2009-02-09

Sony Ericsson Theme Creator

Lepas dah penat berkempen dalam pilihan raya kecil dun Ayer Keroh, Eh!! bile mase lak ade pilihan raye? huhu...maksud aku berkempen untuk mengajak pengunjung2 blog aku memflag blog yg menghina islam iaitu blog Adibah Ahmed aku dengan suka cita sambil hidung kembang kempis ingin berkongsi satu software untuk pengguna telefon bimbit Sony Ericsson iaitu Sony Ericsson Them Creator. Software ni membolehkan korang mencipta sendiri theme atau tema untuk telefon bimbit korang tetapi untuk pengguna Sony Ericsson je la. Untuk pengguna Nokia, Motorola, Samsung, atau ape2 pun lar, sory lah beb! aku malas nak cari sbb aku ni kan pengguna Sony Ericsson. Hu3.. Lagi satu, aku ade buat 2 theme iaitu theme Upin & Ipin dan theme penguin. Las Copaque, jangan saman aku kalau aku buat theme ni takde copyright korang. Aku orang susah. he3...

And then, skarang ni aku sedang blajar menggunakan software Adobe Ilustrator. Aku tengok gamba dan logo yang dihasilkan menggunakan Adobe Ilustrator lebih cun melecun berbanding menggunakan Adobe Photoshop. So kepada sesiapa disini yang otai menggunakan Adobe Ilustrator boleh lah korang tunjuk ajar kat aku cara2, trick, dan lain2 dalam menggunakan software berkenaan. Maklumlahkan, aku ni pengerusi dalam kelab Produksi Multimedia, so aku kene blajar design logo, edit gambar, sunting audio, buat animasi and lain2.
Kalau ade budak2 yang tak tahu guna software itu ini, aku lah yang kene ajar diorang.

No comments: