2011-05-19

Cite semalam dibawak ke harini.

Semalam gua dengan bersemangt bangun pagi sambil buat muke bahagia pastu tiba-tiba gua terdengar satu lagu. Lagu tu amat menyakitkan telinga gua. Jiran bilik gua ni betul-betul buat spoil mood gua pagi-pagi buta ni. kalau dibukakkan lagu Raihan, Hijjaz, Maher zain bole la gua terima tapi ni bukak lagu tamil.. Gua rasa macam nak karate speaker Edifier yang die beli tu terbelah 16. Dey tambichi! kalau mau bukak lagu kuat-kuat lu pergi pindah rumah lain lah dey.

Gua dengan senang hati pergi kolej pukul 7.30, sampai kolej senang hati gua tgk 'dia' tengah duduk kat tmpat duduk dia tak merayau mana-mana. hahaha.. :D borak-borak kejap dengan dia pastu gua masuk library study mcm nak tak nak. Skang gua tengah exam week, tapi gua tak tahu kenapa gua tak boleh serius even ni final exam untuk sem ni. Gua sempat maen need for speed, lepak-lepak, maen fesbuk. arghh! kusut. Sempat gua tertido dalam library sebla membe gua, tapi tetibe 'dia' muncol n tepok gua sampai gua terbangun. Pastu die marah-marah(<--- ni satu penipuan) gua sampai gua menangis(<--- ni satu penipuan) pastu gua stdy dengan 'dia'. :) wink wink! haha.

Nanti gua post entri lagi kat blog gua sebab gua tak tahu nak cakap apa lagi. Bye.. ;) <---- senyuman gatal.

2011-05-15

totally lost mind.

blur tak tawu nak update ape.
mekasih sebab bace..
bye bye.. ^_^
.... 

2011-05-12

Hi!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

u complete me. :)

2011-03-12

tiada yang sempurna

first of all, Assalamualaikum. lama bebeno abg tak update blog ni. Maklum la kaum lelaki ni sikap malas lebih banyak dari rajin so faham-faham je la. Tangan ni tetibe rajin bukan sebab ape pon, sebab kne paksa sebenarnye. Ramai awek-awek yang dok mesej, email sampai penuh inbox suruh update blog. Takpe2, abg tunaikan permintaan kalian semua ye. :) rimas banyak sgt mesej msuk sampai tak boleh handle lg. 


Kali ni abg nak citer sumthing kat u'olls. U'olls mesti dah biase duk ngumpat-ngumpat orang laen kan? ala kalau tak ngumpat pun mesti pernah dingumpatkan. btul tak cakap abg? ahha! skarang perkataan ngumpat ni dah tukar jadi gosip. Gosip ni barulah ada gaya macam seorang artis . Abg pun dah biase dingumpatkan oleh manusia sekitar abg. Tapi abg ni jenis buat tak kesah je. Sumtime 'terngumpat' ade gak. ;P

Act ngumpat ni memang sumthing yg tak best bagi abg. Abg pun tak suka sgt ngumpat-ngumpat. Abg tak suke amik 'port' sal orang lain. Abg suka fikir pasal diri sendiri dari orang lain. Kadang-kadang bila abg 'ter'ngumpat orang lain abg mesti terfikir camni 'haissh aku pun tak sempurna ni kan aku nak cakap sal orang lain'. Biasanya ngumpat ni selalu berkaitan dgn keburukan seseorang dan boleh menjatuh air basuh tangan muka seseorang. Kita selalu dengar orang2 berkata "semua orang dilahirkan tak sempurna" begitu juga dengan abg sendiri, abg tak sempurna tapi abg dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Pandang cermin lihat tepat ke dalam cermin, tatap wajah kalian semua. Cuba tanya diri sendiri adakah kalian semua sudah cukup sempurna untuk kalian bercerita keburukan orang lain? :)

