2009-12-10

SPM nak abes da

16 disember ini Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM) akan tamat untuk semua sekolah2 die Malaysia ini. Saya sebagai pelajar tingkatan 5 turut rasa berbangga kerana dapat menjalani peperiksaan ini. Namun selepas peperiksaan SPM saya perlu mencari kerja untuk mengisi masa selepas habis bersekolah. Saya perlu bekerja untuk membeli sebuah laptop yang saya ingini dan jika ada duit lebih saya akan belanja keluarga saya.

Saya juga ingin menyambung pelajaran saya ke Institut Pengajian Tinggi dan menjamin masa depan saya. Belajar selagi saya tidak bosan dengan pelajaran dan belajar selagi ada peluang untuk belajar. Target saya pada masa hadapan adalah untuk mempunyai isteri seramai seorang, sebuah kereta, sebuah rumah dan dikurniakan anak yang baik-baik hasil dari benih saya. Saya amat berharap semua itu. Jika saya tiada masa depan, perempuan tidak akan mahu pada saya. Tak guna kalau seseorng itu kacak atau cantik tapi tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Betul tidak?

Pada beberapa hari yang lepas, saya telah menutup akaun Ruangsaya saya. Selamat tinggal lah wahai Ruangsaya. Sudah bosan saya menghadap Ruangsaya. Saya ingin aktif pada Mukabuku dan blog yang buruk ini sahaja. Rasa amat lega selepas saya menutup Ruangsaya itu. Pada beberapa hari yang lepas saya telah memohon pekerjaan di Restoran Nando's. Dan hari jumaat lepas saya telah dipanggil untuk di temuduga. Saya telah mendapat pekerjaan dan akan bermula kerja pada hari khamis ini 17dis. Tak dapatlah saya hendak mengaktifkn diri selalu di alam maya ini.

Sekian entry skema saya pada hari ini. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
(hahahahahaha sengal btol aku ni kan :P )

6 comments:

Lily Rahmat said...

alololololor....
hahahahaha..

irkuysdamha said...

kat jj ayer keroh ke? jj baru meletup tu san? :P

|Ihsan| said...

irku* aku kat jj lame la... aku tawu.. da brape org da mati. huhuhu

didi said...

selamat bekerja ye..
aku kena plkn~bye..
haha :)

|Ihsan| said...

miss* gudluck kat plkn.. huhuhu... pgang m16 je la keje ko...

Anonymous said...

awal yang baik