Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

2011-05-12

Hi!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

u complete me. :)

2011-03-12

tiada yang sempurna

first of all, Assalamualaikum. lama bebeno abg tak update blog ni. Maklum la kaum lelaki ni sikap malas lebih banyak dari rajin so faham-faham je la. Tangan ni tetibe rajin bukan sebab ape pon, sebab kne paksa sebenarnye. Ramai awek-awek yang dok mesej, email sampai penuh inbox suruh update blog. Takpe2, abg tunaikan permintaan kalian semua ye. :) rimas banyak sgt mesej msuk sampai tak boleh handle lg. 


Kali ni abg nak citer sumthing kat u'olls. U'olls mesti dah biase duk ngumpat-ngumpat orang laen kan? ala kalau tak ngumpat pun mesti pernah dingumpatkan. btul tak cakap abg? ahha! skarang perkataan ngumpat ni dah tukar jadi gosip. Gosip ni barulah ada gaya macam seorang artis . Abg pun dah biase dingumpatkan oleh manusia sekitar abg. Tapi abg ni jenis buat tak kesah je. Sumtime 'terngumpat' ade gak. ;P

Act ngumpat ni memang sumthing yg tak best bagi abg. Abg pun tak suka sgt ngumpat-ngumpat. Abg tak suke amik 'port' sal orang lain. Abg suka fikir pasal diri sendiri dari orang lain. Kadang-kadang bila abg 'ter'ngumpat orang lain abg mesti terfikir camni 'haissh aku pun tak sempurna ni kan aku nak cakap sal orang lain'. Biasanya ngumpat ni selalu berkaitan dgn keburukan seseorang dan boleh menjatuh air basuh tangan muka seseorang. Kita selalu dengar orang2 berkata "semua orang dilahirkan tak sempurna" begitu juga dengan abg sendiri, abg tak sempurna tapi abg dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Pandang cermin lihat tepat ke dalam cermin, tatap wajah kalian semua. Cuba tanya diri sendiri adakah kalian semua sudah cukup sempurna untuk kalian bercerita keburukan orang lain? :)

Kepada u'olls yang selalu dingumpatkan tu, "diam lebih baik daripada kamu bersuara". diam itu bukan bermakna u'olls itu seorang loser or failure itu menunjukkan sikap matang u'olls. If u'olls 'melenting' ibarat u'olls menyimbah petrol ke dalam unggun api. Pengumpat2 ni akan lagi syiokkkk abis ngumpat2 u'olls. Biarkan je mereka kerana "time is antidote". Tak lama lepas tu depa sume dah bosan duk ngumpat u'olls. Kering idea. :)

Idea abg pun dah kering tak tahu nak tulis apa lagi. Ops lupa lak, tadi tengok berita ade gempa bumi 8.9 skala richter bru je melanda bumi jepun. Negara jepun ni sangat2 maju dan moden, tapi sekali air bah dah tak boleh nak kata apa dah.semoden mana pun sesuatu negara, tiada siapa boleh lawan kuasa Allah s.w.t. semua ni ketentuan Allah s.w.t. 

Tak lupa juga pada arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, semoga roh kau aman 'disana'. Ayah, ibu, along, angah, bayan aku dan lain2 akan sentiasa mengingati kau.Cukup setahun ketiadaan kau disisi kami semua, bergunung rindu kami pada kau. Al-fatihah..


p/s: saja2 nak gelar diri abg. gurau semata-mata. :)

2011-02-05

Kesian kau wahai 'blog'

ditulis ada pukul 2.30 pagi. hari sabtu bersamaan dgn 5 februari 2011. Ketika sedang menaip entri ni aku tengah dengar lagu. Tapi lagu ni ntah ape2 la, aku dengar dari mp3 abang aku. Layankan jelah. Aku pun tak tahu dah brape lama aku 'hide'kan blog ni dari umum. Rasanya dah lama jugak lah. Ada gak mmbe yang tanya sebab apa aku 'hide' blog ni. Ala biasa la kan ada masalah peribadi so 'hide' kan skejap dari orang ramai.

Now baru terasa nak update entri baru, nak cerita sikit pasal life aku stakat ni, nak kongsi2 citer jijik dengan pembaca (hehe :D), nak merepek merapu meraban dan sebagainyalah. Bile hati dah tenang baru rasa slesa nak update. sape sokong korek idong! hehe.. First of all aku nak ucap trima kasih banyak kat Uki sebab die tolong 're-sketch' gamba aku jadi macam ni. Die ni otai dalam bab2 melokes. Kalau korang tengok blog 0 die mmg simple art die tapi menarik. Btw keep it up bro! :D

Korang ada dapat rumor yang mengatakan facebook akan ditutup? Tu sume tipulah. Kenapa ramai sangat percaya dengan khabar angin yang busuk tu pastu sibuk2 posted kat wall orang lain pasal khabar angin busuk yang tak tahu tahap kesahihannya. Sampai sekarang laman so-sial tu masih beroperasi dengan lancau lancar. So nak kata apa lagi? lagipun kalau fesbuk tutup pun Myspace kan ada. :) haha.

