2010-03-26

Kehidupan Selepas Ini

Menulis entri di blog buruk ni umpama aku tengah syok sendiri. Yelah, trafik blog aku bukanlah tinggi sangat (sebenarnye mmg takde trafik langsung) kalau nak dibandingkan dengan blog-blog taiko seperti Khai, Luth, Menteil, Kreuger, Amanz dan lain-lain sume. Semangat pun da takde bile nak menaip ni pon kejap-kejap je menaip. Ingat lagi mule2 ade blog(blog pertama la katekn). Sehari sekali 18 entri aku publishkn. Hebatkn! tapi baru aku sedar entry2 aku yg dulu lebih kepada entri 'sampah'. Banyak entri yang aku da delete sebab entri tu mcm 'smapah'. So lepas ni aku akan cube untuk bersemangat semula untuk berblogging. Yeah!! \m/


Dah 21 hari ejat tinggalkn kami sekeluarga. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Ejat, agaknya macam mane keadaan kau kat sana. Kitorang kat sini akan selalu doakan kesejahteraan kau kat sana. Sedih aku bila teringt pasal ejat. Terlalu muda untuk dia pergi. Ingat lagi bile pas mandi mesti aku ngan ejat lawan badan sape paling 'tough'. Aku tawu badan aku sekeping cam papan tapi saje je nak kasi meriah aku tetap kate badan aku paling ber'muscle'. Tapi sekarang kau da takde sape lagi yang nak jadik saingan aku. Dulu kau sanggup bagi aku pinjam motor kau untuk aku pergi kerja sedangkan kau pon nak gi kerja. Dulu mase aku form4 kaulah yang hantar aku pergi sekolah tiap2 hari. Dulu kalau aku takde transport balek keje kau sanggup jemput aku kat Bandar Hilir tuk amek aku balik umah. Aku hargai ape yang kau dah lakukan kat aku n kat keluarga. Kitorang takkan lupakan kau walaupun kau dah takde kat dalam dunia nyata ni. Kau tetap hidup dalam hati kitorang. Semoga roh Muhammad Izzat Amir dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....


Buat masa ni aku masih bekerja sebagai 'part-time promoter' je. Gaji pun ikut jam. Kalau rajin dapat la lebih. Aku tak nak buang masa duduk kat rumah buang masa. Lebih baik keje, boleh gak jana duit. Sesape diluar sane yang masih menganggur, carilah kerja 'part-time' boleh gak buat duit sikit daripada korang menganggur tak dapat apa2. Kalau dapat tawaran untuk sambung belajar memang aku akan pergi sebab aku tak nak jadik seorang loser. Kalau tak dapat pun aku akan minta kolej2 atau universiti swasta kat Malaysia. Carik yang murah2lah sebab family aku ni bukan la dari kalangan orang yang berada, kitorang ni sederhana je. 

p/s: aku tak berani nak buat entri pasal cinta lagi. Lagi satu korang percaye tak kalau aku amek course nursing untuk sambung study nanti.. hahah x bole blah! ;)

 Nurse la ni kn...

5 comments:

hans said...

jgn lah ketawa pada course nursing
course tu bagus maaa

hans said...

tapi kan...macam xsangka pun ada...
dlu rock bukan main tapi last2 amik nursing
kehidupan ini memang ajaib dan menarik

|Ihsan| said...

hahaha.. siot ko hans..

Anonymous said...

ihsan ade fb ??

|Ihsan| said...

owg xde name sila ltk name ye* ade... ni sape ni?