2010-04-02

Din Beramboi meninggal dunia



Baru2(1.20 pagi) ni aku dapat berita dari kawan aku yang Din Beramboi dah meniggal dunia. Sebelum ni arwah berada dalam keadaan koma dan kritikal dan dirawat di Hospital Selayang akibat terkena jangkitan air kencing tikus(ada yang cakap die kena penyakit denggi berdarah, tak tahu mana yang betul.). Aku mule2 tak percaya cerita ni. Aku 'search' berita pasal Din Beramboi kat google memang betul die dah meniggal dunia. Al-Fatihah.. Macam tak percaye je dia dah pergi tinggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 pagi, 2 April 2010.

Siapa yang tak kenal Din Beramboi ni, pelawak paling sempoi pernah aku kenal. Pecah perot kalau dia buat lawak nak2 dalam citer 'spontan'. Fuh!! memang tak boleh blah lawak die yang selamber tu. Aku tengok dengan abang aku macam nak tercabut rahang aku dengan lawak si Din Beramboi ni. Tapi dah takdir tuhan, ajal dah tiba. Hari ni dia telah pegi selama-lamanya tinggalkan kita semua. Sebagai umat islam marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang yang beriman. Amin...

Kebelakangan ni banyak cerita pasal kematian yang aku dengar, baru2 ni pun aku telah kehilangan seorang abang. Aku tahu Allah nak sedarkan hamba-hambaNya supaya ingat tentang kematian dan menyuruh hamba-hambaNya bertaubat .Tapi dah jadi lumrah manusia bila disuruh buat perkara jahat laju je buat, tapi bile disuruh buat kebaikan ada je seribu satu alasan yang  diberi mana tak dosa semakin bertambah(ditujukan pada diri sendiri dan sesiapa yang terasa). Aku sedar aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan. Tapi bila aku akan bertaubat? takkan nak tunggu sampai hari kiamat baru nak taubat tapi tak guna jugak, sebab pintu taubat akan tertutup apabila hari kiamat menjelang.

3 comments:

AyanaAsham said...

Al-fatihah utk Din Beramboi semoga rohmu dilimpahi rahmat dari Allah Azzawajalla

|Ihsan| said...

amin..

AkUmUsIkMaLAyA said...

btul bro..
sjk keblkgn ni..mang byk kematian berlaku..pastu,Arwah Din lak..
aishh...insaf aq..
Al-Fatihah pada sume yg telah meninggal..