29:12 PM): pity on u..
ariel gaara (1/7/2010 8:29:20 PM): erk??
ariel gaara (1/7/2010 8:29:30 PM): go pity ur self first
ariel gaara (1/7/2010 8:29:34 PM): before u pity ppl .
ariel gaara (1/7/2010 8:29:42 PM): NOOB DONNO PLAY WOLFTEAM!!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:29:46 PM): hurm..
ariel gaara (1/7/2010 8:29:49 PM): LOSE WITH ME~!!!!!
Muhammad Ihsan (1/7/2010 8:29:51 PM): x phm aku ngn dak ni..
ariel gaara (1/7/2010 8:29:52 PM): SACCKKKA!!! 



 

Lepas tu SI GEMOK tu trus sign out. Maki aku tak tentu pasal. Pastu citer pasal aku kalah maen game online ngan die. Ape punye bangsat la si gemok ni. Ibu ngn ayah aku pun naek.. Sangat biadap ini budak. Untuk pengetahuan korang kn, budak gemuk ni punye YM die gune gamba kawan die, bile pompuan tgk pun mesti sangkut. Tapi klu jmpe face 2 face baru la tahu btape gemok dan bau kepam n masam nye si gemuk ni. ni id ym die : gaara_luv. Kalau ade die dlm frnd list cepat2 block die.

2010-01-02

Kurus dan Kerja

Ibu aku kate sejak cuti skola ni, sjak aku keje ni aku bertambah kurus. Yeke? Aku pon prasan camtu gak. Perot aku bertambah slim n bdn aku da nmpk tulang- temulang. Nnti badan aku da takde cutting, pki baju nmpk belang2 tulang. Oh Shit!! Aku taknak camtu. Cam cacat je. Pastu kalau badan da tulang je gerenti klu gaduh sng je orang tibai aku hahaha :D Pastu nanti bile aku bawak moto orang kate tengkorak idup yang bwk moto tu then helmet aku mesti longgar. Sejak abes SPM ni aku bnyk abeskn mse depan komputer ni. Makan da tak ikut waktu n sebelum ni pon aku mkn 2 kali sehari je tapi skang kdg2 aku tak makan nasik langsong makan roti je. Aku tingin nak ade body cam Rain yang blakon dlm ninja assasin tu. Huhuhu! best siot klu ade badan camtu. hahaha.. Luar npk kurus dlm mengancam!


Aku tak makan sebab aku ni tak de slera. Bile bukak tudung ekin saji je mule la skera ilang. Pastu ngadap balek komputer ni maen facebook, myspace(bru buat) blog n laen2. Tapi kalau aku kat tempat keje mmg kompem aku kne mkn sebab rugi klu tak mkn. Yela mknn mhalkn, sape lg nk banje aku mkn ayam Nando's 1/4 chicken with 1 sideline ngn chicken strib. But, ahad ni last aku keje kat situ. Malas keje kedai mkn lepas ni nak try keje kat tempat lain. Pagi tadi orang dari Guardian call suh dtg interview esok. Mls la nk dtg sbb part time je. Aku nk full time. Aku nak kumpul duit nak beli sumthing. 


Aku dgar citer yang Mydin kat MITC hire pekerja 1 jam 5 hengget. Bnyk gakkn. Mmbe aku keje sane jadik pemotong ayam gaji 900++. Best tuh! Kalau aku kumpul 4 bulan msti bnyk.. :P