Showing posts with label Other. Show all posts
Showing posts with label Other. Show all posts

2011-03-12

tiada yang sempurna

first of all, Assalamualaikum. lama bebeno abg tak update blog ni. Maklum la kaum lelaki ni sikap malas lebih banyak dari rajin so faham-faham je la. Tangan ni tetibe rajin bukan sebab ape pon, sebab kne paksa sebenarnye. Ramai awek-awek yang dok mesej, email sampai penuh inbox suruh update blog. Takpe2, abg tunaikan permintaan kalian semua ye. :) rimas banyak sgt mesej msuk sampai tak boleh handle lg. 


Kali ni abg nak citer sumthing kat u'olls. U'olls mesti dah biase duk ngumpat-ngumpat orang laen kan? ala kalau tak ngumpat pun mesti pernah dingumpatkan. btul tak cakap abg? ahha! skarang perkataan ngumpat ni dah tukar jadi gosip. Gosip ni barulah ada gaya macam seorang artis . Abg pun dah biase dingumpatkan oleh manusia sekitar abg. Tapi abg ni jenis buat tak kesah je. Sumtime 'terngumpat' ade gak. ;P

Act ngumpat ni memang sumthing yg tak best bagi abg. Abg pun tak suka sgt ngumpat-ngumpat. Abg tak suke amik 'port' sal orang lain. Abg suka fikir pasal diri sendiri dari orang lain. Kadang-kadang bila abg 'ter'ngumpat orang lain abg mesti terfikir camni 'haissh aku pun tak sempurna ni kan aku nak cakap sal orang lain'. Biasanya ngumpat ni selalu berkaitan dgn keburukan seseorang dan boleh menjatuh air basuh tangan muka seseorang. Kita selalu dengar orang2 berkata "semua orang dilahirkan tak sempurna" begitu juga dengan abg sendiri, abg tak sempurna tapi abg dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Pandang cermin lihat tepat ke dalam cermin, tatap wajah kalian semua. Cuba tanya diri sendiri adakah kalian semua sudah cukup sempurna untuk kalian bercerita keburukan orang lain? :)

Kepada u'olls yang selalu dingumpatkan tu, "diam lebih baik daripada kamu bersuara". diam itu bukan bermakna u'olls itu seorang loser or failure itu menunjukkan sikap matang u'olls. If u'olls 'melenting' ibarat u'olls menyimbah petrol ke dalam unggun api. Pengumpat2 ni akan lagi syiokkkk abis ngumpat2 u'olls. Biarkan je mereka kerana "time is antidote". Tak lama lepas tu depa sume dah bosan duk ngumpat u'olls. Kering idea. :)

Idea abg pun dah kering tak tahu nak tulis apa lagi. Ops lupa lak, tadi tengok berita ade gempa bumi 8.9 skala richter bru je melanda bumi jepun. Negara jepun ni sangat2 maju dan moden, tapi sekali air bah dah tak boleh nak kata apa dah.semoden mana pun sesuatu negara, tiada siapa boleh lawan kuasa Allah s.w.t. semua ni ketentuan Allah s.w.t. 

Tak lupa juga pada arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, semoga roh kau aman 'disana'. Ayah, ibu, along, angah, bayan aku dan lain2 akan sentiasa mengingati kau.Cukup setahun ketiadaan kau disisi kami semua, bergunung rindu kami pada kau. Al-fatihah..


p/s: saja2 nak gelar diri abg. gurau semata-mata. :)

2010-11-06

aku pelik......

kerusi dlm bas aku da kene duduk dgn org laen sbb org tu ngada2 tak nk duduk tmpt die sndri. moron~~"

kenapa teksi nak cas mahal2.. padahal teksi capok je.. stupid~~"

kenapa kolej aku kdekut nak bagi cuti panjang.. asshole~~"

kenapa bile ade duit kata takde.. kdekut~~"

kenapa diperlekeh klu ade sikit kecacatan.. jeles kau takde~~"

kenapa mesti nak market je.. lame~~"

kenapa mesti pinjam org laen pastu buat harta.. pelupa~~"

kenapa mesti curi gamba aku (aku tak hensem la bodo) ~~"

kenapa pondan suka kat lelaki padahal die lelaki.. faggot~~"

kenapa mesti berpura-pura..

kenapa nak jaga hati...

kenapa tak nak trus terang...

kenapa tak nak cakap 'aku tak suka kau'

kenapa tak nak cakap 'kau menganggu aku'

kenapa mesti baca blog aku?

2010-08-15

Raya tahun ni....

raya tahun ni sangat2 meaningles.. sebab..
ejat takde
tokmak takde
.
.
.
.
.
.

