Showing posts with label Sedar. Show all posts
Showing posts with label Sedar. Show all posts

2011-03-12

tiada yang sempurna

first of all, Assalamualaikum. lama bebeno abg tak update blog ni. Maklum la kaum lelaki ni sikap malas lebih banyak dari rajin so faham-faham je la. Tangan ni tetibe rajin bukan sebab ape pon, sebab kne paksa sebenarnye. Ramai awek-awek yang dok mesej, email sampai penuh inbox suruh update blog. Takpe2, abg tunaikan permintaan kalian semua ye. :) rimas banyak sgt mesej msuk sampai tak boleh handle lg. 


Kali ni abg nak citer sumthing kat u'olls. U'olls mesti dah biase duk ngumpat-ngumpat orang laen kan? ala kalau tak ngumpat pun mesti pernah dingumpatkan. btul tak cakap abg? ahha! skarang perkataan ngumpat ni dah tukar jadi gosip. Gosip ni barulah ada gaya macam seorang artis . Abg pun dah biase dingumpatkan oleh manusia sekitar abg. Tapi abg ni jenis buat tak kesah je. Sumtime 'terngumpat' ade gak. ;P

Act ngumpat ni memang sumthing yg tak best bagi abg. Abg pun tak suka sgt ngumpat-ngumpat. Abg tak suke amik 'port' sal orang lain. Abg suka fikir pasal diri sendiri dari orang lain. Kadang-kadang bila abg 'ter'ngumpat orang lain abg mesti terfikir camni 'haissh aku pun tak sempurna ni kan aku nak cakap sal orang lain'. Biasanya ngumpat ni selalu berkaitan dgn keburukan seseorang dan boleh menjatuh air basuh tangan muka seseorang. Kita selalu dengar orang2 berkata "semua orang dilahirkan tak sempurna" begitu juga dengan abg sendiri, abg tak sempurna tapi abg dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Pandang cermin lihat tepat ke dalam cermin, tatap wajah kalian semua. Cuba tanya diri sendiri adakah kalian semua sudah cukup sempurna untuk kalian bercerita keburukan orang lain? :)

Kepada u'olls yang selalu dingumpatkan tu, "diam lebih baik daripada kamu bersuara". diam itu bukan bermakna u'olls itu seorang loser or failure itu menunjukkan sikap matang u'olls. If u'olls 'melenting' ibarat u'olls menyimbah petrol ke dalam unggun api. Pengumpat2 ni akan lagi syiokkkk abis ngumpat2 u'olls. Biarkan je mereka kerana "time is antidote". Tak lama lepas tu depa sume dah bosan duk ngumpat u'olls. Kering idea. :)

Idea abg pun dah kering tak tahu nak tulis apa lagi. Ops lupa lak, tadi tengok berita ade gempa bumi 8.9 skala richter bru je melanda bumi jepun. Negara jepun ni sangat2 maju dan moden, tapi sekali air bah dah tak boleh nak kata apa dah.semoden mana pun sesuatu negara, tiada siapa boleh lawan kuasa Allah s.w.t. semua ni ketentuan Allah s.w.t. 

Tak lupa juga pada arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, semoga roh kau aman 'disana'. Ayah, ibu, along, angah, bayan aku dan lain2 akan sentiasa mengingati kau.Cukup setahun ketiadaan kau disisi kami semua, bergunung rindu kami pada kau. Al-fatihah..


p/s: saja2 nak gelar diri abg. gurau semata-mata. :)

2011-02-05

Kesian kau wahai 'blog'

ditulis ada pukul 2.30 pagi. hari sabtu bersamaan dgn 5 februari 2011. Ketika sedang menaip entri ni aku tengah dengar lagu. Tapi lagu ni ntah ape2 la, aku dengar dari mp3 abang aku. Layankan jelah. Aku pun tak tahu dah brape lama aku 'hide'kan blog ni dari umum. Rasanya dah lama jugak lah. Ada gak mmbe yang tanya sebab apa aku 'hide' blog ni. Ala biasa la kan ada masalah peribadi so 'hide' kan skejap dari orang ramai.

