Showing posts with label Belajar. Show all posts
Showing posts with label Belajar. Show all posts

2012-10-02

Seriously?

Macam dah lama tak update blog, aku dah lupa sejak bila aku tutup blog ni and aku terus tak aktif dlm blogging anymore. But just now aku bukak nuffnang baru teringat tentang blog ni. Seriously aku rasa agak janggal ketika ini because dah lama tak typing. Tadi saja-saja bukak nuffnang, earning suddenly dah RM90 for me banyak jugak lah, sebab apa? Sebab before aku tutup blog ni earning aku hanya RM12++, after a many months already passed suddenly naik ke RM90 and aku totally don't know where the earning come from.  A bit surprise lah kan sebab tetibe je ada duit so without wasting my time aku terus cash out. Yeah cash out, this is the first time aku cash out money dari nuffnang since aku join dari tahun 2008 and it will take a month untuk cek tersebut sampai ke tangan aku. yeah i know its too long but ape boleh buat cuma tunggu je lah. Aku ingat aku tak mampu nak cash out duit dari nuffnang tapi inilah hasil 4 years aku. 4 years! baru dapat RM90 :( sedihnya. 

 

in b4, next year i'll finish my nursing course. :) Mohon dipermudahkan segala urusan. Amin... 

2011-02-05

Kesian kau wahai 'blog'

ditulis ada pukul 2.30 pagi. hari sabtu bersamaan dgn 5 februari 2011. Ketika sedang menaip entri ni aku tengah dengar lagu. Tapi lagu ni ntah ape2 la, aku dengar dari mp3 abang aku. Layankan jelah. Aku pun tak tahu dah brape lama aku 'hide'kan blog ni dari umum. Rasanya dah lama jugak lah. Ada gak mmbe yang tanya sebab apa aku 'hide' blog ni. Ala biasa la kan ada masalah peribadi so 'hide' kan skejap dari orang ramai.

Now baru terasa nak update entri baru, nak cerita sikit pasal life aku stakat ni, nak kongsi2 citer jijik dengan pembaca (hehe :D), nak merepek merapu meraban dan sebagainyalah. Bile hati dah tenang baru rasa slesa nak update. sape sokong korek idong! hehe.. First of all aku nak ucap trima kasih banyak kat Uki sebab die tolong 're-sketch' gamba aku jadi macam ni. Die ni otai dalam bab2 melokes. Kalau korang tengok blog 0 die mmg simple art die tapi menarik. Btw keep it up bro! :D

Korang ada dapat rumor yang mengatakan facebook akan ditutup? Tu sume tipulah. Kenapa ramai sangat percaya dengan khabar angin yang busuk tu pastu sibuk2 posted kat wall orang lain pasal khabar angin busuk yang tak tahu tahap kesahihannya. Sampai sekarang laman so-sial tu masih beroperasi dengan lancau lancar. So nak kata apa lagi? lagipun kalau fesbuk tutup pun Myspace kan ada. :) haha.

Nurse? hehe satu pekerjaan yang sangat 'tough'! Kalau kite pegi hospital kite tengok keje nurse tu macam kacang goreng hangus je kan. Nampak macam mudah, tpi aku dah rasa jadik seperti seorang nurse baru aku tahu tu pekerjaan yang susah giler vaveng! Korang pernah tukar pampers baby x? Mesti pernah kan tengok tahi babi baby tu, nampak pun comel je. Kalau jadi nurse pulak tengok tahi orang besar ni dah hilang kecomelan dia. Kerja nurse susah tahu!! Macam2 nak kena jaga, ubat pesakit, tanda vital pesakit, makanan pesakit, sume nurse yang jaga.! Susah tahu! Tapi yang penting mesti kena ikhlas buat kerja ni. :) dapat pahala tahu. Aku suka pahala.

2010-07-10

Bilik saya!

Bermulalah cerita pada 5 julai 2010 seorang mamat bernama Muhammad Ihsan telah dihantar oleh parents beliau ke sebuah kolej kejururawatan swasta iaitu Kolej Pantai. Dan pada tarikh itu jugak beliau perlu berdikari utk hidup bersama strangers(alien). Selama 4 hari berada di sana, beliau telah menjadi seorang alien yg berjaya sehingga mampu mendapat jawatan ajk Student Council dan budak photostat utk sem 1(berjaye ke?) dan dalam 4 hari itu juga beliau dapat melihat pelbagai ragam alien2 yg lain. Dalam entri ini, beliau ingin menunjukkan keadaan dalam bilik alien beliau.
spray deodorant bertindak sebagai ejen pewangi kalau2 pepagi tak sempat mandi.
Yasin tu untuk bekalan hidup.
Inilah keadaan bilik beliau. Sangat kemas dan teratur. Eric leong pon kalah klu lawan decoration. Terima kasih kerana menonton. :)

2010-04-07

Entri Bercampur-Aduk


Bagi aku masa sekejap memerah otak untuk menaip ayat berunsur cacian terhadap diri sendiri. Bukan senang ye nak mengeluarkan idea untuk menaip disebuah blog yang buruk ni kite memerlukan semangat juang yang tinggi, selain tu kerjasama antara ahli pasukan juga diperlukan, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, dan lada hitam juga diperlukan untuk memastikan entry tersebut enak dibaca. Eh kejap, aku dah tingtong. Apa yang aku taip aku pon tak tahu tahap kesahihan nya. Ok sesi panaskan badan dah hampir tamat. Lepas ni boleh mula memporak-perandakan blog ni. Tapi sebelum tu kita kene mulakan dengan bacaan bismillah. Kalau korang rajin teruskan dengan buat tahlil ringkas ok.

