2010-04-02

Din Beramboi meninggal dunia



Baru2(1.20 pagi) ni aku dapat berita dari kawan aku yang Din Beramboi dah meniggal dunia. Sebelum ni arwah berada dalam keadaan koma dan kritikal dan dirawat di Hospital Selayang akibat terkena jangkitan air kencing tikus(ada yang cakap die kena penyakit denggi berdarah, tak tahu mana yang betul.). Aku mule2 tak percaya cerita ni. Aku 'search' berita pasal Din Beramboi kat google memang betul die dah meniggal dunia. Al-Fatihah.. Macam tak percaye je dia dah pergi tinggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 pagi, 2 April 2010.

Siapa yang tak kenal Din Beramboi ni, pelawak paling sempoi pernah aku kenal. Pecah perot kalau dia buat lawak nak2 dalam citer 'spontan'. Fuh!! memang tak boleh blah lawak die yang selamber tu. Aku tengok dengan abang aku macam nak tercabut rahang aku dengan lawak si Din Beramboi ni. Tapi dah takdir tuhan, ajal dah tiba. Hari ni dia telah pegi selama-lamanya tinggalkan kita semua. Sebagai umat islam marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin...

Kebelakangan ni banyak cerita pasal kematian yang aku dengar, baru2 ni pun aku telah kehilangan seorang abang. Aku tahu Allah nak sedarkan hamba-hambaNya supaya ingat tentang kematian dan menyuruh hamba-hambaNya bertaubat .Tapi dah jadi lumrah manusia bila disuruh buat perkara jahat laju je buat, tapi bile disuruh buat kebaikan ada je seribu satu alasan yang  diberi mana tak dosa semakin bertambah(ditujukan pada diri sendiri dan sesiapa yang terasa). Aku sedar aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan. Tapi bila aku akan bertaubat? takkan nak tunggu sampai hari kiamat baru nak taubat tapi tak guna jugak, sebab pintu taubat akan tertutup apabila hari kiamat menjelang.

2010-03-29

Berdebar


Awal2 pagi aku dah bangun. Aktiviti pertame aku, kene hantar ibu gi hospital Melaka, nak buat imbasan xray. Doct kate kemungkinan ade batu karang, lepas buat xray batu karang tu dah takde haha.. Sampai rumah dalam pukul 9 aku terus gi MITC. Ade sorang kawan aku kene gi PLKN. Hohoho.. Tapi aku tak sempat nak jumpe die sebab die dah naek bas. So gune alternatif lain, bermesej ngan die!. Mesej punye mesej tetibe bas dah nak gerak. Lawak jugak bile pikir sebab membe aku ni dapat kem PLKN kat Hutan Rekreasi A.Keroh je, jarak Mitc ke Tapak Kem tu dekat sekangkang kera je tapi siap nak berkumpol kat Mitc. Aku tengok ahbeng2 sume rambot kaler2. Siap la ko kat plkn nanti, memang takde rambut terus kowang sume. Hahaha..

Balik dari MITC, aku pergi Bangunan World Youth Foundation kat A.Keroh tuk apply masuk kolej pantai. Aku datang bawak badan je, sijil2, slip, salinan ic sume aku tak bawak.. haha.. Orang office tu suruh balek amik sijil2 & slip SPM ngn salinan ic diorang kate nak interview skali, Wah! tekejot aku nk interview hari ni gak.. Balik je la buat tak tawu sebelum tu aku singgah kedai mamak gi breakfast. Dari pagi tak makan lagi, pekena roti telur ngan teh tarik. Huhu.. Sampai rumah prepare2 barang untuk interview. Pergi balik office kolej pantai, pastu ade something wrong lak. Sengal. Aku tak bawak sijil2 koku.. huhuhu.. tapi interview tetap interview. 1st kene jawab soalan.. Aku ingat aku je sowang yg apply hari tu, but ade 2 orang pompuan duk tercangok jawab ujian. Dalam aty aku ni dup dap dup dap!.. Da la tak wat revision pastu tetibe nak kene wat soalan sains ngn math. Takot~~! tapi alhamdulillah boleh buat. Abis jawab aku dipanggil tuk interview. Menggeletau aku jawab owg tu soal.. Pastu speaking mat salleh lak uh! gagap weyh! haha... takotnye pasal. 
Tapi berjaye gak! Die tgk result aku insyallah boleh dapat scholarship.. (memang tu aku harapkn).

So, korang tak nak pilih nursing sebagai profession pilihan ke? haha.. ;)

2010-03-27

balik kg jap..


Pagi tadi aku keje syif pagi, balik pukul 2. Ibu & ayah aku plan nak gi balik kampung nak ziarah pusara arwah ejat. Jarak rumah aku dengan kampung takde lah jauh mane. Kalau bawak macam biase setangah jam dah boleh sampai. Dulu ingat lagi kalau aku balik kampung mesti aku naik motor ngan arwah. Aku slalu suruh arwah bawak motor laju2. Kalau lalu highway lagi best, 15 minit je dah boleh sampai. hehe..

Tapi tadi aku balik kampung naik kete ayah ngn ibu aku. Kitorang trus pergi ke tanah perkuburan tangkak. Cuace panas terik tadi sebab sampai kat situ dalam pukul 4 lebih. Sampai je sane suasana sebak dah selubungi diri memasing, ibu & ayah aku mengalirkan air mate melihat pusara arwah ejat. Aku pun tak dapat nak menahan kesedihan dalam diri, diam2 aku mengalirkan air mata. Bacaan Yasin dan Al-fatihah kami kirimkan buat arwah untuk bekalan dia di alam barzakh.

Sebelum berangkat pergi ke rumah nenek, sempat jugak kitorang ziarahi pusara sudara2 yang berdekatan. Bacaan al-fatihah yg mampu aku dan ibu ayah kirimkn. Smoge roh2 mereka tenang. Aku teringat lagi 2 tahun lepas, seorang pakcik aku meninggal dunia di rumah. Die meninggal dunia ketika sedang sembahyang zuhur dalam keadaan rukuk. Waktu tu aku baru balik dari sekolah. Sempat aku salam tangan arwah pakcik aku. Sedih juga kehilangan seorang pakcik yg aku anggap seperti bapa aku sendiri. Al-fatihah untuk Allahyarham Slamat bin Salim...