2009-02-09

Sony Ericsson Theme Creator

Lepas dah penat berkempen dalam pilihan raya kecil dun Ayer Keroh, Eh!! bile mase lak ade pilihan raye? huhu...maksud aku berkempen untuk mengajak pengunjung2 blog aku memflag blog yg menghina islam iaitu blog Adibah Ahmed aku dengan suka cita sambil hidung kembang kempis ingin berkongsi satu software untuk pengguna telefon bimbit Sony Ericsson iaitu Sony Ericsson Them Creator. Software ni membolehkan korang mencipta sendiri theme atau tema untuk telefon bimbit korang tetapi untuk pengguna Sony Ericsson je la. Untuk pengguna Nokia, Motorola, Samsung, atau ape2 pun lar, sory lah beb! aku malas nak cari sbb aku ni kan pengguna Sony Ericsson. Hu3.. Lagi satu, aku ade buat 2 theme iaitu theme Upin & Ipin dan theme penguin. Las Copaque, jangan saman aku kalau aku buat theme ni takde copyright korang. Aku orang susah. he3...

And then, skarang ni aku sedang blajar menggunakan software Adobe Ilustrator. Aku tengok gamba dan logo yang dihasilkan menggunakan Adobe Ilustrator lebih cun melecun berbanding menggunakan Adobe Photoshop. So kepada sesiapa disini yang otai menggunakan Adobe Ilustrator boleh lah korang tunjuk ajar kat aku cara2, trick, dan lain2 dalam menggunakan software berkenaan. Maklumlahkan, aku ni pengerusi dalam kelab Produksi Multimedia, so aku kene blajar design logo, edit gambar, sunting audio, buat animasi and lain2.
Kalau ade budak2 yang tak tahu guna software itu ini, aku lah yang kene ajar diorang.

2009-02-06

Penghinaan Terhadap Islam


Cube korang sume tengok blog ni -->> http://adibahahmed.blogspot.com/. kemunculan semula blog Adibah Ahmad. Tapi yang ni Adibah Ahm'e'd. Penulis blog ni islam atau pun tak? Aku pun x kompem. Tapi kalau korang rase penulis blog ni menghina tentang islam mari kita flag blog ni. Jangan malu jangan segan, kita flag blog ni ramai-ramai. Lagi ramai lagi bagus. Penulisan dalam blog ni banyak memanipulasikan tentang maksud ayat-ayat Al-Quran.

2009-02-04

Gambar Zaman mude-mude.

Semalam aku belek2 album gamba lama keluarge aku. Pastu aku terjumpe gamba mase aku kecik2. Huhuhu.... mcm2 posing yang menarik aku buat mase kecik2 dulu. Ada gamba yang aku ngah gigit sepana larr, gamba mase ngah pakai kostum robocop larr, ada gak gamba yg censored tp aku xnak ltk kat sini. Wekkk!!! malu lol. Korang tgk jelah 5 pic yg aku dah upload untuk korang tgk kecomelan aku mse kecik2. huhuhu....

Hands Up!!! aku tembak kang. hahahaha.... umah agak bersepah mase dulu sbb aku yg wat sepah. Biaselahkan, dah kate kanak2 ade je yg nak disepahkan.

Ni gamba mase aku bayi lagi. Mak aku kate ni kat Pantai Pengkalan Balak. Tembam tak aku? huhuhu.... itu penumbuk kalau kene kat mate Bush sure lebamnye.

Hahaha...ini die gamba aku ngah geget sepana sambil memegang skrudrebar atau pun screwdriver. Sekali imbas macam pompuan plak aku mase kecik2.

Mase ni aku masuk contest pakaian beragam. Aku jadi ROBOCOP. jangan maen2 tau. Aku ade pestol bunyik2. Yg pompuan 2 org tu ngan mamat pki kot tu sumpah aku tak kenal sape. Lorat nak amek gamba ngan aku.

Chewah!!! yg pki songkok merah tu lah aku. Ada macam ustaz tak? ish3...Gamba ni diambil selepas aku persembahan atas pentas ngan abg2 aku n jiran2 aku. Kitorang nyanyi lagu Raihan tau.

Ni je la gambar yg aku dapat tunjuk kat korang sume. Mse kecik2 mmg aku tak secomel korang. Saje je upload kat sini nak bagi korang tengok.