2009-12-16

ntah!

http://blog.its.ac.id/silascsitsacid/files/2007/11/gila.jpg

SPM
da abes!!!
saya sgt suka lahhh!!!
esok dah boleh mula keje lahhh!!!

2009-12-10

SPM nak abes da

16 disember ini Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM) akan tamat untuk semua sekolah2 die Malaysia ini. Saya sebagai pelajar tingkatan 5 turut rasa berbangga kerana dapat menjalani peperiksaan ini. Namun selepas peperiksaan SPM saya perlu mencari kerja untuk mengisi masa selepas habis bersekolah. Saya perlu bekerja untuk membeli sebuah laptop yang saya ingini dan jika ada duit lebih saya akan belanja keluarga saya.

Saya juga ingin menyambung pelajaran saya ke Institut Pengajian Tinggi dan menjamin masa depan saya. Belajar selagi saya tidak bosan dengan pelajaran dan belajar selagi ada peluang untuk belajar. Target saya pada masa hadapan adalah untuk mempunyai isteri seramai seorang, sebuah kereta, sebuah rumah dan dikurniakan anak yang baik-baik hasil dari benih saya. Saya amat berharap semua itu. Jika saya tiada masa depan, perempuan tidak akan mahu pada saya. Tak guna kalau seseorng itu kacak atau cantik tapi tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Betul tidak?

Pada beberapa hari yang lepas, saya telah menutup akaun Ruangsaya saya. Selamat tinggal lah wahai Ruangsaya. Sudah bosan saya menghadap Ruangsaya. Saya ingin aktif pada Mukabuku dan blog yang buruk ini sahaja. Rasa amat lega selepas saya menutup Ruangsaya itu. Pada beberapa hari yang lepas saya telah memohon pekerjaan di Restoran Nando's. Dan hari jumaat lepas saya telah dipanggil untuk di temuduga. Saya telah mendapat pekerjaan dan akan bermula kerja pada hari khamis ini 17dis. Tak dapatlah saya hendak mengaktifkn diri selalu di alam maya ini.

Sekian entry skema saya pada hari ini. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
(hahahahahaha sengal btol aku ni kan :P )

2009-12-05

Pc Fair MITC Melaka

Pukul 12.30 td tengah syok² tidow tetiba dengar henfon aku jerit². Sape lah kacau pepagi2 ni nak tido pun tak senang. Da la nombor takde dalam contact list angkat je la. Rupe²nye mamat yang call aku. Die ajak gi PcFair kat MITC. Aku pun tak tahu ade PcFair hari ni. Aku pun ikut je la. Mandi², pakai baju, stylekn rambut then tggu Mamat sampai.

Kitorang gerak dlm kul 1 sampai je sane survey² harge laptop, ngn printer. Macam budak U la pulakkn pastu kitorang gi survey berokband celcom ngan maxis. Mule² tengok maxis ounye berokband. Harge murah tapi aku dengar ape cine tu ckp aku pon da lupe. Pastu yang celcom pulak mahal bla bla bla bla.... Ade cine tu die kate celcom punye modem ni open sim, boleh masok sim maxis or pape je la. Pastu kitorang gi kat booth celcom lain, tnye lagi pasal berokband lagi. Cine ni explain la pasal berokband ni... bla bla bla bla bla... panjang sangat die cakap. Then aku cakap la ape yang cine sebelum ni cakap kat aku yang modem celcom ni open sim. Then die kate tak, cine yg cakap tu tipu... Celcom punye modem bole masok sim celcom je. Harap je same kompeni "CELCOM" tapi kuat menipu. Hahaha.. lantak korang la. Pandai² la korang nak meniaga.