Now baru terasa nak update entri baru, nak cerita sikit pasal life aku stakat ni, nak kongsi2 citer jijik dengan pembaca (hehe :D), nak merepek merapu meraban dan sebagainyalah. Bile hati dah tenang baru rasa slesa nak update. sape sokong korek idong! hehe.. First of all aku nak ucap trima kasih banyak kat Uki sebab die tolong 're-sketch' gamba aku jadi macam ni. Die ni otai dalam bab2 melokes. Kalau korang tengok blog 0 die mmg simple art die tapi menarik. Btw keep it up bro! :D

Korang ada dapat rumor yang mengatakan facebook akan ditutup? Tu sume tipulah. Kenapa ramai sangat percaya dengan khabar angin yang busuk tu pastu sibuk2 posted kat wall orang lain pasal khabar angin busuk yang tak tahu tahap kesahihannya. Sampai sekarang laman so-sial tu masih beroperasi dengan lancau lancar. So nak kata apa lagi? lagipun kalau fesbuk tutup pun Myspace kan ada. :) haha.

Nurse? hehe satu pekerjaan yang sangat 'tough'! Kalau kite pegi hospital kite tengok keje nurse tu macam kacang goreng hangus je kan. Nampak macam mudah, tpi aku dah rasa jadik seperti seorang nurse baru aku tahu tu pekerjaan yang susah giler vaveng! Korang pernah tukar pampers baby x? Mesti pernah kan tengok tahi babi baby tu, nampak pun comel je. Kalau jadi nurse pulak tengok tahi orang besar ni dah hilang kecomelan dia. Kerja nurse susah tahu!! Macam2 nak kena jaga, ubat pesakit, tanda vital pesakit, makanan pesakit, sume nurse yang jaga.! Susah tahu! Tapi yang penting mesti kena ikhlas buat kerja ni. :) dapat pahala tahu. Aku suka pahala.

2010-08-31

Raye dah nak dekat dah...

Kejap je dah nak raye tapi aku rase taon ni punye raye memang tak best. Dahlah tak dapat main mercon, pastu tak dapat bli baju raye ngan kawan2 pastu yang paling terase skali sebab takde ejat ngan tok mak. :"( sdih lak bile teringat pasal arwah. Ajal ni tak kenal umur pun, bile dah sampai mase nanti 'die' datang la jemput kite. Biase nye kalau pagi2 raye kitorang salam adik beradik, tapi taon ni tak cukup sorang.

Skang aku duduk berdikari kat tempat orang, rase lain sangat coz klu tiap2 taon nak beli baju raye mesti ibu ayah tmnkn(kdg2 tu ade gak gi ngan membe) tapi kali ni rase jao sgt. Kat sini lak laaaaaeeeeeennnnnnn macam org2 die. Aiyooo... buat baek tak bole idop, buat jht pon x bole idop. SUSAH!! Baju melayu dah beli tu pon ibu yg belikan. Baju jln lak lom abes beli agy. Aku rase cam bebankn ibu ayah je. tiap kali tepon mesti mintak duit. isk! camne la nak saving kt sini.. susah nak kawal flow out duit.

Ni pulak pasal lesen kete aku yang tak settle2 lagi.. Aku harap cuti raye ni dapat settlekan.. Insyallah sebab kat sini nak dapat cuti pon susah. Cuti semester seminggu je memang tak boleh tahan la. Blajar tu ade sikit tension la. Kalau tak lepas gak buat cuti ni tak tawu la nak cakap apa. Haisshhh! rse cam nak quit pon ade. Tapi pk balik bnyak duit dah abes kt kolej ni. BENGANGG2!!

Cukup la ngan leteran aku yang merdu ni. Di kesempatan ni aku nak memohon maaf kat korang semua andai entri2 aku ni ade menyentuh perasaan korang semua. Takde niat pon nak buat camtu. Kalau aku ade buat salah korang cakap je. Aku akan mintak maaf dengan korang personally.. dan mintak maaf juga kat visitors
yg tgglkn komen kat chatbox tu, aku tak dapat reply coz terlalu sibuk n takde mase nk mengupdate blog sampah ni. :) SelAMAt HarI RayA (taon ni takde e-card sry2.. )

2010-04-07

Entri Bercampur-Aduk


Bagi aku masa sekejap memerah otak untuk menaip ayat berunsur cacian terhadap diri sendiri. Bukan senang ye nak mengeluarkan idea untuk menaip disebuah blog yang buruk ni kite memerlukan semangat juang yang tinggi, selain tu kerjasama antara ahli pasukan juga diperlukan, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, dan lada hitam juga diperlukan untuk memastikan entry tersebut enak dibaca. Eh kejap, aku dah tingtong. Apa yang aku taip aku pon tak tahu tahap kesahihan nya. Ok sesi panaskan badan dah hampir tamat. Lepas ni boleh mula memporak-perandakan blog ni. Tapi sebelum tu kita kene mulakan dengan bacaan bismillah. Kalau korang rajin teruskan dengan buat tahlil ringkas ok.

