Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

2009-08-11

Langkah Pencegahan H1N1


Selsema babi atau nama susah nak sbutnye Influenza AH1N1 dah tersebar kat seluruh Malaysia. Tak silap aku tadi tengok paper kat bharian online dah 27 orang mati sebab penyakit babi ni. Takut gak bile dgar da 27 org mati pasal sakit ni. Hari jumaat minggu lepas aku tak gi skola sbb demam dan sakit kepale yang melampau sampai hari ahad. Mase gi klinik doktor cakap kat aku kalau seseorang yang sihat, takde penyakit lain tu kene selsema babi percent untuk mati 0.01% saje. Kalau korang ade sakit laen cam asma barulah percent utk mati meningkat dan kalau mati tu pun berpunca dari sakit yang korang hidap tu dan bukan selsema babi. Tapi kite mesti arr kene amik langkah berjage-jagekan tuk mengelakkan dari kene selsema babi ni sebab kalau dah kene tak bole gi skola pastu kene kuarantin kat rumah. Antara langkah berjage-jage yang korang perlu amik tawu ialah:
  • Pakai 'mask'(topeng).
  • Jangan pergi tempat yang ramai orang.
  • Sentiasa basuh tangan lepas batuk ngan bersin
  • Pakai tisu bile bersin atau batuk
  • Jangan dekat dengan orang yang dikuarantin
  • Jika sesak nafas masukkan kepala kedalam mangkuk jamban
  • Pegi jumpe bomph/tok dukun kalau ade tanda2 H1N1
  • Mandi air bunge seperti bunge tahi ayam, bunge raya, bunge manggar, dan bunge api.
(Kalau tak masuk akal tu abaikan)


Mase tu terdengar kat berita kat Malaysia dah ade 2 vaksin H1N1. Mase aku gi klinik ari tu ade sorang pakcik ni die baru pas inject vaksin H1N1. Harga untuk satu injection tak silap aku RM90, mahal!. Peringatan dari aku untuk diri aku dan korang sume, pandai-pandailah jage diri.