:'(


miss both of u...

2010-04-23

Hantu Kesian

Aku jumpe video ni kat blog suhz. Hayatilah video dibawah.



Terima kasih kerana menonton. Jangan lupa komen.

2010-04-09

Assalamualaikum dan orang melayu=islam

Assalamualaikum. jawab jangan tak jawab taw nanti dapat dosa. Sunat aku memberi salam, dan wajib korang semua untuk menjawab salam. Kalau ade readers blog aku yang non-muslim, korang tak perlulah jawab. Entri kali ni aku nak cerita tentang satu perkataan yang orang islam selalu ucapkan kat orang islam yang lain. Perkataan tu ialah Assalamualaikum. Hati aku terdetik nak publish entri ni mase aku nak masuk kerja petang tadi.

 (picture credit to google)

Sebelum aku masuk kerja petang tadi ada satu kejadian yang menggeletek hati aku sampai aku gelak terbahak-bahak sambil guling2 atas jalan tar. Jangan caya taw, aku tipu je. Aku cume sengih sorang2 je. Situasinye macam ni. Aku sampai dekat parking lot motorsikal lebih kurang pukul 5.40 petang. Aku turun dari motor, aku ternampak ada seorang gadis melayu memakai tudung sedang berjalan menuju kearah sebuah kereta. 1st aku tengok awek tu memang cantik, dressup pun lawa. Kire dressup orang yang banyak duit la. Lepas tu aku ternampak pulak pak guard yang sedang berdiri kat tepi jalan. Faktor yang menyebabkan pak guard tu diri tepi jalan sebab die tengah buat sekatan jalan kat parking lot kereta. Macam biasalah kan, pakguard pakai uniform diorang, baju putih, seluar hitam, beret hitam & aksesori lain. Mane ada branded nye barang.  Berbalik semula dekat gadis tadi, die bukak pintu kereta pastu borak2 dengan drebar kereta tu. Pastu ada satu babak yang buat aku sengih cam kerang busok.

Gadis melayu bertudung: ekiusme..
Parkguard: (buat tak paham/tak prasan)
Gadis melayu bertudung: boleh tak parking kereta kat dalam?
Pakguard: (masih buat tak tahu lagi/masih tak prasan lagi)
Gadis melayu bertudung: boleh tak saya parking kereta kat dalam?
Pakguard: eh! awak cakap dengan siapa? dengan saya ke?
Gadis melayu bertudung: Ye lah saya cakap dengan awak.
Pakguard: Oh!.. Kita orang melayukan, bagilah salam. Boleh2, parking jelah kat dalam( sambil mengangkat kon yang diletakkan ditengah-tengah jalan)

Pengajaran dalam cerita ni. Walaupun kita kaya, banyak duit, hidup mewah, cantik, hensem janganlah kita kurang dengan budi bahasa(aku ni berbudi bahasa tak?). Walaupun pakguard tu hidup dia tak sesenang, sekaya, sehensem kekasih gadis melayu bertudung tu, tapi die ada budi bahasa. So janganlah pandang serong dekat pakguard. One more, kalau nak bertegur dengan orang sesama islam, jangan lupa bagi salam. Dapat pahala taw bagi salam.

2010-04-07

Entri Bercampur-Aduk


Bagi aku masa sekejap memerah otak untuk menaip ayat berunsur cacian terhadap diri sendiri. Bukan senang ye nak mengeluarkan idea untuk menaip disebuah blog yang buruk ni kite memerlukan semangat juang yang tinggi, selain tu kerjasama antara ahli pasukan juga diperlukan, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, dan lada hitam juga diperlukan untuk memastikan entry tersebut enak dibaca. Eh kejap, aku dah tingtong. Apa yang aku taip aku pon tak tahu tahap kesahihan nya. Ok sesi panaskan badan dah hampir tamat. Lepas ni boleh mula memporak-perandakan blog ni. Tapi sebelum tu kita kene mulakan dengan bacaan bismillah. Kalau korang rajin teruskan dengan buat tahlil ringkas ok.

Tujuan buat entri sebab saja nak belagak & nak beritahu kat peminat2 sekalian yang template blog ini aku buat sendiri. Tak boleh ke nak kech2? Kalau tak boleh pun apa aku kesah sebab ni blog aku kan. Haha.. Okay aku tawu template ni cantik, korang tak payah puji hehe.. Susah2 je. Okay sekian cerita pasal template saya. Terima kasih banyak2.