Nurse? hehe satu pekerjaan yang sangat 'tough'! Kalau kite pegi hospital kite tengok keje nurse tu macam kacang goreng hangus je kan. Nampak macam mudah, tpi aku dah rasa jadik seperti seorang nurse baru aku tahu tu pekerjaan yang susah giler vaveng! Korang pernah tukar pampers baby x? Mesti pernah kan tengok tahi babi baby tu, nampak pun comel je. Kalau jadi nurse pulak tengok tahi orang besar ni dah hilang kecomelan dia. Kerja nurse susah tahu!! Macam2 nak kena jaga, ubat pesakit, tanda vital pesakit, makanan pesakit, sume nurse yang jaga.! Susah tahu! Tapi yang penting mesti kena ikhlas buat kerja ni. :) dapat pahala tahu. Aku suka pahala.

2010-09-16

Konklusi cuti seminggu yang membosankan

Seperti biase mukadimah dalam setiap entri aku mesti aku kutuk blog ni sebab blog ni burok sangat pastu slalu je aku update bende yg bukan2, story bende yg tak snonoh. hehe.. Tapi hari ni aku nak puji blog, yela bukan slalu aku puji blog ni asyik kene kutuk je mesti die sdih. Oh blog ko la yg cantik, ko la yg hensem, ko la yg cute, ko la yg kacak bergaya lagi tampan. :P

Sudah cukup dengan pujian murahan tu. Mari aku start citer pasal cuti seminggu yang membosankan ni. Dalam cuti seminggu ni termasok jugak dengan cuti raya, perkara pertama yg buat cuti ni bosan sebab suasana kat kampung dah tak macam tahun sebelum2 ni. Dengan tokmak dah takde, pastu lagi tambah bosan bile ejat takde sebab biase mulut die la yang paling bising waktu pagi raya. Lepas tu lak along tak dapat nak join sebab keje. lagi lah rase kebosanan pagi raya.

Cuti seminggu?? seminggu tu macam tak cukup je. Dah lah aku nak kene settlekan banyak mende dengan kerenah kolej yang mcm bodo2 je. Bengang lak aku dengan management kolej ni rase menyesal pon ade tapi aku yg pilih kolej tu, apa bole buat truskan jelah. Bak kata org dlu2 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ehem2..lengan lah kan' hoho...

so cuti ni 80%BOSAN 20%BOLE LA KURANG BOSAN GAK

2010-08-31

Raye dah nak dekat dah...

Kejap je dah nak raye tapi aku rase taon ni punye raye memang tak best. Dahlah tak dapat main mercon, pastu tak dapat bli baju raye ngan kawan2 pastu yang paling terase skali sebab takde ejat ngan tok mak. :"( sdih lak bile teringat pasal arwah. Ajal ni tak kenal umur pun, bile dah sampai mase nanti 'die' datang la jemput kite. Biase nye kalau pagi2 raye kitorang salam adik beradik, tapi taon ni tak cukup sorang.

Skang aku duduk berdikari kat tempat orang, rase lain sangat coz klu tiap2 taon nak beli baju raye mesti ibu ayah tmnkn(kdg2 tu ade gak gi ngan membe) tapi kali ni rase jao sgt. Kat sini lak laaaaaeeeeeennnnnnn macam org2 die. Aiyooo... buat baek tak bole idop, buat jht pon x bole idop. SUSAH!! Baju melayu dah beli tu pon ibu yg belikan. Baju jln lak lom abes beli agy. Aku rase cam bebankn ibu ayah je. tiap kali tepon mesti mintak duit. isk! camne la nak saving kt sini.. susah nak kawal flow out duit.

Ni pulak pasal lesen kete aku yang tak settle2 lagi.. Aku harap cuti raye ni dapat settlekan.. Insyallah sebab kat sini nak dapat cuti pon susah. Cuti semester seminggu je memang tak boleh tahan la. Blajar tu ade sikit tension la. Kalau tak lepas gak buat cuti ni tak tawu la nak cakap apa. Haisshhh! rse cam nak quit pon ade. Tapi pk balik bnyak duit dah abes kt kolej ni. BENGANGG2!!

