Showing posts with label Jokes. Show all posts
Showing posts with label Jokes. Show all posts

2010-04-23

Hantu Kesian

Aku jumpe video ni kat blog suhz. Hayatilah video dibawah.



Terima kasih kerana menonton. Jangan lupa komen.

2009-12-04

Satay Panas!!!

Friendster skang berwajah baru. Baru saya prasan sebab tadi nk log in akaun FS tu. Impressive giler.. Lawa jgak la. Da lme ke diowg tuka interface ni? Kuno btol saya ni kan. Saya sudah kuno. Mengapa saya kuno? Saya pun tak tahu.


Log In


Home


Log Out

Blog dah berabuk... Fuh Fuh!!! SPM tinggal lagi satu paper, paper MPV. Biasa orang akan tanye pas spm nak wat ape. Seperti biasa aku akan jawab "KEJE!". Keje kat mane? keje kat mane2 jnji gaji bole thn. Nak wat part time ke full time? Part time la sbb nnti nak sambong blaja klu dpat result baek. Kalau result tak baek? Aku akan try apply keje kat bank jadik Manager. BONGOK!! ko san. Ko nak mintak Uni mane? Nk mintak kat Universiti Oxford, klu tak dpt, mintak Al-Azhar je la. Hehehe :) ...

2009-06-04

Mari Berkaraoke...

Jom karaoke lagu kat bawah, kompem layan~~~!!!







Credit to Akusape n MBB Team. Aku jumpe video ni kat blog akusape n video diupload dan ditranslatekan oleh MBB Team. Thnxs!!!



Lagi satu aku tak sabar2 nak tggu 24 or 26 jun. Korang tawu ape yg ditygkn kat pawagam tarikh ari tu. he3.... pe lg klu bukan citer TRANSFORMERS 2: Revenge Of The Fallen. Dah plan ngan mmbe2, p aku tgk tairkh 24 jun tu ari skola la.. klu gi lmbt mesti penoh punye.... takpe2 tibai je la. asalkn dpt tgk. Layan triler kat bawah.



Hahahaha!! kene tipuuu!!. trailer yg original tak boleh embed la.

2009-06-01

Makan Nasi Lemak.....

Semalam aku bangun tidow kul 10 lebey kot. Ngantok sebab penat balik dari kem. Maghirb sume aku langgar. Bangun je perot dah bunyik2. Lapar rasenye.... aku try gosok2 perot ni ckp ngan die supaya sabar tapi dah tak boleh tahan dah. Aku bukak tudung saji ade nasik empet, dah raye ke ibu??? he3... pastu kat celah2 nasik empet tu ade nasi lemak, satu yg dah nipis satu lagi kembong lg. Pergi kat ibu aku pastu tnye, "bu2, nasi lemak tu 'adik' punye ea??" jgn amik kesah sgt ape yg aku taip tu ea.... nguahahahaha:D. Pastu mak aku ye kan je. Aku pon bedal la. Sebelum aku bukak bungkusan nasi lemak tu, rase cam tak jadi je nak makan.... korang nak taw?? tgk gamba bwh larrr....


Korang paham2 je la gamba ape yg terpapar kat sok kabau tu. Wahai perokok2 di Malaysia mari kite menyambut seruan kerajaan supaya berhenti merokok. Ingat lah rokok ni haram di sisi islam. Para mufti pon da ckp. Lagi satu korang yg suke isap rokok ni, aku pon jadik mngse kne tgk gamba tu. Oh TIDAK!!!. Apa salah aku, aku tak isap rokok pon taw. Peringatan jugak kat makcik yang jual nasi lemak supaya jangan balut nasi lemak anda menggunakan kertas sok kabau camtu loya tokak den. Malah bukan sahaja tokak den loya malah pelanggan2 makcik boleh lari. INGAT!! JANGAN ISAP ROKOK!!!!

2009-03-29

Aku Bosan + Video Lawak

Malam ni aku rase bosan giler. Tak taw nak buat ape. Aku pun blogwalking lar kat blog blogger2 then terjumpe satu video yang agak lawak bagi aku. Credit kat suhz sbb aku jumpe video ni kat blog die. Video ni menceritakan tentang masalah internet yang berlaku die MMU. Ha3.. lawak giler kalau korang tengok video ni. Rase cam nak pecah perot. Ekpresi muke sume men peranan siap tengking2 lagi tu. "Hari ini pula, sistem air juga bermasalah. Jumlah pelajar tak mandi pagi pula semaking meningkat" Kata Hitler.