Ni cerita pasal mukabuku atau lebih feymes dengan nama Facebuku Facebook. Semalam aku tengah online, chat2, komen2 wallpost tetibe ada satu mesej masuk dalam inbox aku. Nak tahu lebih lanjut? Sila hayati screenshot diabwah, kalau taknak silakan tekan punat 'X' di hujun penjuru belah kanan tetingkap browser anda
Aku tak tahu kenapa dia tiba2 bagi number fon dia kat aku. Pastu suruh aku mesej dia. Aku dah bingung masa tu. Aku tanya soalan yang ringkas pastu dia emo2. Ah lantak kau lah nak cakap apa. Kenal pun tak teitba suruh mesej dia. Attention to all my readers, sesiapa yang nak berkawan dengan mamat ni, number fon dia ada dalam screenshot tu. Silalah ambil jika mahu. Kalau mamat tersebut ada baca blog aku hayatilah puisi kata2 ini, aku bukan taknak kawan dengan kau, tapi cara kau ajak kawan tu amat pelik. Tak pernah aku jumpa orang macam ni. Kalau perempuan buat macam ni lagi lah pelik, ni lelaki, lagi bertambah-tambah pelik.

Teringat  kat arwah abang aku, pejam celik pejam celik dah sebulan kau tinggalkan kitorang sekeluarga. Sekarang aku dah boleh terima pemergian kau. Aku tahu ada hikmah semua benda ni terjadik. Rest in peace bro.. Al-Fatihah.. As long as i breathe, i will not forget about u.. i will miss u..

2010-04-02

Din Beramboi meninggal dunia



Baru2(1.20 pagi) ni aku dapat berita dari kawan aku yang Din Beramboi dah meniggal dunia. Sebelum ni arwah berada dalam keadaan koma dan kritikal dan dirawat di Hospital Selayang akibat terkena jangkitan air kencing tikus(ada yang cakap die kena penyakit denggi berdarah, tak tahu mana yang betul.). Aku mule2 tak percaya cerita ni. Aku 'search' berita pasal Din Beramboi kat google memang betul die dah meniggal dunia. Al-Fatihah.. Macam tak percaye je dia dah pergi tinggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 pagi, 2 April 2010.

Siapa yang tak kenal Din Beramboi ni, pelawak paling sempoi pernah aku kenal. Pecah perot kalau dia buat lawak nak2 dalam citer 'spontan'. Fuh!! memang tak boleh blah lawak die yang selamber tu. Aku tengok dengan abang aku macam nak tercabut rahang aku dengan lawak si Din Beramboi ni. Tapi dah takdir tuhan, ajal dah tiba. Hari ni dia telah pegi selama-lamanya tinggalkan kita semua. Sebagai umat islam marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin...

Kebelakangan ni banyak cerita pasal kematian yang aku dengar, baru2 ni pun aku telah kehilangan seorang abang. Aku tahu Allah nak sedarkan hamba-hambaNya supaya ingat tentang kematian dan menyuruh hamba-hambaNya bertaubat .Tapi dah jadi lumrah manusia bila disuruh buat perkara jahat laju je buat, tapi bile disuruh buat kebaikan ada je seribu satu alasan yang  diberi mana tak dosa semakin bertambah(ditujukan pada diri sendiri dan sesiapa yang terasa). Aku sedar aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan. Tapi bila aku akan bertaubat? takkan nak tunggu sampai hari kiamat baru nak taubat tapi tak guna jugak, sebab pintu taubat akan tertutup apabila hari kiamat menjelang.

2010-02-07

This is we call Malay

Sangat membosankn lepas abes skola ni. Tak tawu nk buat apa. Dulu bangun pagi gi skola tapi skang bangun pagi gi keje. Nasib baik dpt keje ilang gak bosan. Keje plak promoter je klu dapat keje ngn gov best gak kn tapi aku bersyukur dpt keje. Kat tmpt keje rmi mmbe yg bru aku knl. Yang sengal, yang selenge, yang ckp besar, yang 'sex maniac' pon ade.

Macam biase la aktiviti aku lepas balek keje mesti aku gi online facebook ngan myspace. Da reply komen, reply msj, komen2 gambar then aku pon jengah2 la profile myspace cewek2 kat ms tu. Bace description diowg, about me, komen n mcm2. Pastu aku tgk la profile sorang minah ni(tetibe berkenan lak tgk page die). Then aku view photo dia... Masyallah!! Tekejot aku... Korang nak tawu pic pe yang die letak? Nah tgk sendiri...

(klik utk gamba lebih besau!)