Cukup la ngan leteran aku yang merdu ni. Di kesempatan ni aku nak memohon maaf kat korang semua andai entri2 aku ni ade menyentuh perasaan korang semua. Takde niat pon nak buat camtu. Kalau aku ade buat salah korang cakap je. Aku akan mintak maaf dengan korang personally.. dan mintak maaf juga kat visitors
yg tgglkn komen kat chatbox tu, aku tak dapat reply coz terlalu sibuk n takde mase nk mengupdate blog sampah ni. :) SelAMAt HarI RayA (taon ni takde e-card sry2.. )

2010-08-15

Raya tahun ni....

raya tahun ni sangat2 meaningles.. sebab..
ejat takde
tokmak takde
.
.
.
.
.
.

:'(


miss both of u...

2010-07-10

Bilik saya!

Bermulalah cerita pada 5 julai 2010 seorang mamat bernama Muhammad Ihsan telah dihantar oleh parents beliau ke sebuah kolej kejururawatan swasta iaitu Kolej Pantai. Dan pada tarikh itu jugak beliau perlu berdikari utk hidup bersama strangers(alien). Selama 4 hari berada di sana, beliau telah menjadi seorang alien yg berjaya sehingga mampu mendapat jawatan ajk Student Council dan budak photostat utk sem 1(berjaye ke?) dan dalam 4 hari itu juga beliau dapat melihat pelbagai ragam alien2 yg lain. Dalam entri ini, beliau ingin menunjukkan keadaan dalam bilik alien beliau.
spray deodorant bertindak sebagai ejen pewangi kalau2 pepagi tak sempat mandi.
Yasin tu untuk bekalan hidup.
Inilah keadaan bilik beliau. Sangat kemas dan teratur. Eric leong pon kalah klu lawan decoration. Terima kasih kerana menonton. :)

2010-06-29

Program kejururawatan di IPTS ditangguhkan.

Malam tadi aku memandu(skema) kereta abang aku pegi rumah kawan aku. Ala takde jauh mane pun. Saje je nak train bawak kereta. hehe.. Sampai2 je rumah member aku tu, kitorang pun memulakan acara sembang2 gebang(apa maksuh gebang?) eceh! haha.. Pastu borak punya borak tetibe sorang member aku ni menyelit lak, dah lah tak bagi salam, naseb baek aku tak smackdown die. Dah tu bawak bad news lak.. Die beritahu kat aku course diploma kat ipts ditangguhkan. Wahh! 1st mmg aku tkejot dan tersangat tidak percaye. Aku mintak die sok kabau(surat khabar ye. Jgn terpengaruh dengan cara penulisan dlm blog ni. BM bole dpt G waktu spm nnti) sebab nak bukti. Oh ternyate berita tu tersangatlah benar. Patah hati aku nak sambong blajar dlm course nursing. Tapi aku still tak puas aty lagi. Aku nak telefon pejabat kolej pantai, whether kolej pantai involved ngan mende tak masuk akal ni atau tidak.
Encik Kerajaan, kalau ye pun nak kuatkuasakan mende ni, bincanglah n kajilah dahulu(dah kaji dah pun kan)..  Kalau dah betul2 konfiden, announce awal2(3-4 bulan awal) so tak menyusahkan aku dan orang lain. Ni tak, announce hari ahad(27 jun), pastu nak kuatkuasa start bulan Julai ni WTH!. Dah macam2 aku buat tahu. Medical checkup, bayar deposit. Ni baru aku sorang yang melenting. Kalau orang laen gak yang melenting camne? hah! sape nk jawab. Pastu kenape hanya di IPTS sahaje Encik Kerajaan tangguhkan.. Kenapa tidak IPTA skali? Adakah sebab kerajaan dengki ngn swasta sebab ramai yang prefer blajar nursing kt swasta berbanding kerajaan? Aku rasa tidak sama sekali.. Tapi ape agenda kerajaan buat mende bukan2. ni. Jeng3x!! (suspen).

Korang boleh bace berita penuh disini.

2010-06-28

Talk about 'LOVE' with Hans.

Sebelum memulakan cerita, kite kena baca bismillah ok. Mari kita baca bersama, Bissmillahirahmanirahim. Semoge apa yang kite cakap, kita buat, dan apa2 saje diberkati oleh Allah SWT. Biasenye kalau kite nak menulis sesuatu cerita, mukadimah cerita tu mesti menarik. bile bace mukadimah je, readers sume da 'stim' haha.. Tapi aku ni jenis tak reti nak tulis mukadimah yang menarik, ala kadar je bolehlah asalkan nampak macam satu entri yg panjang.eh! korang sume da 'stim' ke? hebat jugak aku ni. hehe..
 Okay cukup dengan mukadimah yang dah buat korang semue 'stim'. Korang kenal Hans kn? Ala die ni tak glamour mane pon muke pon tak hensem. Tapi die mengaku die hensem. Takpe kasi kan saje.(sedapkan aty die). Actually, dah lame dah aku knl die since dr aku form 4 tak silap aku. Aku kenal melalui blog kot tak silap aku. Pastu lelame dah jadik kwn sampailah skang. Dulu tengok blog die mcm idop segan mati tak mahu je. tapi skang lg feymes dari blog aku ni. Bomoh mane die pakai aku pun tak tawu. Mesti korang sume dah bosan dengan citer hans ni kan. Oklah kite stop kat sini.

