2009-08-30

Macam taik je...


Akhirnya incik ihsan sudah mengetahui kenape stiap kali beliau nak follow blog orang lain syik kluar gamba tuh!! Ini disebabkan oleh kesengalan yang melanda otak beliau sehingga menyebabkan wayar mesin jahit di kedai tukang jahit mak cik senah putus lalu beliau mengambil keputusan untuk membuat satu entri bertajok 'Macam Taik je...'. Sebenarnye beliau sendiri tidak tahu ape yang ditaip oleh beliau. Seperti apa yang Perdana Menteri Malaysia iaitu Pak Najib bersembang kosong bersama rakyat Malaysia, "marilah kita sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia" dengan gaya idung kembang kempis beliau.

Jadik sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan dengan penoh rasa tanggungjawab dan belas kasihan serta menangis teresak-esak dan berjiwa merdeka, aku ingin mengingatkan kepada para pembaca supaya janganlah baca entri di blog ini kerana boleh menyebabkan sakit jiwa tahap kritikal disamping mendapat duit angpaw raya yang banyak. Salam 1 Malaysia dan salam Hari Raya Aidilfitri dari kami, RTM!

2009-08-28

Panggang ciken

Sekejap je dah seminggu kite sume berpose. Alhamdulillah lah stakat ni aku lum ponteng pose lagi dan tahun ni aku tak nak skip pose sme dengan tahun-tahun yang lepas. Dalam seminggu pose ni dah 2 kali lak aku ponteng gi smayang terawih hehe. Sbb pertame tak pegi pnt dan sbb kedua tak pegi aku ngan membe-membe aku wat barbeque memalam dan inilah cerita yang aku nak kecoh-kecohkan kat dalam blog buruk lagi huduh ni.

Semalam aku ngan membe-membe aku gi kuar carik baju raye. Sehari suntuk carik baju bukan maen susah lagi sebab carik kedai tak jumpe-jumpe. Dah 5 kali round tak jmpe-jmpe kedai tu. Pastu call membe aku tnye kedai tu kat mane die gtaw dkt-dkt dgn kedai Bizandry. Pastu jalan balik kat situ baru jumpe, dah banyak kali round tak nampak-nampak kedai tu mungkin sbb kedai tu kene bomoh kot haha!. Angkat baju selai pastu blah. Balik tu singgah Mydin Ayer Keroh beli ayam tuk di'barbeque'. Angkat chicken wing 8 ketul pastu bayar kat kaunter 7 Eleven ekceli Mydin hehe.

Bengang gile mase nak idupkan api kat arang dengan kipas satay takde terpakse gune kotak nak kipas bara api tu. Pastu api da marak abis ayam aku hangus itam legam. So sesape nak amik aku jadik chef untuk hotel korang bole calling aku melalui talian 999. Membe aku lak sempat buat ikan bakar tapi kepale ikan tu putus pas dah abes bakar. Nak letak skit gamba kat sini bagi korang nye air liur melimpah ruah mase bulan2 pose ni. Hehe...



2009-08-11

Langkah Pencegahan H1N1


Selsema babi atau nama susah nak sbutnye Influenza AH1N1 dah tersebar kat seluruh Malaysia. Tak silap aku tadi tengok paper kat bharian online dah 27 orang mati sebab penyakit babi ni. Takut gak bile dgar da 27 org mati pasal sakit ni. Hari jumaat minggu lepas aku tak gi skola sbb demam dan sakit kepale yang melampau sampai hari ahad. Mase gi klinik doktor cakap kat aku kalau seseorang yang sihat, takde penyakit lain tu kene selsema babi percent untuk mati 0.01% saje. Kalau korang ade sakit laen cam asma barulah percent utk mati meningkat dan kalau mati tu pun berpunca dari sakit yang korang hidap tu dan bukan selsema babi. Tapi kite mesti arr kene amik langkah berjage-jagekan tuk mengelakkan dari kene selsema babi ni sebab kalau dah kene tak bole gi skola pastu kene kuarantin kat rumah. Antara langkah berjage-jage yang korang perlu amik tawu ialah:
  • Pakai 'mask'(topeng).
  • Jangan pergi tempat yang ramai orang.
  • Sentiasa basuh tangan lepas batuk ngan bersin
  • Pakai tisu bile bersin atau batuk
  • Jangan dekat dengan orang yang dikuarantin
  • Jika sesak nafas masukkan kepala kedalam mangkuk jamban
  • Pegi jumpe bomph/tok dukun kalau ade tanda2 H1N1
  • Mandi air bunge seperti bunge tahi ayam, bunge raya, bunge manggar, dan bunge api.
(Kalau tak masuk akal tu abaikan)


Mase tu terdengar kat berita kat Malaysia dah ade 2 vaksin H1N1. Mase aku gi klinik ari tu ade sorang pakcik ni die baru pas inject vaksin H1N1. Harga untuk satu injection tak silap aku RM90, mahal!. Peringatan dari aku untuk diri aku dan korang sume, pandai-pandailah jage diri.