Ni lah yang dikatakan melayu 'hardcore'. Mane pergi maruah depa sume ni? Slamber rilek je letak gamba comolot kat dalam myspace. Pastu kalau privatekn takpe, ni open to public. Bangang btol la minah ni. Umo baru 17 da maen comolot ngn jantan. Kalau pakwe tu bole kekal sampai kawen, smpi dpt anak, smpi dpt cucu, sampai masuk kubo sesame takpe gak tapi tuk couple sementare je. Kalau la future husband ko tawu pangai ko camni agaknye camni la prasaan die kn. Tapi tak tawu la prangai future husband die camni gak mse mude2 dlu. Takpe la... kite sesame islam doakan je la prangai depa sume ni akan berubah menjadi lebih baik suatu mase nanti. Amin....

So disini, aku nak ingatkan kat diri aku dan pembaca blog ni, pepandai la korang jage diri. Kalau2 korang rase mende tu baek korang buat la.. Kalau mende tu x elok baek korang tinggalkn. Nak couple tu couple la, tapi tak perlu la nk maen comolot ngn partner korang tu. Sume comolot memaen je... Ok da abes da..

Ni citer laen plak, aku skang nga tggu gaji parkson masok coz korang nak tawu x sebab pe? hehe.. sebab aku nk sembur set motor aku baru.. aku da siap design. Nga tggu duit masok je. Tak saba2 ni.. Nak tengok tak design yang aku da buat? Nah amik ni...

 

Design ni aku amek berdasarkan design dari motor Yamaha Tech 3. Amacam ok x? Software yang aku gune tuk create design ni A.Illustrator Cs3.(tak biase lg pki cs4).


2009-12-22

How to nak dapat duit


OPSSS!! gamba pakcik perot boroi lagi boncit diatas ade kene mengena dengan entry kali ni..!! agagaga... :D
Aku skang ngah keje tuk kumpul duit n dpt gak mengisi waktu lapang aku. So dengan bekeje gak aku boleh dapat duit(ulang-ulang nye ayat). Dari taon lepas aku asyik keje dalam 'jurusan' makanan. Yela, taon lepas kan aku keje kat medan slera kat depan kapal samudera, mlake tu. Taon ni aku 'up' skit la coz aku keje kat restoran Nando's yang 'kdekot' serta 'bakhil'. Nape kdekot dan bakhil? coz Nando's tu mmg kdekot la. Keje tak sampai 6jam tak bole makan, kdekot punye Nando's. Dah tu kalau orang pompuan die bg lak mkn aku je tak dpt mkn. Siot btol.. TAK ADIL!!!. So kepada lepasan SPM pada tahun akan datang jom kite boikot Nando's. Jgn keje situ, gaji ciput je.. Keje la mne2 untuk dpt duit jnji jgn keje mcm pakcik buncit boroi kat atas tu ngn jgn keje kat Nando's. hahahaha.... 




2009-12-04

Satay Panas!!!

Friendster skang berwajah baru. Baru saya prasan sebab tadi nk log in akaun FS tu. Impressive giler.. Lawa jgak la. Da lme ke diowg tuka interface ni? Kuno btol saya ni kan. Saya sudah kuno. Mengapa saya kuno? Saya pun tak tahu.


Log In


Home


Log Out

Blog dah berabuk... Fuh Fuh!!! SPM tinggal lagi satu paper, paper MPV. Biasa orang akan tanye pas spm nak wat ape. Seperti biasa aku akan jawab "KEJE!". Keje kat mane? keje kat mane2 jnji gaji bole thn. Nak wat part time ke full time? Part time la sbb nnti nak sambong blaja klu dpat result baek. Kalau result tak baek? Aku akan try apply keje kat bank jadik Manager. BONGOK!! ko san. Ko nak mintak Uni mane? Nk mintak kat Universiti Oxford, klu tak dpt, mintak Al-Azhar je la. Hehehe :) ...

2009-09-02

Tengok Air Berjoget

Sekejap je dah 12 hari kite sume berpuase tapi yang tak puase(khas untuk lelaki)tu lantak koranglah kalau kene tangkap masuk van jenazah padan muke!! Sape suh ko tak puase. Semalam aku ngan kengkawan da plan nak buke puase kat pizza hut. Janji kul 6 tapi aku datang kul 6.30. Lambat setengah jam je tapi mmbe aku sowg ni dapat lambat skit. Yang lain sume dah tunggu atas meje. Lepak2 kejap kat situ 20 min it sblom buke pose order la pizza ikut slera masing-masing.