Tadi chat dengan hans pasal awek. Die kate die pernah suke kat sumone. feeeewwiitt!! haha.. ingtkn die ni xde 'feeling'nye org.  Tgk cam gay je. hahaha.. guraw je. Die cakap kt aku. Bercinta ni ibarat satu pelaburan yg tak menentu. Ok skang aku akan huraikan apa maksud pelaburan yang tak menentu dalam percintaan ni. As all of u know, kalau seseorang(guys) tu ade kekasih, dia akan menghabiskan banyak duit untuk terus bersama dengan pompuan tu. Lelaki pon tawu pompuan macam2 die nak, baju, sluar, aksesori, dan macam-macam lagi la. Pastu dah dibeli segala macam barang diorang nak, one day ni pulak diorang mintak break dengan lelaki. Mesti frustkan, pastu duit abes macam tu je. Kalau aku pon, aku bengang gile. Rase nak cekik2 je pompuan camni.

"Manusia memang suka pada object yang lawa dan sempurna". Statement ni memang betullah. Lelaki ngn pompuan pun same je. Pompuan nak lelaki yg hensem, macho n bergaye. Lelaki pulak nak pompuan yg cantik, cute, n lawa. Kire nak sume perfect. Last2 bujang sampai ketua nak carik ciri2 macam tu. Bukan sume yang kite harapkan kite boleh capai ye kawan2. Ni peringatan untuk anda sume dan juga untuk diri aku sendiri. Kalau aku dapat biase2 pun cukuplah syukur Alhamdulillah. Tapi kebanyakkan pompuan lebih suke pandang 'money in the pocket'. Untuk apa diorang buat camtu? dah tentulah untuk kesenangan hidup diorang. So para lelaki semua, tebalkan poket anda dengan duit ye. Tak tebal tak dapat.. :P 

Andai kate korang tersinggung dengan cerita aku ni, aku mintak maaf banyak2. Bukan nya niat nak memburukkan sesiapa. Cuma nak berkongsi pengalaman/cerita bersama. Kalau ada salah tu tolonglah betulkan.. Sekian terimas kasih. :) 

last but not least.. utk 'tackle' pompuan,

AYAT KENA POWER
MULUT KENA MANIS
POKET KENA TEBAL 
eh da kul 5pagi! 

2010-04-09

Assalamualaikum dan orang melayu=islam

Assalamualaikum. jawab jangan tak jawab taw nanti dapat dosa. Sunat aku memberi salam, dan wajib korang semua untuk menjawab salam. Kalau ade readers blog aku yang non-muslim, korang tak perlulah jawab. Entri kali ni aku nak cerita tentang satu perkataan yang orang islam selalu ucapkan kat orang islam yang lain. Perkataan tu ialah Assalamualaikum. Hati aku terdetik nak publish entri ni mase aku nak masuk kerja petang tadi.

 (picture credit to google)

Sebelum aku masuk kerja petang tadi ada satu kejadian yang menggeletek hati aku sampai aku gelak terbahak-bahak sambil guling2 atas jalan tar. Jangan caya taw, aku tipu je. Aku cume sengih sorang2 je. Situasinye macam ni. Aku sampai dekat parking lot motorsikal lebih kurang pukul 5.40 petang. Aku turun dari motor, aku ternampak ada seorang gadis melayu memakai tudung sedang berjalan menuju kearah sebuah kereta. 1st aku tengok awek tu memang cantik, dressup pun lawa. Kire dressup orang yang banyak duit la. Lepas tu aku ternampak pulak pak guard yang sedang berdiri kat tepi jalan. Faktor yang menyebabkan pak guard tu diri tepi jalan sebab die tengah buat sekatan jalan kat parking lot kereta. Macam biasalah kan, pakguard pakai uniform diorang, baju putih, seluar hitam, beret hitam & aksesori lain. Mane ada branded nye barang.  Berbalik semula dekat gadis tadi, die bukak pintu kereta pastu borak2 dengan drebar kereta tu. Pastu ada satu babak yang buat aku sengih cam kerang busok.

