Showing posts with label Masalah. Show all posts
Showing posts with label Masalah. Show all posts

2010-09-16

Konklusi cuti seminggu yang membosankan

Seperti biase mukadimah dalam setiap entri aku mesti aku kutuk blog ni sebab blog ni burok sangat pastu slalu je aku update bende yg bukan2, story bende yg tak snonoh. hehe.. Tapi hari ni aku nak puji blog, yela bukan slalu aku puji blog ni asyik kene kutuk je mesti die sdih. Oh blog ko la yg cantik, ko la yg hensem, ko la yg cute, ko la yg kacak bergaya lagi tampan. :P

Sudah cukup dengan pujian murahan tu. Mari aku start citer pasal cuti seminggu yang membosankan ni. Dalam cuti seminggu ni termasok jugak dengan cuti raya, perkara pertama yg buat cuti ni bosan sebab suasana kat kampung dah tak macam tahun sebelum2 ni. Dengan tokmak dah takde, pastu lagi tambah bosan bile ejat takde sebab biase mulut die la yang paling bising waktu pagi raya. Lepas tu lak along tak dapat nak join sebab keje. lagi lah rase kebosanan pagi raya.

Cuti seminggu?? seminggu tu macam tak cukup je. Dah lah aku nak kene settlekan banyak mende dengan kerenah kolej yang mcm bodo2 je. Bengang lak aku dengan management kolej ni rase menyesal pon ade tapi aku yg pilih kolej tu, apa bole buat truskan jelah. Bak kata org dlu2 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ehem2..lengan lah kan' hoho...

so cuti ni 80%BOSAN 20%BOLE LA KURANG BOSAN GAK

2010-04-09

Assalamualaikum dan orang melayu=islam

Assalamualaikum. jawab jangan tak jawab taw nanti dapat dosa. Sunat aku memberi salam, dan wajib korang semua untuk menjawab salam. Kalau ade readers blog aku yang non-muslim, korang tak perlulah jawab. Entri kali ni aku nak cerita tentang satu perkataan yang orang islam selalu ucapkan kat orang islam yang lain. Perkataan tu ialah Assalamualaikum. Hati aku terdetik nak publish entri ni mase aku nak masuk kerja petang tadi.

 (picture credit to google)

Sebelum aku masuk kerja petang tadi ada satu kejadian yang menggeletek hati aku sampai aku gelak terbahak-bahak sambil guling2 atas jalan tar. Jangan caya taw, aku tipu je. Aku cume sengih sorang2 je. Situasinye macam ni. Aku sampai dekat parking lot motorsikal lebih kurang pukul 5.40 petang. Aku turun dari motor, aku ternampak ada seorang gadis melayu memakai tudung sedang berjalan menuju kearah sebuah kereta. 1st aku tengok awek tu memang cantik, dressup pun lawa. Kire dressup orang yang banyak duit la. Lepas tu aku ternampak pulak pak guard yang sedang berdiri kat tepi jalan. Faktor yang menyebabkan pak guard tu diri tepi jalan sebab die tengah buat sekatan jalan kat parking lot kereta. Macam biasalah kan, pakguard pakai uniform diorang, baju putih, seluar hitam, beret hitam & aksesori lain. Mane ada branded nye barang.  Berbalik semula dekat gadis tadi, die bukak pintu kereta pastu borak2 dengan drebar kereta tu. Pastu ada satu babak yang buat aku sengih cam kerang busok.

Gadis melayu bertudung: ekiusme..
Parkguard: (buat tak paham/tak prasan)
Gadis melayu bertudung: boleh tak parking kereta kat dalam?
Pakguard: (masih buat tak tahu lagi/masih tak prasan lagi)
Gadis melayu bertudung: boleh tak saya parking kereta kat dalam?
Pakguard: eh! awak cakap dengan siapa? dengan saya ke?
Gadis melayu bertudung: Ye lah saya cakap dengan awak.
Pakguard: Oh!.. Kita orang melayukan, bagilah salam. Boleh2, parking jelah kat dalam( sambil mengangkat kon yang diletakkan ditengah-tengah jalan)

Pengajaran dalam cerita ni. Walaupun kita kaya, banyak duit, hidup mewah, cantik, hensem janganlah kita kurang dengan budi bahasa(aku ni berbudi bahasa tak?). Walaupun pakguard tu hidup dia tak sesenang, sekaya, sehensem kekasih gadis melayu bertudung tu, tapi die ada budi bahasa. So janganlah pandang serong dekat pakguard. One more, kalau nak bertegur dengan orang sesama islam, jangan lupa bagi salam. Dapat pahala taw bagi salam.