Makan-makan sampai perot da boncet. Pastuh lepak2 lagi sampai kul 8.30 kat pizza hut tu. Waiter kat sane pon dah muntah-muntah tgk muke kitowg. Disebabkan tula aku ajak membe aku blah dari situ lpas order take away aku dah siap. Ingatkan nak balik awal pastuh ade sowg membe aku ni ajak tengok air pancut berjoget. Mase tu die ade citer tapi kitowg wat bodo je. So smlm kitowg pegi gak nak tgk. Sampai je sane parking moto ade sorang auntie cine ni mintak duit parking moto. Taik punye auntie, malam-malam pon kene bayar ke celaka. Amik kesempatan punye orang. Ape nak buat terpakse gak bayar.





Aku tak penah tawu pon kat melake ade air pancut yang boleh joget-joget. Ubelieveble!! haha... Air pancut ni dekat2 dengan Kampung Jawa. Orang yang tinggal atau slalu pergi Melake mungkin tawu tempat nih.

2009-08-30

Macam taik je...


Akhirnya incik ihsan sudah mengetahui kenape stiap kali beliau nak follow blog orang lain syik kluar gamba tuh!! Ini disebabkan oleh kesengalan yang melanda otak beliau sehingga menyebabkan wayar mesin jahit di kedai tukang jahit mak cik senah putus lalu beliau mengambil keputusan untuk membuat satu entri bertajok 'Macam Taik je...'. Sebenarnye beliau sendiri tidak tahu ape yang ditaip oleh beliau. Seperti apa yang Perdana Menteri Malaysia iaitu Pak Najib bersembang kosong bersama rakyat Malaysia, "marilah kita sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia" dengan gaya idung kembang kempis beliau.

Jadik sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan dengan penoh rasa tanggungjawab dan belas kasihan serta menangis teresak-esak dan berjiwa merdeka, aku ingin mengingatkan kepada para pembaca supaya janganlah baca entri di blog ini kerana boleh menyebabkan sakit jiwa tahap kritikal disamping mendapat duit angpaw raya yang banyak. Salam 1 Malaysia dan salam Hari Raya Aidilfitri dari kami, RTM!

2009-08-11

Langkah Pencegahan H1N1


Selsema babi atau nama susah nak sbutnye Influenza AH1N1 dah tersebar kat seluruh Malaysia. Tak silap aku tadi tengok paper kat bharian online dah 27 orang mati sebab penyakit babi ni. Takut gak bile dgar da 27 org mati pasal sakit ni. Hari jumaat minggu lepas aku tak gi skola sbb demam dan sakit kepale yang melampau sampai hari ahad. Mase gi klinik doktor cakap kat aku kalau seseorang yang sihat, takde penyakit lain tu kene selsema babi percent untuk mati 0.01% saje. Kalau korang ade sakit laen cam asma barulah percent utk mati meningkat dan kalau mati tu pun berpunca dari sakit yang korang hidap tu dan bukan selsema babi. Tapi kite mesti arr kene amik langkah berjage-jagekan tuk mengelakkan dari kene selsema babi ni sebab kalau dah kene tak bole gi skola pastu kene kuarantin kat rumah. Antara langkah berjage-jage yang korang perlu amik tawu ialah:
  • Pakai 'mask'(topeng).
  • Jangan pergi tempat yang ramai orang.
  • Sentiasa basuh tangan lepas batuk ngan bersin
  • Pakai tisu bile bersin atau batuk
  • Jangan dekat dengan orang yang dikuarantin
  • Jika sesak nafas masukkan kepala kedalam mangkuk jamban
  • Pegi jumpe bomph/tok dukun kalau ade tanda2 H1N1
  • Mandi air bunge seperti bunge tahi ayam, bunge raya, bunge manggar, dan bunge api.
(Kalau tak masuk akal tu abaikan)


Mase tu terdengar kat berita kat Malaysia dah ade 2 vaksin H1N1. Mase aku gi klinik ari tu ade sorang pakcik ni die baru pas inject vaksin H1N1. Harga untuk satu injection tak silap aku RM90, mahal!. Peringatan dari aku untuk diri aku dan korang sume, pandai-pandailah jage diri.

2009-07-31

Pembinaan Rumah 'Banglo' Itam

Hari jumaat, 31/7/09 aku ngan kawan2 aku gotong-royong construct rumah itam. Tak tawu la nape ari tu aku rase rajin nak buatkan rumah die ni padahal sebelum2 ni aku malas gile. Pembinaan bermula pukul 2.30 petang lepas aku balik semayang jumaat. Aku panggil kawan2 aku tuk angkat konkrit, simen, tiang lampu, mangkok jamban, kepala paip, wayar dan lain2. Takde nyawe terkorban semasa aku ngan kengkawan menyiapkan projek 6 billion tersebut. Pembinaan amek mase 2 hari, hari jumaat ngan sabtu tapi sabtu tak amek mase lame sbb ari jumaat dah buat banyak. Dan hasilnye......