Gadis melayu bertudung: ekiusme..
Parkguard: (buat tak paham/tak prasan)
Gadis melayu bertudung: boleh tak parking kereta kat dalam?
Pakguard: (masih buat tak tahu lagi/masih tak prasan lagi)
Gadis melayu bertudung: boleh tak saya parking kereta kat dalam?
Pakguard: eh! awak cakap dengan siapa? dengan saya ke?
Gadis melayu bertudung: Ye lah saya cakap dengan awak.
Pakguard: Oh!.. Kita orang melayukan, bagilah salam. Boleh2, parking jelah kat dalam( sambil mengangkat kon yang diletakkan ditengah-tengah jalan)

Pengajaran dalam cerita ni. Walaupun kita kaya, banyak duit, hidup mewah, cantik, hensem janganlah kita kurang dengan budi bahasa(aku ni berbudi bahasa tak?). Walaupun pakguard tu hidup dia tak sesenang, sekaya, sehensem kekasih gadis melayu bertudung tu, tapi die ada budi bahasa. So janganlah pandang serong dekat pakguard. One more, kalau nak bertegur dengan orang sesama islam, jangan lupa bagi salam. Dapat pahala taw bagi salam.

2010-04-02

Din Beramboi meninggal dunia



Baru2(1.20 pagi) ni aku dapat berita dari kawan aku yang Din Beramboi dah meniggal dunia. Sebelum ni arwah berada dalam keadaan koma dan kritikal dan dirawat di Hospital Selayang akibat terkena jangkitan air kencing tikus(ada yang cakap die kena penyakit denggi berdarah, tak tahu mana yang betul.). Aku mule2 tak percaya cerita ni. Aku 'search' berita pasal Din Beramboi kat google memang betul die dah meniggal dunia. Al-Fatihah.. Macam tak percaye je dia dah pergi tinggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 pagi, 2 April 2010.

Siapa yang tak kenal Din Beramboi ni, pelawak paling sempoi pernah aku kenal. Pecah perot kalau dia buat lawak nak2 dalam citer 'spontan'. Fuh!! memang tak boleh blah lawak die yang selamber tu. Aku tengok dengan abang aku macam nak tercabut rahang aku dengan lawak si Din Beramboi ni. Tapi dah takdir tuhan, ajal dah tiba. Hari ni dia telah pegi selama-lamanya tinggalkan kita semua. Sebagai umat islam marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin...

Kebelakangan ni banyak cerita pasal kematian yang aku dengar, baru2 ni pun aku telah kehilangan seorang abang. Aku tahu Allah nak sedarkan hamba-hambaNya supaya ingat tentang kematian dan menyuruh hamba-hambaNya bertaubat .Tapi dah jadi lumrah manusia bila disuruh buat perkara jahat laju je buat, tapi bile disuruh buat kebaikan ada je seribu satu alasan yang  diberi mana tak dosa semakin bertambah(ditujukan pada diri sendiri dan sesiapa yang terasa). Aku sedar aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan. Tapi bila aku akan bertaubat? takkan nak tunggu sampai hari kiamat baru nak taubat tapi tak guna jugak, sebab pintu taubat akan tertutup apabila hari kiamat menjelang.

2010-03-29

Berdebar


Awal2 pagi aku dah bangun. Aktiviti pertame aku, kene hantar ibu gi hospital Melaka, nak buat imbasan xray. Doct kate kemungkinan ade batu karang, lepas buat xray batu karang tu dah takde haha.. Sampai rumah dalam pukul 9 aku terus gi MITC. Ade sorang kawan aku kene gi PLKN. Hohoho.. Tapi aku tak sempat nak jumpe die sebab die dah naek bas. So gune alternatif lain, bermesej ngan die!. Mesej punye mesej tetibe bas dah nak gerak. Lawak jugak bile pikir sebab membe aku ni dapat kem PLKN kat Hutan Rekreasi A.Keroh je, jarak Mitc ke Tapak Kem tu dekat sekangkang kera je tapi siap nak berkumpol kat Mitc. Aku tengok ahbeng2 sume rambot kaler2. Siap la ko kat plkn nanti, memang takde rambut terus kowang sume. Hahaha..