Beberape hari yang lepas kucing aku, si itam tu dah selamat melahirkan anak. Nguah3... bergelar bapalah aku. EHH!!! salah2 anak itam tu tak berbapa. Bapak die tak bertanggungjawab sebab dah ceraikan itam pastu hilang ntah ke mane. Setakat ni itam batu je lahirkan 3 ekor anak, sekor dah mati sebab lemas dalam selaput so tinggal 2 yang idup. Itam lambat jilat anak die tu yang lemas. Mase die meneran tu aku perati je itam disamping memberi sokongan kat die "Teran tam jangan tak teran" ha3... Berdarah-darah aku tengok kat sekeliling tempat die beranak tu. Dah lah beranak kat rak aku. Pagi tadi ko berhijrah lak kat dalam almari baju. Memang melampau kau tam. Pastu dah satu keje nak mengalihkan si itam ni. Sape nak sekor anak kucing.? Angkat tangan!!!

2009-02-16

3310 ke n3310i??

Fuyoh, letihnye aku bile da jadi budak skola ni. Macam2 keje nak kene siapkan. Dengan perangai cikgu yang suke keje skola yg banyak smpi tak terbuat keje skola tu. Skang ni ngah exam week bulan 1. Hu3..aku tak risau sangat sbb ni ujian je. Aku risau SPM nnti. haizzz.... Mintak2 lah aku boleh jawab solan SPM nnti.

Petang tadi pulak kaki aku punye kulit terbelah sebab terkene kace botol arak yang dah pecah. Malaun mane ntah yang dah minom arak tak reti nak buang dalam tong sampah. Bodo punya kaki botol. Aku bagi korang minom gune botol susu kang. Da la aku kene mse ngah maen bola. Aku pun satu, maen bola tak reti pakai kasut sekali amek ko. ha3... Tapi aku tetap nak salah kan orang yg minom arak tu sebab die bodoh gi minom arak. Tapi pas dah kene kace tu aku rilek jer maen bola. Wat cam takde ape2. Kontrol macho ma @hensem..

Lupakan sume pasal mende tu. Skang mari kite ramai2 tgk gamba kat bawah ni. Hu3... Hasil dari aku edit mengedit fon 3310 maka terciptalah n3310i. Henfon ni mempunyai kamera 16 megapiksel dengan memory fon yang terbina didalam sebanyak 160gb. Henfon ni jugak mempunyai 4G dan membolehkan korang membuat voice call. Canggihkan!!! Spekaer henfon ni walaupun satu, tapi mampu untuk membuatkan seseorang yang mendengar dari jarak 4 meter boleh pekak dan cacat seumur hidup. Jadi kene dengar dari jarak 4.1 meter dan keatas la. Henfon ni mempunyai fungsi sama seperti iPhone tapi henfon ni lebih canggih. Korang sume boleh menginstall game seperti Need For Speed Undercover, Crysis Warhead, Battlefield 2142, dan lain2 game yang mempunyai high requirement. Henfon ni memepunyai ram 16gb dan mempunyai 8 USB port. Harga dalam anggaran RM2500.00 - RM3000.00.



Amacam, ada ok?? ha3....

2008-12-15

Lawak Siot.(Bush kene baling kasut)



hahahahaha....selamat si barua tu elak@blogmenjerit.Kalau die tak elak memang melekat kasut tu kat muke die.Hahahahaha....kuat siot mamat tu baling.Kalau aku kene berpinau aku. Next time jgn baling kasut lah mamat. Ko pakai bazoka je tembak die. Biar mati terus.Kasut mamat tu saiz 10.


Download video tu kat sini

2008-10-29

Berita Gempar!!!(baca sampai habis)

Info ini diambil dari forum Bacteria
"Awas..Kami Merebak.!!"




BERITA GEMPAR,
Baca sampai habis, sedih rasanya. Apa nak jadikkkk dengan Malaysia hari ini
ISNIN,JULY 7 2008 16:38
haramkan tudung?? baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.
Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.
Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.
Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.
Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.
Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.
Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia . bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.
Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.
MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .
pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.
Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT
dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.
kui kui!! kesian korang kene tipu ngan aku..!!!
huhuhu...=)

2008-07-27

Henfon Full Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan.

Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.


Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian Sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp an da.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T ' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!





*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....Muahahahahaha...