Kandang tuk itam yang mengong.

Cube teke mane satu aku.!(dah tentu2 korang tawukan.)

K Sambong balek citer tentang pembinaan projek bernilai 6 billion tu. Mule2 aku panggil itam duk kat dalam rumah die tu, tapi die takut2. Nak je aku duku kepala die kasi benjol besar tapi dengan kebijaksanaan tahap dewa aku berjaya 'memancing' itam duk dalam rumah yang 100% siap walaupun berisiko tinggi tuk rumah tu roboh. Itam berkorbanlah demi anak2 kau yang dah ko kluarkan dari perot ko tu. Tgk siap ade pintu kecik. Khas untuk penjarekan itam kalau die nakal. Awal2 lagi dah kene penjare ngan aku. Hehe.. padan muke ko tam. Ko nak ngadu kat angah, pegilah.

Kenape ayat aku agak skema ari ni yerk? Ahh! pedulikan je lah. Asalkan aku bahagie ngan blog bundle aku ni. Oh ye! aku lupe lak nak wih Happy Besday kat kawan aku ni iaitu Siti Dalila. Sbnrnye dah wish da malam tu tapi takpelah aku nak wish lagi skali gak. Hu3.."Oi! selamat hari jadik!! ko dah tue. Bnykkan berzikir, semayang dan sebagainye. Jadilah matang skit he3...".

2009-07-19

Printing Baju.?

Tawu apa itu silkscreen?? kalau tak tawu takpe aku pun malas nak terangkan korang gune pakcik google je utk tawu apa tu silkscreen. Korang tawu indie?? Kalau dah tawu takpe. Sebab entri aku sebelum ni tentang indie rite.! Jap2.. pk ape nak taip lg. Oh tidak otak dah blow!

(Selepas 5 minit)

Sbnrnye aku ade minat nak buat printing baju sendiri. LOL!! tapi secara kecik kecik-an.
Masalahnye skang...................................................... MODAL MODAL MODAL MODAL!!!! "Ahlong nak pinjam duit". Hahaha nak kene rantai pinjamlah duit dari Ahlong. Lainlah pinjam duit kat along abang kandung sendiri. Prob ke-2 mana nak carik supplier?? Banyak area KL, Selangor ngan Batu Pahat mmg 'dekat' dari umah aku, sape ade ferrari sebijik kasi aku pinjam. Masalah ke-3 sape nak beli baju aku angkat tangan!!! aku nye design ade gamba teddyberak, strawberak ngan bunga ros(jambuuuuuu). Error ke-4 mane aku nak carik tempat?? Sapa nak sedekah rumah kat aku. Rumah banglo 3 tingkat cukuplah aku tak mintak lebih.

Ada penyelasaian?? tinggalkan kat komen ye..... aku ngah serabut. Aim aku dapat mule projek ni lepas espiem(oh tidak espiem tggl lg brape bulan lg!!) tu pon kalau takde aral menegak.Insyallah. Pastu aku kene belajar cara utk printing baju nih. DUIT DUIT DUIT!!

2009-07-04

Indie....pendent....band....clothing.

Jonas Brothers

Oh pening2..... budaya indie semakin menular kat budak-budak melayu sampai ade yang sanggup melaung 'takkan hilang indie didunia', mana pergi semangat melayu korang.?. Tak silap aku indie ni berasal dari perkataan Independent yang bermaksod bebas, merdeka etc etc... Aku pun tak tawu ape yang diorang nak sangat dengan kebebasan. Maybe dari segi pergaulan, cara berpakaian, nyanyian diorang mungkin la... Antara keje2 budak-budak indie ialah clothing, wat band sendiri n kluarkn lagu (walaupun ade segelintir suara yang macam katak. KENYATAAN!!). Its ok la sebab ade keyakinan diri untuk menyanyi... Antara band-band indie yang terkenal die Malaysia ialah Bunkface, Hujan, Couple, Estrella, The Llipstick, Meet Uncle Hussein dan lain2. Ada gak band indie yang tak terkenal wat lagu yang lirik die pelik-pelik dan tentu sekali mengarot.