Balik dari MITC, aku pergi Bangunan World Youth Foundation kat A.Keroh tuk apply masuk kolej pantai. Aku datang bawak badan je, sijil2, slip, salinan ic sume aku tak bawak.. haha.. Orang office tu suruh balek amik sijil2 & slip SPM ngn salinan ic diorang kate nak interview skali, Wah! tekejot aku nk interview hari ni gak.. Balik je la buat tak tawu sebelum tu aku singgah kedai mamak gi breakfast. Dari pagi tak makan lagi, pekena roti telur ngan teh tarik. Huhu.. Sampai rumah prepare2 barang untuk interview. Pergi balik office kolej pantai, pastu ade something wrong lak. Sengal. Aku tak bawak sijil2 koku.. huhuhu.. tapi interview tetap interview. 1st kene jawab soalan.. Aku ingat aku je sowang yg apply hari tu, but ade 2 orang pompuan duk tercangok jawab ujian. Dalam aty aku ni dup dap dup dap!.. Da la tak wat revision pastu tetibe nak kene wat soalan sains ngn math. Takot~~! tapi alhamdulillah boleh buat. Abis jawab aku dipanggil tuk interview. Menggeletau aku jawab owg tu soal.. Pastu speaking mat salleh lak uh! gagap weyh! haha... takotnye pasal. 
Tapi berjaye gak! Die tgk result aku insyallah boleh dapat scholarship.. (memang tu aku harapkn).

So, korang tak nak pilih nursing sebagai profession pilihan ke? haha.. ;)

2010-03-26

Kehidupan Selepas Ini

Menulis entri di blog buruk ni umpama aku tengah syok sendiri. Yelah, trafik blog aku bukanlah tinggi sangat (sebenarnye mmg takde trafik langsung) kalau nak dibandingkan dengan blog-blog taiko seperti Khai, Luth, Menteil, Kreuger, Amanz dan lain-lain sume. Semangat pun da takde bile nak menaip ni pon kejap-kejap je menaip. Ingat lagi mule2 ade blog(blog pertama la katekn). Sehari sekali 18 entri aku publishkn. Hebatkn! tapi baru aku sedar entry2 aku yg dulu lebih kepada entri 'sampah'. Banyak entri yang aku da delete sebab entri tu mcm 'smapah'. So lepas ni aku akan cube untuk bersemangat semula untuk berblogging. Yeah!! \m/


Dah 21 hari ejat tinggalkn kami sekeluarga. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Ejat, agaknya macam mane keadaan kau kat sana. Kitorang kat sini akan selalu doakan kesejahteraan kau kat sana. Sedih aku bila teringt pasal ejat. Terlalu muda untuk dia pergi. Ingat lagi bile pas mandi mesti aku ngan ejat lawan badan sape paling 'tough'. Aku tawu badan aku sekeping cam papan tapi saje je nak kasi meriah aku tetap kate badan aku paling ber'muscle'. Tapi sekarang kau da takde sape lagi yang nak jadik saingan aku. Dulu kau sanggup bagi aku pinjam motor kau untuk aku pergi kerja sedangkan kau pon nak gi kerja. Dulu mase aku form4 kaulah yang hantar aku pergi sekolah tiap2 hari. Dulu kalau aku takde transport balek keje kau sanggup jemput aku kat Bandar Hilir tuk amek aku balik umah. Aku hargai ape yang kau dah lakukan kat aku n kat keluarga. Kitorang takkan lupakan kau walaupun kau dah takde kat dalam dunia nyata ni. Kau tetap hidup dalam hati kitorang. Semoga roh Muhammad Izzat Amir dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....


Buat masa ni aku masih bekerja sebagai 'part-time promoter' je. Gaji pun ikut jam. Kalau rajin dapat la lebih. Aku tak nak buang masa duduk kat rumah buang masa. Lebih baik keje, boleh gak jana duit. Sesape diluar sane yang masih menganggur, carilah kerja 'part-time' boleh gak buat duit sikit daripada korang menganggur tak dapat apa2. Kalau dapat tawaran untuk sambung belajar memang aku akan pergi sebab aku tak nak jadik seorang loser. Kalau tak dapat pun aku akan minta kolej2 atau universiti swasta kat Malaysia. Carik yang murah2lah sebab family aku ni bukan la dari kalangan orang yang berada, kitorang ni sederhana je. 

p/s: aku tak berani nak buat entri pasal cinta lagi. Lagi satu korang percaye tak kalau aku amek course nursing untuk sambung study nanti.. hahah x bole blah! ;)

 Nurse la ni kn...

2010-03-04

Kebetulan

Sgt BESAR gambar ini bukan(xde la besar mane)..
dan sgt sengal jugak abg aku sebab tulis camtu..
kebetulan aku nga korek idong sambil bce blog die
aku ternampak lak ayat tu.. tegelak sowg2 aku cam owg giler.

