2010-04-07

Entri Bercampur-Aduk


Bagi aku masa sekejap memerah otak untuk menaip ayat berunsur cacian terhadap diri sendiri. Bukan senang ye nak mengeluarkan idea untuk menaip disebuah blog yang buruk ni kite memerlukan semangat juang yang tinggi, selain tu kerjasama antara ahli pasukan juga diperlukan, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, dan lada hitam juga diperlukan untuk memastikan entry tersebut enak dibaca. Eh kejap, aku dah tingtong. Apa yang aku taip aku pon tak tahu tahap kesahihan nya. Ok sesi panaskan badan dah hampir tamat. Lepas ni boleh mula memporak-perandakan blog ni. Tapi sebelum tu kita kene mulakan dengan bacaan bismillah. Kalau korang rajin teruskan dengan buat tahlil ringkas ok.

Tujuan buat entri sebab saja nak belagak & nak beritahu kat peminat2 sekalian yang template blog ini aku buat sendiri. Tak boleh ke nak kech2? Kalau tak boleh pun apa aku kesah sebab ni blog aku kan. Haha.. Okay aku tawu template ni cantik, korang tak payah puji hehe.. Susah2 je. Okay sekian cerita pasal template saya. Terima kasih banyak2.

Ni cerita pasal mukabuku atau lebih feymes dengan nama Facebuku Facebook. Semalam aku tengah online, chat2, komen2 wallpost tetibe ada satu mesej masuk dalam inbox aku. Nak tahu lebih lanjut? Sila hayati screenshot diabwah, kalau taknak silakan tekan punat 'X' di hujun penjuru belah kanan tetingkap browser anda
Aku tak tahu kenapa dia tiba2 bagi number fon dia kat aku. Pastu suruh aku mesej dia. Aku dah bingung masa tu. Aku tanya soalan yang ringkas pastu dia emo2. Ah lantak kau lah nak cakap apa. Kenal pun tak teitba suruh mesej dia. Attention to all my readers, sesiapa yang nak berkawan dengan mamat ni, number fon dia ada dalam screenshot tu. Silalah ambil jika mahu. Kalau mamat tersebut ada baca blog aku hayatilah puisi kata2 ini, aku bukan taknak kawan dengan kau, tapi cara kau ajak kawan tu amat pelik. Tak pernah aku jumpa orang macam ni. Kalau perempuan buat macam ni lagi lah pelik, ni lelaki, lagi bertambah-tambah pelik.

Teringat  kat arwah abang aku, pejam celik pejam celik dah sebulan kau tinggalkan kitorang sekeluarga. Sekarang aku dah boleh terima pemergian kau. Aku tahu ada hikmah semua benda ni terjadik. Rest in peace bro.. Al-Fatihah.. As long as i breathe, i will not forget about u.. i will miss u..

5 comments:

hans said...

uish
gila lah ada peminat fanatik lelaki ko nih
hahahahaha

|Ihsan| said...

hahaha.. tp aku bkn jenis homo ok.

iEn said...

ekekek dia bosan kot.. tu pasal nak goda ang :p

|Ihsan| said...

ade mmbe kate die gay...
eeee

ishak said...

dia suka kat ko tu hehehehe...ahah...
eh ruangan komen ni aku rasa baik ko pakai disscuss widget..bukan apa..nampak pro seket dan bagus dari bila klik komen terus keluar pop up..itu sebab banyak browser block pop up bro