Dari segi pakaian pulak budak2 indie akan pakai seluar bootcut iaitu sluar yang kat bhgian peha ketat n bhgian bawah da lebar plak. Amek ko dulu kutuk mamat indon pakai sluar camtu ni korang pulak terpengaruh. Ade jugak yang pakai sluar skinny iaitu dari atas sampai bawah kecik je(ketat).Dari segi baju lak ade yang pakai baju yang bertulis "Awak Tak Perasan Saya Sebab Awak Perasan Awak Cantik", "Saya Sayang Mak Saya", I Love My Parent", "Apa Pandang-Pandang Kalau Suka Cakap Suka" dan lain2... Ni biase nye baju murah kalau gi pasar malam mmg berlambak baju camni sehelai RM10-15. Tapi kalau nak lagi cantik baju indie2 ni korang bole tengok kat Street Signal, Curiga, Abstrax Jingga dan lain2.... Aku boleh pujilah sikap budak2 indie ni yang berdikari carik duit sendiri walaupun aku tak berape minat sangat dengan baju "Awak Tak Perasan Saya Sebab Awak Perasan Awak Cantik. Ha3... lawak2. Nyway baju Street Signal ngan Abstrax Jingga memang lawa.

Indieband biasenye akan mengadakan gig dibeberapa tempat contohnye kalau kat Melaka tempat yang slalu diorang buat ialah di Asia Village dekat2 dengan Zoo. Tiket utk harge gig around RM20. Biasenye waktu diorang buat gig dari tengahari sampi malam..
duduk depan stage layan lagu indie. Kalau gig kat luar negara ade satu tarian yang diorang panggil moshpit. Kalau nak tengok korang search kat youtube "moshpit" tentu ade. Tapi gig kat Malaysia ni aku tak tawu la kalau diorang wat mohspit ke tak. Kalau buat mesti penuh budak2 indie kat dalam hospital. hahaha gurau je.

Credit gamba to Street Signal, Curiga, Abstrax Jingga, Bunkface, Google

p/s: aku suke sluar bootcut kowg la.. hik3....

2009-07-01

Perkara yang membuatkan badan aku lemah sekejap

24 Julai ni aku kene hantar kerja kursus subjek seni visual. Banyak lagi yang aku belum siapkan wat olahan, kajian warna, pilihan rekabentuk, pemindahan corak n macam2 lagi arr. Dalam bulan ni aku kene berhempas kepale untuk siapkan sume keje2 tersebut. Hu3.. Ni tak masuk lagi keje multimedia aku yang baru sekerat jalan. Rase cam malas je nak buat tapi ape kan daya dah kate budak sekola kenelah wat ape yang patut lagipun ni tahun akhir aku bersekolah.

Tahun ni nak spm tapi aku belum ready lg. Study pun ntah kemana tak abis2 mengadap komputer buruk ni je. Takde keje lain asyik online myspace n blogwalking. Spm ni wat aku takut tapi mende kedua yang wat aku takot mesti arr PLKN. Huhuhuhu.... itu yang wat aku takot. Tak silap aku semakan peserta PLKN untuk 2010 dah dibuka. Mule2 aku rase takut nak submit ic aku smpi lemah tulang-temulang kaki aku ni, lepas tekan je butang tu keputusan pun keluar dan, dan, dan, dan, dan................ nama aku takde dalam senarai. Lega hati aku rse cam baru lepas berak hehehe. Dan kepada cik Yana harap anda jangan bengang yer sbb kene pegi PLKN hahahaha(gelak jahat).. Untuk semak nama korang, korang boleh klik kat link ini tapi server government ni lembab cam siput kadang2 tu dapat error so banyak2 kan lah bersabar yerrr...

sama tak ngan yang atas?? he3...:)

~WIRA WIRAWATI NEGARA~


WIRA WIRAWATI HARAPAN BANGSA
TIBA MASA KITA BERJASA
KITA SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
DEMI MENCAPAI WAWASAN

KENALI RAKAN PELBAGAI BUDAYA
SELAMI WARISAN KITA YANG KAYA
BERSAMA BERGANDINGAN
TIADA PERBEZAAN
KITA WARGA MALAYSIA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERBAKTI PENUH SETIA
SATU ARAH SATU JIWA
SATU BANGSA MALAYSIA

KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA
KINI MASA KAMI BERJAYA
KAMI SAHUT CABARAN
BERGERAK SEIRINGAN
KAMI PASTI MENCAPAI WAWASAN

KITA SAHUT CABARAN
BERSAMA BERGANDINGAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MALAYSIA

2009-06-27

Tengok wayang lagi kali ni..........



TRANSFORMERS 2: The Revenge Of The Fallen.................

