2008-07-23

Artikel Best Buat Pedoman

semasa aku bersiar die dunia blog, aku trjmpe artikel ni di blog abg aku iaitu Blog Mihar87(padahal blog ni dkit jer ngan aku)hehehe...so korang sume bace lah artikel ni jadikan iktibar...

terdapat beberapa golongan yang akan di usir dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Antara golongan itu ialah :
1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yangsuka mengadu domba.
2- Mereka di usir berupa babi. Mereka adalah yang sukamemakan barang yang haram.
3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dankepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang sukaberdusta.
4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak sertatidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riakbangga diri dan sombong.
5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendirisedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai kedadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan.Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainandengan perilakunya.
6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurmadari neraka. Mereka adalah menusia yang berusahamengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yangtidak jujur.
7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dankakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggujiran-jiran.
8- Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalahgolongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9- Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busukdaripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemarmelepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajibseperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwahdan sebagainya.
10-Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaianbesi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirikkepada Allah.
Marilah kita sama-sama renungi, adakah kita akan tergolong di antara golongan-golongan di atas???? Jika kita tidak mahu tergolong dengan mereka, maka perbaikilah diri kita dari sekarang sementara kita mempunyai hidup di dunia yang fana ini.

No comments: