Showing posts with label Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Tauladan. Show all posts

2011-03-12

tiada yang sempurna

first of all, Assalamualaikum. lama bebeno abg tak update blog ni. Maklum la kaum lelaki ni sikap malas lebih banyak dari rajin so faham-faham je la. Tangan ni tetibe rajin bukan sebab ape pon, sebab kne paksa sebenarnye. Ramai awek-awek yang dok mesej, email sampai penuh inbox suruh update blog. Takpe2, abg tunaikan permintaan kalian semua ye. :) rimas banyak sgt mesej msuk sampai tak boleh handle lg. 


Kali ni abg nak citer sumthing kat u'olls. U'olls mesti dah biase duk ngumpat-ngumpat orang laen kan? ala kalau tak ngumpat pun mesti pernah dingumpatkan. btul tak cakap abg? ahha! skarang perkataan ngumpat ni dah tukar jadi gosip. Gosip ni barulah ada gaya macam seorang artis . Abg pun dah biase dingumpatkan oleh manusia sekitar abg. Tapi abg ni jenis buat tak kesah je. Sumtime 'terngumpat' ade gak. ;P

Act ngumpat ni memang sumthing yg tak best bagi abg. Abg pun tak suka sgt ngumpat-ngumpat. Abg tak suke amik 'port' sal orang lain. Abg suka fikir pasal diri sendiri dari orang lain. Kadang-kadang bila abg 'ter'ngumpat orang lain abg mesti terfikir camni 'haissh aku pun tak sempurna ni kan aku nak cakap sal orang lain'. Biasanya ngumpat ni selalu berkaitan dgn keburukan seseorang dan boleh menjatuh air basuh tangan muka seseorang. Kita selalu dengar orang2 berkata "semua orang dilahirkan tak sempurna" begitu juga dengan abg sendiri, abg tak sempurna tapi abg dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Pandang cermin lihat tepat ke dalam cermin, tatap wajah kalian semua. Cuba tanya diri sendiri adakah kalian semua sudah cukup sempurna untuk kalian bercerita keburukan orang lain? :)

Kepada u'olls yang selalu dingumpatkan tu, "diam lebih baik daripada kamu bersuara". diam itu bukan bermakna u'olls itu seorang loser or failure itu menunjukkan sikap matang u'olls. If u'olls 'melenting' ibarat u'olls menyimbah petrol ke dalam unggun api. Pengumpat2 ni akan lagi syiokkkk abis ngumpat2 u'olls. Biarkan je mereka kerana "time is antidote". Tak lama lepas tu depa sume dah bosan duk ngumpat u'olls. Kering idea. :)

Idea abg pun dah kering tak tahu nak tulis apa lagi. Ops lupa lak, tadi tengok berita ade gempa bumi 8.9 skala richter bru je melanda bumi jepun. Negara jepun ni sangat2 maju dan moden, tapi sekali air bah dah tak boleh nak kata apa dah.semoden mana pun sesuatu negara, tiada siapa boleh lawan kuasa Allah s.w.t. semua ni ketentuan Allah s.w.t. 

Tak lupa juga pada arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, semoga roh kau aman 'disana'. Ayah, ibu, along, angah, bayan aku dan lain2 akan sentiasa mengingati kau.Cukup setahun ketiadaan kau disisi kami semua, bergunung rindu kami pada kau. Al-fatihah..


p/s: saja2 nak gelar diri abg. gurau semata-mata. :)

2010-04-09

Assalamualaikum dan orang melayu=islam

Assalamualaikum. jawab jangan tak jawab taw nanti dapat dosa. Sunat aku memberi salam, dan wajib korang semua untuk menjawab salam. Kalau ade readers blog aku yang non-muslim, korang tak perlulah jawab. Entri kali ni aku nak cerita tentang satu perkataan yang orang islam selalu ucapkan kat orang islam yang lain. Perkataan tu ialah Assalamualaikum. Hati aku terdetik nak publish entri ni mase aku nak masuk kerja petang tadi.

 (picture credit to google)

Sebelum aku masuk kerja petang tadi ada satu kejadian yang menggeletek hati aku sampai aku gelak terbahak-bahak sambil guling2 atas jalan tar. Jangan caya taw, aku tipu je. Aku cume sengih sorang2 je. Situasinye macam ni. Aku sampai dekat parking lot motorsikal lebih kurang pukul 5.40 petang. Aku turun dari motor, aku ternampak ada seorang gadis melayu memakai tudung sedang berjalan menuju kearah sebuah kereta. 1st aku tengok awek tu memang cantik, dressup pun lawa. Kire dressup orang yang banyak duit la. Lepas tu aku ternampak pulak pak guard yang sedang berdiri kat tepi jalan. Faktor yang menyebabkan pak guard tu diri tepi jalan sebab die tengah buat sekatan jalan kat parking lot kereta. Macam biasalah kan, pakguard pakai uniform diorang, baju putih, seluar hitam, beret hitam & aksesori lain. Mane ada branded nye barang.  Berbalik semula dekat gadis tadi, die bukak pintu kereta pastu borak2 dengan drebar kereta tu. Pastu ada satu babak yang buat aku sengih cam kerang busok.

Gadis melayu bertudung: ekiusme..
Parkguard: (buat tak paham/tak prasan)
Gadis melayu bertudung: boleh tak parking kereta kat dalam?
Pakguard: (masih buat tak tahu lagi/masih tak prasan lagi)
Gadis melayu bertudung: boleh tak saya parking kereta kat dalam?
Pakguard: eh! awak cakap dengan siapa? dengan saya ke?
Gadis melayu bertudung: Ye lah saya cakap dengan awak.
Pakguard: Oh!.. Kita orang melayukan, bagilah salam. Boleh2, parking jelah kat dalam( sambil mengangkat kon yang diletakkan ditengah-tengah jalan)

Pengajaran dalam cerita ni. Walaupun kita kaya, banyak duit, hidup mewah, cantik, hensem janganlah kita kurang dengan budi bahasa(aku ni berbudi bahasa tak?). Walaupun pakguard tu hidup dia tak sesenang, sekaya, sehensem kekasih gadis melayu bertudung tu, tapi die ada budi bahasa. So janganlah pandang serong dekat pakguard. One more, kalau nak bertegur dengan orang sesama islam, jangan lupa bagi salam. Dapat pahala taw bagi salam.