Tujuan buat entri sebab saja nak belagak & nak beritahu kat peminat2 sekalian yang template blog ini aku buat sendiri. Tak boleh ke nak kech2? Kalau tak boleh pun apa aku kesah sebab ni blog aku kan. Haha.. Okay aku tawu template ni cantik, korang tak payah puji hehe.. Susah2 je. Okay sekian cerita pasal template saya. Terima kasih banyak2.

Ni cerita pasal mukabuku atau lebih feymes dengan nama Facebuku Facebook. Semalam aku tengah online, chat2, komen2 wallpost tetibe ada satu mesej masuk dalam inbox aku. Nak tahu lebih lanjut? Sila hayati screenshot diabwah, kalau taknak silakan tekan punat 'X' di hujun penjuru belah kanan tetingkap browser anda
Aku tak tahu kenapa dia tiba2 bagi number fon dia kat aku. Pastu suruh aku mesej dia. Aku dah bingung masa tu. Aku tanya soalan yang ringkas pastu dia emo2. Ah lantak kau lah nak cakap apa. Kenal pun tak teitba suruh mesej dia. Attention to all my readers, sesiapa yang nak berkawan dengan mamat ni, number fon dia ada dalam screenshot tu. Silalah ambil jika mahu. Kalau mamat tersebut ada baca blog aku hayatilah puisi kata2 ini, aku bukan taknak kawan dengan kau, tapi cara kau ajak kawan tu amat pelik. Tak pernah aku jumpa orang macam ni. Kalau perempuan buat macam ni lagi lah pelik, ni lelaki, lagi bertambah-tambah pelik.

Teringat  kat arwah abang aku, pejam celik pejam celik dah sebulan kau tinggalkan kitorang sekeluarga. Sekarang aku dah boleh terima pemergian kau. Aku tahu ada hikmah semua benda ni terjadik. Rest in peace bro.. Al-Fatihah.. As long as i breathe, i will not forget about u.. i will miss u..

2010-04-02

Din Beramboi meninggal dunia



Baru2(1.20 pagi) ni aku dapat berita dari kawan aku yang Din Beramboi dah meniggal dunia. Sebelum ni arwah berada dalam keadaan koma dan kritikal dan dirawat di Hospital Selayang akibat terkena jangkitan air kencing tikus(ada yang cakap die kena penyakit denggi berdarah, tak tahu mana yang betul.). Aku mule2 tak percaya cerita ni. Aku 'search' berita pasal Din Beramboi kat google memang betul die dah meniggal dunia. Al-Fatihah.. Macam tak percaye je dia dah pergi tinggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 pagi, 2 April 2010.

Siapa yang tak kenal Din Beramboi ni, pelawak paling sempoi pernah aku kenal. Pecah perot kalau dia buat lawak nak2 dalam citer 'spontan'. Fuh!! memang tak boleh blah lawak die yang selamber tu. Aku tengok dengan abang aku macam nak tercabut rahang aku dengan lawak si Din Beramboi ni. Tapi dah takdir tuhan, ajal dah tiba. Hari ni dia telah pegi selama-lamanya tinggalkan kita semua. Sebagai umat islam marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin...

Kebelakangan ni banyak cerita pasal kematian yang aku dengar, baru2 ni pun aku telah kehilangan seorang abang. Aku tahu Allah nak sedarkan hamba-hambaNya supaya ingat tentang kematian dan menyuruh hamba-hambaNya bertaubat .Tapi dah jadi lumrah manusia bila disuruh buat perkara jahat laju je buat, tapi bile disuruh buat kebaikan ada je seribu satu alasan yang  diberi mana tak dosa semakin bertambah(ditujukan pada diri sendiri dan sesiapa yang terasa). Aku sedar aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan. Tapi bila aku akan bertaubat? takkan nak tunggu sampai hari kiamat baru nak taubat tapi tak guna jugak, sebab pintu taubat akan tertutup apabila hari kiamat menjelang.