Tujuan buat entri sebab saja nak belagak & nak beritahu kat peminat2 sekalian yang template blog ini aku buat sendiri. Tak boleh ke nak kech2? Kalau tak boleh pun apa aku kesah sebab ni blog aku kan. Haha.. Okay aku tawu template ni cantik, korang tak payah puji hehe.. Susah2 je. Okay sekian cerita pasal template saya. Terima kasih banyak2.

Ni cerita pasal mukabuku atau lebih feymes dengan nama Facebuku Facebook. Semalam aku tengah online, chat2, komen2 wallpost tetibe ada satu mesej masuk dalam inbox aku. Nak tahu lebih lanjut? Sila hayati screenshot diabwah, kalau taknak silakan tekan punat 'X' di hujun penjuru belah kanan tetingkap browser anda
Aku tak tahu kenapa dia tiba2 bagi number fon dia kat aku. Pastu suruh aku mesej dia. Aku dah bingung masa tu. Aku tanya soalan yang ringkas pastu dia emo2. Ah lantak kau lah nak cakap apa. Kenal pun tak teitba suruh mesej dia. Attention to all my readers, sesiapa yang nak berkawan dengan mamat ni, number fon dia ada dalam screenshot tu. Silalah ambil jika mahu. Kalau mamat tersebut ada baca blog aku hayatilah puisi kata2 ini, aku bukan taknak kawan dengan kau, tapi cara kau ajak kawan tu amat pelik. Tak pernah aku jumpa orang macam ni. Kalau perempuan buat macam ni lagi lah pelik, ni lelaki, lagi bertambah-tambah pelik.

Teringat  kat arwah abang aku, pejam celik pejam celik dah sebulan kau tinggalkan kitorang sekeluarga. Sekarang aku dah boleh terima pemergian kau. Aku tahu ada hikmah semua benda ni terjadik. Rest in peace bro.. Al-Fatihah.. As long as i breathe, i will not forget about u.. i will miss u..

2010-03-29

Berdebar


Awal2 pagi aku dah bangun. Aktiviti pertame aku, kene hantar ibu gi hospital Melaka, nak buat imbasan xray. Doct kate kemungkinan ade batu karang, lepas buat xray batu karang tu dah takde haha.. Sampai rumah dalam pukul 9 aku terus gi MITC. Ade sorang kawan aku kene gi PLKN. Hohoho.. Tapi aku tak sempat nak jumpe die sebab die dah naek bas. So gune alternatif lain, bermesej ngan die!. Mesej punye mesej tetibe bas dah nak gerak. Lawak jugak bile pikir sebab membe aku ni dapat kem PLKN kat Hutan Rekreasi A.Keroh je, jarak Mitc ke Tapak Kem tu dekat sekangkang kera je tapi siap nak berkumpol kat Mitc. Aku tengok ahbeng2 sume rambot kaler2. Siap la ko kat plkn nanti, memang takde rambut terus kowang sume. Hahaha..

Balik dari MITC, aku pergi Bangunan World Youth Foundation kat A.Keroh tuk apply masuk kolej pantai. Aku datang bawak badan je, sijil2, slip, salinan ic sume aku tak bawak.. haha.. Orang office tu suruh balek amik sijil2 & slip SPM ngn salinan ic diorang kate nak interview skali, Wah! tekejot aku nk interview hari ni gak.. Balik je la buat tak tawu sebelum tu aku singgah kedai mamak gi breakfast. Dari pagi tak makan lagi, pekena roti telur ngan teh tarik. Huhu.. Sampai rumah prepare2 barang untuk interview. Pergi balik office kolej pantai, pastu ade something wrong lak. Sengal. Aku tak bawak sijil2 koku.. huhuhu.. tapi interview tetap interview. 1st kene jawab soalan.. Aku ingat aku je sowang yg apply hari tu, but ade 2 orang pompuan duk tercangok jawab ujian. Dalam aty aku ni dup dap dup dap!.. Da la tak wat revision pastu tetibe nak kene wat soalan sains ngn math. Takot~~! tapi alhamdulillah boleh buat. Abis jawab aku dipanggil tuk interview. Menggeletau aku jawab owg tu soal.. Pastu speaking mat salleh lak uh! gagap weyh! haha... takotnye pasal. 
Tapi berjaye gak! Die tgk result aku insyallah boleh dapat scholarship.. (memang tu aku harapkn).

So, korang tak nak pilih nursing sebagai profession pilihan ke? haha.. ;)