2010-02-07

This is we call Malay

Sangat membosankn lepas abes skola ni. Tak tawu nk buat apa. Dulu bangun pagi gi skola tapi skang bangun pagi gi keje. Nasib baik dpt keje ilang gak bosan. Keje plak promoter je klu dapat keje ngn gov best gak kn tapi aku bersyukur dpt keje. Kat tmpt keje rmi mmbe yg bru aku knl. Yang sengal, yang selenge, yang ckp besar, yang 'sex maniac' pon ade.

Macam biase la aktiviti aku lepas balek keje mesti aku gi online facebook ngan myspace. Da reply komen, reply msj, komen2 gambar then aku pon jengah2 la profile myspace cewek2 kat ms tu. Bace description diowg, about me, komen n mcm2. Pastu aku tgk la profile sorang minah ni(tetibe berkenan lak tgk page die). Then aku view photo dia... Masyallah!! Tekejot aku... Korang nak tawu pic pe yang die letak? Nah tgk sendiri...

(klik utk gamba lebih besau!)

Ni lah yang dikatakan melayu 'hardcore'. Mane pergi maruah depa sume ni? Slamber rilek je letak gamba comolot kat dalam myspace. Pastu kalau privatekn takpe, ni open to public. Bangang btol la minah ni. Umo baru 17 da maen comolot ngn jantan. Kalau pakwe tu bole kekal sampai kawen, smpi dpt anak, smpi dpt cucu, sampai masuk kubo sesame takpe gak tapi tuk couple sementare je. Kalau la future husband ko tawu pangai ko camni agaknye camni la prasaan die kn. Tapi tak tawu la prangai future husband die camni gak mse mude2 dlu. Takpe la... kite sesame islam doakan je la prangai depa sume ni akan berubah menjadi lebih baik suatu mase nanti. Amin....

So disini, aku nak ingatkan kat diri aku dan pembaca blog ni, pepandai la korang jage diri. Kalau2 korang rase mende tu baek korang buat la.. Kalau mende tu x elok baek korang tinggalkn. Nak couple tu couple la, tapi tak perlu la nk maen comolot ngn partner korang tu. Sume comolot memaen je... Ok da abes da..

Ni citer laen plak, aku skang nga tggu gaji parkson masok coz korang nak tawu x sebab pe? hehe.. sebab aku nk sembur set motor aku baru.. aku da siap design. Nga tggu duit masok je. Tak saba2 ni.. Nak tengok tak design yang aku da buat? Nah amik ni...

 

Design ni aku amek berdasarkan design dari motor Yamaha Tech 3. Amacam ok x? Software yang aku gune tuk create design ni A.Illustrator Cs3.(tak biase lg pki cs4).


2009-12-22

How to nak dapat duit


OPSSS!! gamba pakcik perot boroi lagi boncit diatas ade kene mengena dengan entry kali ni..!! agagaga... :D
Aku skang ngah keje tuk kumpul duit n dpt gak mengisi waktu lapang aku. So dengan bekeje gak aku boleh dapat duit(ulang-ulang nye ayat). Dari taon lepas aku asyik keje dalam 'jurusan' makanan. Yela, taon lepas kan aku keje kat medan slera kat depan kapal samudera, mlake tu. Taon ni aku 'up' skit la coz aku keje kat restoran Nando's yang 'kdekot' serta 'bakhil'. Nape kdekot dan bakhil? coz Nando's tu mmg kdekot la. Keje tak sampai 6jam tak bole makan, kdekot punye Nando's. Dah tu kalau orang pompuan die bg lak mkn aku je tak dpt mkn. Siot btol.. TAK ADIL!!!. So kepada lepasan SPM pada tahun akan datang jom kite boikot Nando's. Jgn keje situ, gaji ciput je.. Keje la mne2 untuk dpt duit jnji jgn keje mcm pakcik buncit boroi kat atas tu ngn jgn keje kat Nando's. hahahaha.... 




2009-12-04

Satay Panas!!!

Friendster skang berwajah baru. Baru saya prasan sebab tadi nk log in akaun FS tu. Impressive giler.. Lawa jgak la. Da lme ke diowg tuka interface ni? Kuno btol saya ni kan. Saya sudah kuno. Mengapa saya kuno? Saya pun tak tahu.


Log In


Home


Log Out

Blog dah berabuk... Fuh Fuh!!! SPM tinggal lagi satu paper, paper MPV. Biasa orang akan tanye pas spm nak wat ape. Seperti biasa aku akan jawab "KEJE!". Keje kat mane? keje kat mane2 jnji gaji bole thn. Nak wat part time ke full time? Part time la sbb nnti nak sambong blaja klu dpat result baek. Kalau result tak baek? Aku akan try apply keje kat bank jadik Manager. BONGOK!! ko san. Ko nak mintak Uni mane? Nk mintak kat Universiti Oxford, klu tak dpt, mintak Al-Azhar je la. Hehehe :) ...

