2010-03-09

Al-Fatihah untuk abg aku....

MELAKA: “Saya amat sedih hajat arwah untuk sambung belajar peringkat diploma tidak tercapai,” kata kakitangan sebuah bank swasta, Abu Rahim Tinggal, 48, bapa kepada seorang remaja, Muhammad Izzat Amir, yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Tanah Merah, Taman Krubong, Permai, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, anak ketiga daripada lima beradik berusia 21 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Alor Gajah dengan menunggang motosikal miliknya.
Malang berlaku apabila motosikalnya dipercayai bergesel dengan sebatang tiang elektrik konkrit yang tumbang akibat dirempuh oleh sebuah lori yang mengundur sekali gus menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut Abu Rahim, anaknya itu yang juga bekas penuntut Politeknik Kota Melaka, seorang yang begitu mementingkan disiplin masa dan sering keluar awal pagi bagi mengelak tergesa-gesa sampai di tempat kerjanya.


“Sebenarnya arwah anak saya hanya bekerja sambilan di kilang itu sementara tunggu tawaran melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Politeknik Kota Melaka. “Biasanya, dia akan keluar awal kira-kira jam 7 pagi setiap hari biarpun kilang beroperasi jam 8 pagi. Bagi saya arwah seorang anak yang baik kerana sifatnya yang rajin dan berdisiplin.


“Malah, Khamis lalu arwah baru saja terima sijil anugerah kualiti khidmat cemerlang daripada majikan atas usahanya,” katanya ketika di temui bersama isterinya, Amnah Abdul Ghani, 48, di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) di sini kelmarin.


Beliau berkata, ketika arwah keluar bekerja, beliau dan isteri tiada di rumah kerana melawat keluarga mentuanya di Tangkak, Johor.

“Saya bergegas balik ke rumah Melaka apabila mengetahui arwah kemalangan selepas dihubungi seorang anggota polis. Dalam perjalanan kira-kira jam 8.40 pagi seorang anak saya telefon mengatakan arwah belum dibawa ke hospital.


“Oleh kerana jarak masa yang agak panjang selepas dimaklumkan polis, saya mula syak sesuatu yang buruk berlaku,” katanya yang menjelaskan jenazah anaknya akan dikebumikan di kampung mereka di pekan Tangkak, Johor.


Dalam perkembangan sama, Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian ada pemandu sebuah lori mengundurkan kenderaan itu di bahu sebelah kiri jalan menghala ke Krubong Perdana untuk menurunkan barangan.


Ketika mengundur, pemandu lori berkenaan dipercayai tidak perasan dan terlanggar sebatang tiang elektrik konkrit menyebabkan ia tumbang dan pada masa sama mangsa yang sedang menunggang motosikal di laluan sama dipercayai bergesel dan terlanggar tiang yang sedang rebah itu.
-dipetik dari Akhbar myMetro Online.

 Sape yang tak sdey bile ade adik-beradik, saudara-mara atau kenalan rapat yang meniggal dunia. Camtu la yang aku rase bile aku dapat tawu yang abg aku da pergi buat slamenye. Hanya doa je yang mampu aku kirimkn pada die. Sesiape yang mengenali arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, arwah telah meninggal dunia pada 6 mac pada hari sabtu jam 7.30 pagi. Same2 la kite sedekahkn Al-fatihah untuk arwah. Smoge roh dia dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin..

2010-03-04

Kebetulan

Sgt BESAR gambar ini bukan(xde la besar mane)..
dan sgt sengal jugak abg aku sebab tulis camtu..
kebetulan aku nga korek idong sambil bce blog die
aku ternampak lak ayat tu.. tegelak sowg2 aku cam owg giler.

2010-02-07

This is we call Malay

Sangat membosankn lepas abes skola ni. Tak tawu nk buat apa. Dulu bangun pagi gi skola tapi skang bangun pagi gi keje. Nasib baik dpt keje ilang gak bosan. Keje plak promoter je klu dapat keje ngn gov best gak kn tapi aku bersyukur dpt keje. Kat tmpt keje rmi mmbe yg bru aku knl. Yang sengal, yang selenge, yang ckp besar, yang 'sex maniac' pon ade.

Macam biase la aktiviti aku lepas balek keje mesti aku gi online facebook ngan myspace. Da reply komen, reply msj, komen2 gambar then aku pon jengah2 la profile myspace cewek2 kat ms tu. Bace description diowg, about me, komen n mcm2. Pastu aku tgk la profile sorang minah ni(tetibe berkenan lak tgk page die). Then aku view photo dia... Masyallah!! Tekejot aku... Korang nak tawu pic pe yang die letak? Nah tgk sendiri...

(klik utk gamba lebih besau!)

Ni lah yang dikatakan melayu 'hardcore'. Mane pergi maruah depa sume ni? Slamber rilek je letak gamba comolot kat dalam myspace. Pastu kalau privatekn takpe, ni open to public. Bangang btol la minah ni. Umo baru 17 da maen comolot ngn jantan. Kalau pakwe tu bole kekal sampai kawen, smpi dpt anak, smpi dpt cucu, sampai masuk kubo sesame takpe gak tapi tuk couple sementare je. Kalau la future husband ko tawu pangai ko camni agaknye camni la prasaan die kn. Tapi tak tawu la prangai future husband die camni gak mse mude2 dlu. Takpe la... kite sesame islam doakan je la prangai depa sume ni akan berubah menjadi lebih baik suatu mase nanti. Amin....

So disini, aku nak ingatkan kat diri aku dan pembaca blog ni, pepandai la korang jage diri. Kalau2 korang rase mende tu baek korang buat la.. Kalau mende tu x elok baek korang tinggalkn. Nak couple tu couple la, tapi tak perlu la nk maen comolot ngn partner korang tu. Sume comolot memaen je... Ok da abes da..

Ni citer laen plak, aku skang nga tggu gaji parkson masok coz korang nak tawu x sebab pe? hehe.. sebab aku nk sembur set motor aku baru.. aku da siap design. Nga tggu duit masok je. Tak saba2 ni.. Nak tengok tak design yang aku da buat? Nah amik ni...

 

Design ni aku amek berdasarkan design dari motor Yamaha Tech 3. Amacam ok x? Software yang aku gune tuk create design ni A.Illustrator Cs3.(tak biase lg pki cs4).