2010-03-26

Kehidupan Selepas Ini

Menulis entri di blog buruk ni umpama aku tengah syok sendiri. Yelah, trafik blog aku bukanlah tinggi sangat (sebenarnye mmg takde trafik langsung) kalau nak dibandingkan dengan blog-blog taiko seperti Khai, Luth, Menteil, Kreuger, Amanz dan lain-lain sume. Semangat pun da takde bile nak menaip ni pon kejap-kejap je menaip. Ingat lagi mule2 ade blog(blog pertama la katekn). Sehari sekali 18 entri aku publishkn. Hebatkn! tapi baru aku sedar entry2 aku yg dulu lebih kepada entri 'sampah'. Banyak entri yang aku da delete sebab entri tu mcm 'smapah'. So lepas ni aku akan cube untuk bersemangat semula untuk berblogging. Yeah!! \m/


Dah 21 hari ejat tinggalkn kami sekeluarga. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Ejat, agaknya macam mane keadaan kau kat sana. Kitorang kat sini akan selalu doakan kesejahteraan kau kat sana. Sedih aku bila teringt pasal ejat. Terlalu muda untuk dia pergi. Ingat lagi bile pas mandi mesti aku ngan ejat lawan badan sape paling 'tough'. Aku tawu badan aku sekeping cam papan tapi saje je nak kasi meriah aku tetap kate badan aku paling ber'muscle'. Tapi sekarang kau da takde sape lagi yang nak jadik saingan aku. Dulu kau sanggup bagi aku pinjam motor kau untuk aku pergi kerja sedangkan kau pon nak gi kerja. Dulu mase aku form4 kaulah yang hantar aku pergi sekolah tiap2 hari. Dulu kalau aku takde transport balek keje kau sanggup jemput aku kat Bandar Hilir tuk amek aku balik umah. Aku hargai ape yang kau dah lakukan kat aku n kat keluarga. Kitorang takkan lupakan kau walaupun kau dah takde kat dalam dunia nyata ni. Kau tetap hidup dalam hati kitorang. Semoga roh Muhammad Izzat Amir dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....


Buat masa ni aku masih bekerja sebagai 'part-time promoter' je. Gaji pun ikut jam. Kalau rajin dapat la lebih. Aku tak nak buang masa duduk kat rumah buang masa. Lebih baik keje, boleh gak jana duit. Sesape diluar sane yang masih menganggur, carilah kerja 'part-time' boleh gak buat duit sikit daripada korang menganggur tak dapat apa2. Kalau dapat tawaran untuk sambung belajar memang aku akan pergi sebab aku tak nak jadik seorang loser. Kalau tak dapat pun aku akan minta kolej2 atau universiti swasta kat Malaysia. Carik yang murah2lah sebab family aku ni bukan la dari kalangan orang yang berada, kitorang ni sederhana je. 

p/s: aku tak berani nak buat entri pasal cinta lagi. Lagi satu korang percaye tak kalau aku amek course nursing untuk sambung study nanti.. hahah x bole blah! ;)

 Nurse la ni kn...

2009-12-22

How to nak dapat duit


OPSSS!! gamba pakcik perot boroi lagi boncit diatas ade kene mengena dengan entry kali ni..!! agagaga... :D
Aku skang ngah keje tuk kumpul duit n dpt gak mengisi waktu lapang aku. So dengan bekeje gak aku boleh dapat duit(ulang-ulang nye ayat). Dari taon lepas aku asyik keje dalam 'jurusan' makanan. Yela, taon lepas kan aku keje kat medan slera kat depan kapal samudera, mlake tu. Taon ni aku 'up' skit la coz aku keje kat restoran Nando's yang 'kdekot' serta 'bakhil'. Nape kdekot dan bakhil? coz Nando's tu mmg kdekot la. Keje tak sampai 6jam tak bole makan, kdekot punye Nando's. Dah tu kalau orang pompuan die bg lak mkn aku je tak dpt mkn. Siot btol.. TAK ADIL!!!. So kepada lepasan SPM pada tahun akan datang jom kite boikot Nando's. Jgn keje situ, gaji ciput je.. Keje la mne2 untuk dpt duit jnji jgn keje mcm pakcik buncit boroi kat atas tu ngn jgn keje kat Nando's. hahahaha.... 




