2010-03-27

balik kg jap..


Pagi tadi aku keje syif pagi, balik pukul 2. Ibu & ayah aku plan nak gi balik kampung nak ziarah pusara arwah ejat. Jarak rumah aku dengan kampung takde lah jauh mane. Kalau bawak macam biase setangah jam dah boleh sampai. Dulu ingat lagi kalau aku balik kampung mesti aku naik motor ngan arwah. Aku slalu suruh arwah bawak motor laju2. Kalau lalu highway lagi best, 15 minit je dah boleh sampai. hehe..

Tapi tadi aku balik kampung naik kete ayah ngn ibu aku. Kitorang trus pergi ke tanah perkuburan tangkak. Cuace panas terik tadi sebab sampai kat situ dalam pukul 4 lebih. Sampai je sane suasana sebak dah selubungi diri memasing, ibu & ayah aku mengalirkan air mate melihat pusara arwah ejat. Aku pun tak dapat nak menahan kesedihan dalam diri, diam2 aku mengalirkan air mata. Bacaan Yasin dan Al-fatihah kami kirimkan buat arwah untuk bekalan dia di alam barzakh.

Sebelum berangkat pergi ke rumah nenek, sempat jugak kitorang ziarahi pusara sudara2 yang berdekatan. Bacaan al-fatihah yg mampu aku dan ibu ayah kirimkn. Smoge roh2 mereka tenang. Aku teringat lagi 2 tahun lepas, seorang pakcik aku meninggal dunia di rumah. Die meninggal dunia ketika sedang sembahyang zuhur dalam keadaan rukuk. Waktu tu aku baru balik dari sekolah. Sempat aku salam tangan arwah pakcik aku. Sedih juga kehilangan seorang pakcik yg aku anggap seperti bapa aku sendiri. Al-fatihah untuk Allahyarham Slamat bin Salim...

6 comments:

Luth Textile said...

sabarlah..
banyak banyakkan berdoa ya..

|Ihsan| said...

thnks luth...

hans said...

banyak2 sabar lah weih

AyanaAsham said...

banyakkan bersabar....

E F F A R I N I said...

lame x singgah blog ni,
kuatkan semangat ye ecan...

|Ihsan| said...

thnks kak effa..