Kepada u'olls yang selalu dingumpatkan tu, "diam lebih baik daripada kamu bersuara". diam itu bukan bermakna u'olls itu seorang loser or failure itu menunjukkan sikap matang u'olls. If u'olls 'melenting' ibarat u'olls menyimbah petrol ke dalam unggun api. Pengumpat2 ni akan lagi syiokkkk abis ngumpat2 u'olls. Biarkan je mereka kerana "time is antidote". Tak lama lepas tu depa sume dah bosan duk ngumpat u'olls. Kering idea. :)

Idea abg pun dah kering tak tahu nak tulis apa lagi. Ops lupa lak, tadi tengok berita ade gempa bumi 8.9 skala richter bru je melanda bumi jepun. Negara jepun ni sangat2 maju dan moden, tapi sekali air bah dah tak boleh nak kata apa dah.semoden mana pun sesuatu negara, tiada siapa boleh lawan kuasa Allah s.w.t. semua ni ketentuan Allah s.w.t. 

Tak lupa juga pada arwah Muhammad Izzat Amir bin Abu Rahim, semoga roh kau aman 'disana'. Ayah, ibu, along, angah, bayan aku dan lain2 akan sentiasa mengingati kau.Cukup setahun ketiadaan kau disisi kami semua, bergunung rindu kami pada kau. Al-fatihah..


p/s: saja2 nak gelar diri abg. gurau semata-mata. :)

2011-02-05

Kesian kau wahai 'blog'

ditulis ada pukul 2.30 pagi. hari sabtu bersamaan dgn 5 februari 2011. Ketika sedang menaip entri ni aku tengah dengar lagu. Tapi lagu ni ntah ape2 la, aku dengar dari mp3 abang aku. Layankan jelah. Aku pun tak tahu dah brape lama aku 'hide'kan blog ni dari umum. Rasanya dah lama jugak lah. Ada gak mmbe yang tanya sebab apa aku 'hide' blog ni. Ala biasa la kan ada masalah peribadi so 'hide' kan skejap dari orang ramai.

Now baru terasa nak update entri baru, nak cerita sikit pasal life aku stakat ni, nak kongsi2 citer jijik dengan pembaca (hehe :D), nak merepek merapu meraban dan sebagainyalah. Bile hati dah tenang baru rasa slesa nak update. sape sokong korek idong! hehe.. First of all aku nak ucap trima kasih banyak kat Uki sebab die tolong 're-sketch' gamba aku jadi macam ni. Die ni otai dalam bab2 melokes. Kalau korang tengok blog 0 die mmg simple art die tapi menarik. Btw keep it up bro! :D

Korang ada dapat rumor yang mengatakan facebook akan ditutup? Tu sume tipulah. Kenapa ramai sangat percaya dengan khabar angin yang busuk tu pastu sibuk2 posted kat wall orang lain pasal khabar angin busuk yang tak tahu tahap kesahihannya. Sampai sekarang laman so-sial tu masih beroperasi dengan lancau lancar. So nak kata apa lagi? lagipun kalau fesbuk tutup pun Myspace kan ada. :) haha.

Nurse? hehe satu pekerjaan yang sangat 'tough'! Kalau kite pegi hospital kite tengok keje nurse tu macam kacang goreng hangus je kan. Nampak macam mudah, tpi aku dah rasa jadik seperti seorang nurse baru aku tahu tu pekerjaan yang susah giler vaveng! Korang pernah tukar pampers baby x? Mesti pernah kan tengok tahi babi baby tu, nampak pun comel je. Kalau jadi nurse pulak tengok tahi orang besar ni dah hilang kecomelan dia. Kerja nurse susah tahu!! Macam2 nak kena jaga, ubat pesakit, tanda vital pesakit, makanan pesakit, sume nurse yang jaga.! Susah tahu! Tapi yang penting mesti kena ikhlas buat kerja ni. :) dapat pahala tahu. Aku suka pahala.