2009-08-30

Macam taik je...


Akhirnya incik ihsan sudah mengetahui kenape stiap kali beliau nak follow blog orang lain syik kluar gamba tuh!! Ini disebabkan oleh kesengalan yang melanda otak beliau sehingga menyebabkan wayar mesin jahit di kedai tukang jahit mak cik senah putus lalu beliau mengambil keputusan untuk membuat satu entri bertajok 'Macam Taik je...'. Sebenarnye beliau sendiri tidak tahu ape yang ditaip oleh beliau. Seperti apa yang Perdana Menteri Malaysia iaitu Pak Najib bersembang kosong bersama rakyat Malaysia, "marilah kita sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia" dengan gaya idung kembang kempis beliau.

Jadik sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan dengan penoh rasa tanggungjawab dan belas kasihan serta menangis teresak-esak dan berjiwa merdeka, aku ingin mengingatkan kepada para pembaca supaya janganlah baca entri di blog ini kerana boleh menyebabkan sakit jiwa tahap kritikal disamping mendapat duit angpaw raya yang banyak. Salam 1 Malaysia dan salam Hari Raya Aidilfitri dari kami, RTM!

2009-08-11

Langkah Pencegahan H1N1


Selsema babi atau nama susah nak sbutnye Influenza AH1N1 dah tersebar kat seluruh Malaysia. Tak silap aku tadi tengok paper kat bharian online dah 27 orang mati sebab penyakit babi ni. Takut gak bile dgar da 27 org mati pasal sakit ni. Hari jumaat minggu lepas aku tak gi skola sbb demam dan sakit kepale yang melampau sampai hari ahad. Mase gi klinik doktor cakap kat aku kalau seseorang yang sihat, takde penyakit lain tu kene selsema babi percent untuk mati 0.01% saje. Kalau korang ade sakit laen cam asma barulah percent utk mati meningkat dan kalau mati tu pun berpunca dari sakit yang korang hidap tu dan bukan selsema babi. Tapi kite mesti arr kene amik langkah berjage-jagekan tuk mengelakkan dari kene selsema babi ni sebab kalau dah kene tak bole gi skola pastu kene kuarantin kat rumah. Antara langkah berjage-jage yang korang perlu amik tawu ialah:
  • Pakai 'mask'(topeng).
  • Jangan pergi tempat yang ramai orang.
  • Sentiasa basuh tangan lepas batuk ngan bersin
  • Pakai tisu bile bersin atau batuk
  • Jangan dekat dengan orang yang dikuarantin
  • Jika sesak nafas masukkan kepala kedalam mangkuk jamban
  • Pegi jumpe bomph/tok dukun kalau ade tanda2 H1N1
  • Mandi air bunge seperti bunge tahi ayam, bunge raya, bunge manggar, dan bunge api.
(Kalau tak masuk akal tu abaikan)


Mase tu terdengar kat berita kat Malaysia dah ade 2 vaksin H1N1. Mase aku gi klinik ari tu ade sorang pakcik ni die baru pas inject vaksin H1N1. Harga untuk satu injection tak silap aku RM90, mahal!. Peringatan dari aku untuk diri aku dan korang sume, pandai-pandailah jage diri.