Citer ni memang best aku da plant sebenarnye nak tengok citer ni hari jumaat tapi atas sebab musabab yang boleh dimasuka akal plan aku ni ditunda pada hari ni iaitu hari sabtu. Balik dari skola aku terus bersiap nak pegi tgk wayang. Sampai je mbo dah ramai orang beratur nak beli tiket. Tapi dari kat rumah lagi aku dah decide beli tikiet kul 3.30 sbb klu pukul 2 punye mesti tak sempat. Beratur punye beratur dapatlah beli tiket yang diidamkan. Tak sempat pulak nak snap tiket tu. Tengok jam baru kul 2.15 so jenjalan kat sekitar Jusco buang mase main game dan lain2... Gi beli air kat Jusco then terus pegi mbo balik sbb jam dah kul 3.15.

LOL!!!! air mbo mahal la so beli la kat Jusco murah skit boleh jimat duit. Aku dahlah sengkek takde duit. Layang giler tengok citer tu smpi dah kul 6 pun tak perasan. 2-3 jam ade kat dalam panggung sape tak terkencing wei!Habis jer citer tu aku ngan mmbe2 aku menuju ke tempat yang amat indah dikala korang terase nak kencing atau pun nak 'melabur' apa lagi kalau bukan tempat yang bernama tandas dalam bahase omputih 'toilet'. Sempat gak buat sesi photoshot ngan mmbe2 aku. Akunye muke langsong takde dalam gambar so tak payah carik.



berjalan nak balik atau gi bilik sebelah??


game yang kitowg layan tadi. hahaha!!!

p/s: heroin yang dalam citer tu lah yang bakal jadik bini aku... he3 :P guaw je.

2009-06-21

Google Search Trick

Disini aku dengan rela hati ingin mengajar korang google trick. Sebenarnye trick dah berabad lame orang gune tapi aku je yang kuno baru tahu. Trick ni sebenarnye untuk memudahkan korang mencari lagu, movie, dan lain2. Setakat ni trick ni memang 70% menjadik sebab aku dah try carik koleksi lagu Sudirman, Hujan, S.O.A.D, Ungu dan lain2. So nanti tak payah lah korang susah2 nak carik lagu kat ares, limewire etc etc etcccc..... gune je trick yang akan aku berikan lepas ni.






"parent directory " /appz/ -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

"parent directory " nama DVDRip -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

"parent directory " nama Xvid -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

"parent directory " nama Gamez -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

"parent directory " nama penyanyi atau album -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


Tukarkan perkataan yang berkelip dengan apa yang korang nak carik. And credit to TBDsecurity.com

2009-06-06

Lepak2 Tengahari

Semalam hari jumaatkan? Pas balek semayang jumaat je aku terus mengadap komputer dengan penuh semangat tuk maen game HAWX ala game kuaran Ubisoft tu. Sbnrnye game tu abg aku yg beli pastu aku men tibai jer install dalam komputer. Aku baru je nak start main game then.... Assalamualaikum!!!! ha3... mmbe aku dtg. Hancur hati ku nk main game HAWX. Argghh!! kitorang klu lepak mmg berejam klu waktu mlm start lpak kul 8 balek mesti dlm kul 11 lebey, lame ke??? lebey kul 12 bapak aku marah tp kul 11 lebey pon bapak aku da tepon suh balek. he3....Sambong balik citer tadi, aku pon pegi laa bual2 ngan die smpi satu idea kitorang kluar. He3... projek memetik buah mangge yg separoh masak.


Kusyuk gile potong buah, Oi!! jangan duduk atas moto aku la


Kicap ngan gule mmg sedap dicecah dgn mngge


Galah yg dimaksodkn playar, polish n kain lap moto

Sebelum petik buah mangge tu aku sempat menukang wat galah. 5 minit siap sume. Pki dawai, playar, ngan kayu panjang. Kaji kawasan sekitar pokok mangge pastu carik mangge yg seswai tuk dipetik. Akhirnye dapat dalam 10-12 bijik tuk dimkn 2 orang, boleh abes ke??! Memang lah tak bole... Bru makan 6 bijik dah pancit pastu call kwn aku lg sowg suh dtg abeskn sume, tgk2 die gi bwk mangge kat uma die 2 bijik, besar2 lak tu... Ish3!!.. Rupe-rupenye niat die bawak 2 bijik buah mangge tu sebab nak wat sistem barter ngan aku. Tukar 2 buah mangge ngan aku. Amik je la x kesah pon.

Mlm tadi aku tengok berite Kerajaan bagi potongan 50% kepada pelajar skola yg nak amik lesen motor. AHHH!!! kenape aku tak dapat keistimewaan ni.... cilakok!!! RM350 tolak 50% brape eak korang kire larr sndri.