2009-09-02

Tengok Air Berjoget

Sekejap je dah 12 hari kite sume berpuase tapi yang tak puase(khas untuk lelaki)tu lantak koranglah kalau kene tangkap masuk van jenazah padan muke!! Sape suh ko tak puase. Semalam aku ngan kengkawan da plan nak buke puase kat pizza hut. Janji kul 6 tapi aku datang kul 6.30. Lambat setengah jam je tapi mmbe aku sowg ni dapat lambat skit. Yang lain sume dah tunggu atas meje. Lepak2 kejap kat situ 20 min it sblom buke pose order la pizza ikut slera masing-masing.

Makan-makan sampai perot da boncet. Pastuh lepak2 lagi sampai kul 8.30 kat pizza hut tu. Waiter kat sane pon dah muntah-muntah tgk muke kitowg. Disebabkan tula aku ajak membe aku blah dari situ lpas order take away aku dah siap. Ingatkan nak balik awal pastuh ade sowg membe aku ni ajak tengok air pancut berjoget. Mase tu die ade citer tapi kitowg wat bodo je. So smlm kitowg pegi gak nak tgk. Sampai je sane parking moto ade sorang auntie cine ni mintak duit parking moto. Taik punye auntie, malam-malam pon kene bayar ke celaka. Amik kesempatan punye orang. Ape nak buat terpakse gak bayar.





Aku tak penah tawu pon kat melake ade air pancut yang boleh joget-joget. Ubelieveble!! haha... Air pancut ni dekat2 dengan Kampung Jawa. Orang yang tinggal atau slalu pergi Melake mungkin tawu tempat nih.

2009-08-30

Macam taik je...


Akhirnya incik ihsan sudah mengetahui kenape stiap kali beliau nak follow blog orang lain syik kluar gamba tuh!! Ini disebabkan oleh kesengalan yang melanda otak beliau sehingga menyebabkan wayar mesin jahit di kedai tukang jahit mak cik senah putus lalu beliau mengambil keputusan untuk membuat satu entri bertajok 'Macam Taik je...'. Sebenarnye beliau sendiri tidak tahu ape yang ditaip oleh beliau. Seperti apa yang Perdana Menteri Malaysia iaitu Pak Najib bersembang kosong bersama rakyat Malaysia, "marilah kita sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia" dengan gaya idung kembang kempis beliau.

Jadik sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan dengan penoh rasa tanggungjawab dan belas kasihan serta menangis teresak-esak dan berjiwa merdeka, aku ingin mengingatkan kepada para pembaca supaya janganlah baca entri di blog ini kerana boleh menyebabkan sakit jiwa tahap kritikal disamping mendapat duit angpaw raya yang banyak. Salam 1 Malaysia dan salam Hari Raya Aidilfitri dari kami, RTM!

2009-08-28

Panggang ciken

Sekejap je dah seminggu kite sume berpose. Alhamdulillah lah stakat ni aku lum ponteng pose lagi dan tahun ni aku tak nak skip pose sme dengan tahun-tahun yang lepas. Dalam seminggu pose ni dah 2 kali lak aku ponteng gi smayang terawih hehe. Sbb pertame tak pegi pnt dan sbb kedua tak pegi aku ngan membe-membe aku wat barbeque memalam dan inilah cerita yang aku nak kecoh-kecohkan kat dalam blog buruk lagi huduh ni.

Semalam aku ngan membe-membe aku gi kuar carik baju raye. Sehari suntuk carik baju bukan maen susah lagi sebab carik kedai tak jumpe-jumpe. Dah 5 kali round tak jmpe-jmpe kedai tu. Pastu call membe aku tnye kedai tu kat mane die gtaw dkt-dkt dgn kedai Bizandry. Pastu jalan balik kat situ baru jumpe, dah banyak kali round tak nampak-nampak kedai tu mungkin sbb kedai tu kene bomoh kot haha!. Angkat baju selai pastu blah. Balik tu singgah Mydin Ayer Keroh beli ayam tuk di'barbeque'. Angkat chicken wing 8 ketul pastu bayar kat kaunter 7 Eleven ekceli Mydin hehe.

Bengang gile mase nak idupkan api kat arang dengan kipas satay takde terpakse gune kotak nak kipas bara api tu. Pastu api da marak abis ayam aku hangus itam legam. So sesape nak amik aku jadik chef untuk hotel korang bole calling aku melalui talian 999. Membe aku lak sempat buat ikan bakar tapi kepale ikan tu putus pas dah abes bakar. Nak letak skit gamba kat sini bagi korang nye air liur melimpah ruah mase bulan2 pose ni. Hehe...