2009-07-22

Ade Ulaq Masok Lubang Jamban

Cerita die macam ni korang tawulah kan aku ni kembar Clark Kent yang dalam citer smallville tu. So malam tadi aku tidow lambat skit sebab nak siapkan keje seni aku. Mase ngah wat keje tu pendengaran aku ni tajam giler aku terdengar macam ade mende ngah gerak2. So aku gune ar mate aku tuk trace haba kat mana datang pergerakan tu. Manelah tawu ade perompak nak masok rumah aku ni. So aku check arr sekeliling takde ape2 pon. Then amik keputusan sambong keje balek. Jam dah pukul 1.30 aku terdengar bunyik datang dari 'toilet' aku jengah arr tgk2 ade ulaq sawa!. Besar die macam dalam citer anakonda tu. Aku menggunakan kekuatan yg ada tuk tangkap ulaq tu. Struggle punye struggle akhirnya ulaq tu angkat kain putih coz dah surrender. Dengan bangganye aku tangkap ulaq tu simpan dalam guni. Hebat tak citer tipu aku ni?? Tepok tangan anda..

Citer sebenar camni. Pagi tadi ayah aku bangon dalam kul 3 lebih pagi ar. Pastu ayah aku nak gi toilet pastu die nampak kucing kesayangan abang aku ngah duduk kat depan pintu toilet tu sambil jerit2. Ayah aku gi arr jengah skali tgk ape ade manelah tawu lobang jamban umah aku kluar emas ke kaya gak family aku tapi ayah aku nampak kepale ular sawa. Ayah aku bukak je lampu twus ulaq tu ilaang masok dalam lubang jamban. Bunguk punye ulaq takde tempat lain ke nak pergi.

Then pas aku balek skola ingatkn da settle sume ni tapi belum. Tengok ade orang dari Jabatan Pertahanan Awam ngah pegang ekor ulaq tu. Ulaq tu ngah duk kat tangki pembentung ehem2. Ulaq ni tahan giler berenang-renang kat kolam t**k jijik btol ulaq ni. Ade 4 orang JPA yang datang kluarkn ulaq ni. Ulaq ni kuat 3 orang tarik pon die stay je kat dalam pembentung tu. Aku kesian kat orang JPA tu sebab kene kencing ngan ulaq tu abang aku pon kene sekali tepat2 kat muke. Lepas 10 minit tarik punye tarik ulaq tu dpt dikluarkan gak. Ulaq tu ade hati nak gigit orang die tak sedar kalau orang JPA tu dah pijak kepale die gune boot yang diorang tak ke pecah pale die.

Aku ade rakam video mse keje2 tangkap ulaq tu, orang dari JPA tu mintak bluetooth dari aku. Saiz video tuh 25mb, besar giler kualiti low skit la. Ulaq tu panjang lebih kurang 6-7 kaki besar tu tak sangat la. Masuk je dalam guni abang aku ketuk2 pale ulaq tu. hahaha... kijam2. Lantak ko lah ulaq ko dah kencingkn orang nak je berakkan ko pulak. Cube korang bayangkan kalau tak tawu ade ulaq, mesti bontot aku kene geget mse ngah ehem2. Tak dapat nak bayangkan. Pape pun aku trima kaseh kat orang JPA tu coz susah payah kluarkan ulaq tu.

2009-06-01

Makan Nasi Lemak.....

Semalam aku bangun tidow kul 10 lebey kot. Ngantok sebab penat balik dari kem. Maghirb sume aku langgar. Bangun je perot dah bunyik2. Lapar rasenye.... aku try gosok2 perot ni ckp ngan die supaya sabar tapi dah tak boleh tahan dah. Aku bukak tudung saji ade nasik empet, dah raye ke ibu??? he3... pastu kat celah2 nasik empet tu ade nasi lemak, satu yg dah nipis satu lagi kembong lg. Pergi kat ibu aku pastu tnye, "bu2, nasi lemak tu 'adik' punye ea??" jgn amik kesah sgt ape yg aku taip tu ea.... nguahahahaha:D. Pastu mak aku ye kan je. Aku pon bedal la. Sebelum aku bukak bungkusan nasi lemak tu, rase cam tak jadi je nak makan.... korang nak taw?? tgk gamba bwh larrr....


Korang paham2 je la gamba ape yg terpapar kat sok kabau tu. Wahai perokok2 di Malaysia mari kite menyambut seruan kerajaan supaya berhenti merokok. Ingat lah rokok ni haram di sisi islam. Para mufti pon da ckp. Lagi satu korang yg suke isap rokok ni, aku pon jadik mngse kne tgk gamba tu. Oh TIDAK!!!. Apa salah aku, aku tak isap rokok pon taw. Peringatan jugak kat makcik yang jual nasi lemak supaya jangan balut nasi lemak anda menggunakan kertas sok kabau camtu loya tokak den. Malah bukan sahaja tokak den loya malah pelanggan2 makcik boleh lari. INGAT!! JANGAN ISAP ROKOK!!!!

2009-04-20

Kisah Petang Tadi

Dah lame aku tak post cerite kat dalam blog ni. Bukan sebab malas tapi aku kemarau idea nak menaip. Tiap kali nak menaip je habis semua idea hilang macam breeze menghilangkan kotoran degil. Bersih kepala otak aku ni. Lagi pun aku nye blog ni bukan ramai reader pon maybe aku jus syok sendiri menaip blog ni.



Post ni pun saje suke-suke nak isi waktu aku yang tak pernah nak kosong. Petang tadi cam biase aku lepak-lepak ngan membe-membe kat taman permainan. Kitorang pun berbual-bual kosong. Tapi otak aku mase tu ngah biol. Aku tengok budak-budak kecik kat taman bukan main seronok lagi main kejar-kejar. Mesti korang dulu penah main 'game' ni jugak mase kecik-kecikkan. Aku tengok budak-budak tu main care kotor die ejek membe die kepale besar, gemuk dan lain-lain. Pastu siap die maki budak tu lagi. Adess!! knk-knk zaman skang. Memang Brutal. Tetibe idea biol aku datang aku pun main kejar-kejar ngan membe aku. Dahlah dah tingkatan 5 pastu main kejar-kejar lak, memang tak matang. Mase main siap gelak-gelak kutuk diri sendiri cam knk-knk. Pastu aku berdiri atas jongkang-jongkit budak yang nak kejar aku ni gi pijak kat ujung mende alah tu lagi skit aku nak tegolek 'dog'. Kitorang main sampai kul 7. Tak prasan dah maghrib sebab syok sangat. Mase ngah main kejar-kejar kaki aku sakit tak tahu arr sebab ape.

Gambar yang sempat aku amik mase kawan aku ngah duduk-duduk termenung sendirian......


p/s: aku nak wat contest satu hari nanti... tggu je laaa...

2008-11-15

WTH!!! Friendster dah nak mampus!!!

Apa sudah jadi sama Friendster. haizzz..takkan korang kene hack kot.Korang tgk gamba kat bawah.Aku rasa ramai yang kene camni.bukan rasa lagi lah. dah memang pun.sengal gile friendster.Aku ingatkan diorang buat maintanance biase-biase, rupe-rupenye diorang ada masalah besar.Kawan aku tinggal 3 je.Dulu ada 100++.malas aku nak add kwn2 aku balik.
Kesiankan kat sape yg ada kwn sampai beribu-ribu, penat je korang kumpul, pastu ilang cam tu je.

(mesej ceria dari friendster.)

(lepas aku tgk sume ni trus dah tak ceria)

p/s: kalau ni server aku, aku tutup terus.=) hehehe..

2008-11-04

Myspace problem.Siot.!!


Sape tahu kenapa myspace aku jadi camni.?Kawan aku penah kene camni, pastu die kate die dah tak boleh log in terus.Die buat acount baru.Cam s**l je Myspace ni ar.Kalau sesiapa yang tahu problem ni beritahu aku tau.Aku pun nak tahu gak.



Pastu jadi camni.=(

p/s:dah boleh log in balik...huhuhu=)

2008-11-01

Masalah malam tadi.

Malam tadi blog aku tak boleh bukak.Entahlah, tak tau sebab apa.Mula-mula aku cube bukak blog aku, tapi firefox ni tulis ape ntah aku pun dah lupe.Pastu tiba-tiba je AHMAD pm aku, die ckp knape blog kau tak boleh bukak.Aku cakap aku pun tak tahu.hehe=)
Aku rasa ni mungkin sebab tempat aku register domain aku iaitu CO.CC, pekerja die dah mabuk gi letupkan bngunan tu kot..hehe=).Site CO.CC pun tak boleh bukak.Tapi tadi aku bangun kul 12.30 aku try tgk balik blog aku semuanya dah ok.Syukur.Mintak-mintak lah tak jadi lagi bende-bende camni, takut aku tau.huhuhu..=).